Tuesday, January 29, 2013

Good Bye Australia!

malam terakhir dibumi Australia, selepas 2 tahun, akhirnya balik lah ke pangkal jalan! hehe

Alhamdulillah, semuanya selesai disini, dan balik mencari kerja, Di Sydney masih hujan non stop since semalam, dan agak sukar nak berjalan. Pastinya, lepas ni, saya akan rindu lah Ausie ini, especially, Tasmania or kampung Launnie!!!

if orang tanya dari mana or study mana, kalau cakap launnie je, terus diorang cakap kampung, bosan, nature, jauh, ada apa situ?, hulu dan macam-macam lagi lah. Semua dengar cerita dari orang lain kot. hahah. Tassie best kot!!!

ok, terima kasih untuk 2 tahun yang indah di tassie!!



Gambar semua diambil masa 1st week di Tassie, pergi kutip berry liar, jalan kaki jauh giler! dan mendaki gorge dan lepas tu dah tak buat dah! yer! semua ini pastinya akan dirindui!








malin purple:yer, ini blog lelaki, hehe
kakyan:esok balik Shah alam, hehe


Saturday, January 26, 2013

Badan di Sydney Jiwa di Launnie

sedih je hati ni, ingatkan launnie, hhaha, masih di sydney, panas sungguh, tapi saya rasakan macam di China, bersepah asiannya, macam orang putih tu pelancong pulak.

duduk di malaysian hall, boring sangat, terpaksa beli internet, $15.00/week!!!! provider luar, buka dari Malaysia Hall, duduk dalam bilik student lain, tapi budak tu dah balik, so orang ingat saya ni student baru daftar, hahah, nampak tak isu disitu?? masih nampak muda! hahah

dah malas nak jalan-jalan, penat sangat, rasa nak balik terus, nak makn sedap! tengah stress jugak, melayan agent rumah lama, nak deduct duit bonnd samapi $1200 from $1500! cleaning je samapi $600 dia charge, melampau sungguh, menyesal kemas rumah, buat penat je, tapi dia kata kotor, bila email mintak detail, dia berdalih pulak. wahai agent yang penipu, dah bincang dengan agent sebelum balik haritu, dia kata minor je nak cleaning, but still charge $600? kalo major cleaning? $3000000 kot!

esok brjalan lagi, maybe ke bondi beach kot, harini pon pergi tengok sambutan australia day, meriah lah jugak. Happy australia day!!!





Wednesday, January 23, 2013

Catatan Terakhir

Ini merupakan catatatan terakhir saya di bumi Launceston!!! dan mungkin juga ausie, jika free masa di sydney, boleh lah tulis serba sedikit nanti.

Perjalanan saya selama 2 tahun di bumi Launnie sudah hampir berakhir, esok dah nak ke sydney dan akan balik ke Malaysia pada minggu hadapan. Dua tahun, satu jangka masa yang nampak singkat, tapi meniggalkan seribu kenangan dengan saya, dan Alhamduillah, dipermudahkan urusan saya disini olehNya.

Semsetinya banyak perkara akan dirindui, antaranya:

1. Sahabat
duduk jauh dari negara sendiri, tetapi rasakan bagai di malaysia, dikelilingi oleh mereka yang baik, dah dianggap seperti keluarga sendiri, susah senang, pasti ada orang akan membantu, dan itu merupakan perkara yang sayang untuk ditingalkan.

2.Kampung Launnie
saya pernah ke sydney,melborne dan GC, tapi rasanya penduduk disini antara yang paling ramah (ada je yang x suka asian), kalau pergi ke kedai semua nak bersembang, walaupun tak paham dia cakap apa, lagi-lagi orang tua, sangat lah sweet nya.

kalau dekat sini, memang takde kesesakan jalanraya, kalau tetiba jam tu, maknanya ada sumting berlaku, orang bawak kereta pon slow, takde rushing-rushing, duduk memang macam kat kampung, walau pun tak banyak menarik untuk hiburan selain nature,launnie still sangat seronok (kalau ada aktiviti lah)

