Pernahkah,
jumpa orang yang kedekut,seperti perlu berkongsi duit membeli keperluan bersama,
tapi sungguh susah henda membayarnya sedangkan membeli barang yang berharga beratus mampu?
#kedekut
Pernahkah,
jumpa orang yang sentiasa lambat, dan selalu lambat,
tapi sungguh relaks sahaja, walaupun orang tunggunya sungguh lama?,
#lambat
Pernahkah,
jumpa manusia yang selalu nak menang dan betul sahaja,
manusia yang tidak boleh ditegur,
segala nasihat dan pandangan tidak dihiraukan,
malahan dipersendakan?
#selfish
Pernahkah,
jumpa manusia yang hidupnya berpaksikan duit,
dan tidak kisah kehidupan lain?
#duit
Pernahkah jumpa umat yang suka berpuak-puak,
dan menuduh orang lain berpuak?
#puak
Pernahkah,
jumpa dengan manusia yang malas,
malasnya mengalahkan raja segala malas?
#malas
Pernahkah,
jumpa orang yang bahasnya sungguh sarkastik,
butir bicaranya sungguh menyakitkan hati,
#sarkastik
Pernahkah,
menjumpai manusia yang rasanya dirinya matang,
tapi sebenarnya tidak lah matang,
berfikiran tidak menggambarkan kelakuan,?
#matang
Pernahkah,
jumpa dengan manusia yang suka membebel seperti ini,
dan menulis didalam blog seperti ini?
#bebel
Pernahkah anda?
mungkin sebahagian itu pernah terjadi dahulu, sekarang dan akan datang pada saya,
sebab semua itu hanya kehidupan kita,
jauh mana kita pergi,
jauh mana kita berjalan,
jangan lupa kedua ibubapa,
sebab merekalah yang membentuk diri kita.
tidak percaya?
lihat sekeliling dan perhatikan,
sebab setiap manusia caranya berbeza,
dan jangan jadikan perbezaan itu,
menyusahkan diri manusia yang lain.
#peringatan untukdirisendiri'
1 comment:
suka entry nih....
Post a Comment