Tuesday, May 22, 2018

dulu dan sekarang

weekend ada pergi ke bazaar ramadhan. agak terkejot melihat harga2 makanan yang dijual. saya bukan penggemar bazaar. sebab selalu beli memang x sedap. 99% tak kena tekak.

roti john: dulu rm3.5 boleh dapat, sekarang rm6 inti telur, sayur pon tak ada

murtabak: masih boleh jumpa rm2.50, kalau jual rm5 pon tak tentu sedap

nasi ambeng: pernah beli dulu rm5. tu pon rasa mahal. sekarang rm8. wow!

air2: rasa tak pernah beli. sebab tau rasa gula je

kuih muih: kuih sekarang dah mahal. kalau tanya yang jual tu berapa satu? jawapannya 4 biji rm2. kenapa tak cakap satu 50sen? ni lah marketing. karipap kalau beli kulit tebal, isi anging, isi bawang. kalau ada yang jual mahal skit kononnya ada ayam or daging. realitinya seketul pon susah nak jumpa

lauk.pauk: lauk memang agak mahal, kalau nak minta bungkus sayur rm2 pon memang tak dapat.

sempena bulan puasa ni, nak.order lah macam2 sambal dekat instagram. sekali postage je mahal benar.

sekian.

Wednesday, May 9, 2018

selamat mengundi

undilah sebaiknya untuk negara

jangan dikondem orang yang tidak sefahaman dengan kita

Tuesday, May 8, 2018

reunion janda

saya dah lama nak tulis pasal perkara ni. harap diambil iktibar.

slaah seorang kenalan saya yang berumur dalam 50++ (bukan bapak saya),  berkedudukan dan ada rupa lah sikit.

bila dah tua2 ni. pergilah reunion kawan sekolah. mula2 bini ikut, tapi apa jadah kalau tiap.minggu reunion? dah beranak cucu pon nak reunion selalu. bila bini malas nak ikut sebab hampir setiap minggu, terbitlah orang ketiga.

lalu bercinta lah janda ni dengan kawan saya ni. dah hampir 3 tahun bercinta dan nak kahwin.

bila jadi mcm ni. anak2 jadi mangsa. jadi bahan untuk lepaskan marah. sebab terlampau asyik dengan gf baru tu.

tujuan saya cerita.sebab saya rasa sangat terkejut dengan reaksi kawan2 kenalan saya ni. di FB siap boleh tanya di page janda tu. bila nak langsung? lalu kawan2 yg lain pon komen dengan gembira. kawan2 semua menyokong dan suka bila masjid hendak diruntuhkan. sya harap mereka juga dimadukan.amin

belum lagi bakal anak tiri tu. dah tau mak dia mcm tu. sokong plak. belum kahwin dgn maknya dah minta banglo sebijik dan tertunai.lah impiannya

macam drama melayu kan? tu belum janda psycho madu dia dengan wassap yang bukan2.

sekarang kenalan saya lebihkan janda tu dan keluarga. anak2 dan bini jadi tempat lepaskan amarah.

moga cerita ini ambil iktibar. saya pon remind diri saya. lagi 5 or 10 or.... tahun lagi. perangai saya mcm mana? mohon dijauhkan.

ambil iktibar. kurangkan bersosial. avoid reunion. kenalan saya ni reunion tiap.minggu main bowling lah. lepak minum lah

pada janda tu. moga .......

tammat