3. Makan!!
duduk kat sini, ada 2 je kedai halal, lain tu semua seafood boeh lah makan, pastinya saya akan rindu butter chicken dekat Ali Asian Cafe, tadi dah makan buat kali terakhir, sangat sedap ye! takkan dapat dimana-mana
Sushi
sushi ni biasa-biasa je, tapi sedap buffet, dapat makan banyak, banyak kalo juga lah makan disini
aiskrim
gelato aiskrim memang sangat sedap, kalau datang tassie ni, wajib makan, lagi death by coklat! memang boleh mati makan, haha

4.Cuaca
compare dengan mainland, dekat launnie ni, merupakan city paling sejuk di Tasmania, sebab dia valley, tu sebab sejuk, kalau panas, panas melampau (sekali je lah sofar), kalau sejuk, samapi bernegative! 2 tahun duduk sini, tak guna aircond, tak guna heater, takde pon kipas, hidup degan begitu je

kalau nak listkan, banyak je lagi, sayu je hati harini, pergi settlekan beberapa perkara lagi sebelum balik, rindu coles, 24/7 KMART, woolies, farmyard,flip burger! ahaha. dan semua itu akan menjadi kenangan saya.


butter ciken kak liza ali

buah segar

tak kan dibuat di malaysia, memancing


bbq

Dan buat bos saya, before fly sini, dia kata sure saya akan balik malaysia balik, sebab launnie ni bosan, sebab anak buah dia belajar sekejap je, pastu balik ke KL sebab tak sanggup duduk sini, saya survive cik mat nor! hahaha

dan..........tak tahulah bila lagi boleh bersua, dan pastinya, semua kenangan ini tak akan dapat diulang, sekadar sebuah memori untuk penerusan dalam kehidupan.

Selamat Tingga; Bumi Tasmania!!! and semestinya Kampung Launnie! IAllah honeymoon bawak bini sini nanti, hehe

Tuesday, January 22, 2013

Hanya di Mercu!

Semalam diajak ke Hobart, ingatkan masa bawa adik haritu last pergi, dah orang ajak, pergilah ke sana, naik lah sampai atas Mount wellington. tak sejuk sangat, haritu nak naik, tapi kereta semput kan, so tak jadi lah naik. Antara gambar semalam:










Sunday, January 20, 2013

Kerja + Matang

Waktu Study adalah masa yang kebanyakkanya saya memang tak serius, masa belajar UM pon, memang selalu main-main, buat asgmnt pon tak lah risau mana, sebab dikelilingi kawan-kawan, memang masa study enjoy lah, tak payah pikir pasal nak bayar duit kereta ke, nak bayar sewa rumah ke (kalau duduk umah famly lah), lepas habis je belajar, bila saya kerja, memang risau je, kena serius dalam buat kerja, sebab deal dengan ramai manusia, yang pelbagai ragam, kalau nak tulis surat tu, english nya mesti lah betul, lain lah masa study dulu, kalau salah, lecturer still faham.

Lepas sambung belajar sini, selain buat asgmnt, banyak masa main FB, pergi jalan, makan dan masak, dan macam-macam lagi, sebab tidak terikat dengan apa-apa. Tak perlu apply cuti, tak perlu risau nak masuk meeting ke, yang merisaukan hanyalah bila nak result keluar tu. Selain tu, boleh dikira sebagai zaman main-main.

Officially ikutkan, dah habis dah masa saya di bumi kanggaro ni, housemate semua dah balik Malaysia, tinggal sorunk-sorunk menumpang rumah kawan, dimana tuan rumah pon tiada, bosan nyer memang lah bosan, nak keluar saya memang malas, sebab dah xde perasaan nak keluar kan.

Bermula saat ni, dah kena pikir banyak tentang masa depan dengan serius, ikutkan nak berehat je untuk 6 bulan lagi, sebab tak rasa nak kejer, tapi pikir balik, banyak perkara kena selesaikan, bila skype dengan parent semalam, ayah dah bagi tahu, dia dah carikan kerja untuk saya, kawan uncle saya offer kerja dengan dia, tak sure pulak architecture firm or properties, dengar je dah cuak! kena kerja!!!!!

banyak dah nak bayar lepasni, ayah pon dah pencen, adik pon masih belajar, nasib mak masih bekerja, boleh cover perbelanjaan rumah mana yang patut. Saya dah umur 26 ni, sudah masanya untuk meringankan serba sedikit, mak bapak ni tak harapkan duit anak-anak dia, tapi cukuplah sekadar dapat meringankan beban, kalau bagi rm50 sebulan pon, mak bapak saya bersyukur, tanda ingatan, itu kalau gaji kecik lah, IAllah, jika ada rezki saya dapat gaji yang bersesuaian, dapatlah tolong serba sedikit, ni lah masanya untuk saya pulak untuk keluar duit. Berpuluh ribu duit simpanan mereka saya dah kosongkan, sebab nak belajar sini.

Kehidupan saya masih jauh,untuk saya mengukuhkan diri saya, tapi semua itu proses, banyak benda baru saya kena tempuh, pemikiran perlu dimatangkan lagi. Bila belajar sini, buat perangai gila-gila, ada orang kata, saya ni tak matang! kematangan bukan diukur melalui perbuatan kita seharian, tapi pemikiran kita sendiri, jika dikelilingi dengan mereka yang jauh lebih muda, tak kan lah saya kena serius 24 jam! duduk sama rendah, berdiri sama tinggi, lepas ni, kalau jumpa saya di KL,saya serius! hahah


tulis pon panjang, tak tahu lah saper rajin baca ni, sebab banyak masa terluang, tengah prepare CV dan portfolio, sesiapa yang ada kerja kosong, especially dekat architect firm, developer/properties, boleh lah inform saya, mana tahu ada rezki ke kan.

Adios!
kambing pon ada masalah, ini kan kit manusia

Saturday, January 19, 2013

Mimpi yang bukan Realiti

Agaknya tahap kebosanan tinggi sangat kot, asyik mimppi je sejak akhir-akhir ni. Antara mimpi mengarut:

1.Dah habis master, tapi rupanya SPM masih tak ambik! kena batalkan master tu, baru lah SPM boleh ambik, bangun pagi je, rasa cuak (sebab tak nak study lagi)

2.dapat cikgu Math, Rozita che wan! tapi dia ni malas nak mengajar, langsung tak masuk kelas,

3.mimpi tak habis belajar, ada lagi satu sem, graduation ni semua hanya ilusi! ni lagi stress

4.ni paling tak boleh blah, mimpi kahwin sekali dua, dasyat sungguh! hahah

5.mimpi dah ada kat malaysia, asyik makan je, ni macam real sikit, bangun tidur macam bau durian je

tu lah yang saya ingat, mimpi semua macam ada sambungan je
sesat ikut jalan GPS, samapi masuk hutan, terjumpa lah sungai ni, kat mana tak sure

Friday, January 18, 2013

Ejen lagi!

Selasa lepas, ejen rumah ni contact lagi, dia kata nak deduct bond rumah, ada beberapa benda dia tidak puas hati, bersih lah macam mana pon, mereka still akan nak tolak.

Saya suruh dia email, apa yang dia tak puas hati, dia bagi lah gambar yang dia ambil, adoi! pening layan, banyak betul nak potong, esoknya terus pergi kat office dia, nak bincang beberapa perkara yang tak puas hati, nasib pergi, kalau tak, lagi banyak dia tolak. Antara yang dia tolak dari bond ialah:
1.kitchen table top: sebab ada kesan terbakar sedikit, dia tolak $150 sebagai saguhati untuk owner rumah tu
2.Cleaner: dia nak panggil cleaner untuk bersihkan beberapa perkara, ada lah habuk sikit dekat tingkap, pastu ada sehelai rambut dekat toilet, dan juga, rumput lebih 1cm kot samapi dia nak panggil cleaner. TApi amount tak tahu lagi.
3.cooktop pecah, kena ganti $500, tapi ada lagi $200 kena bayar
4.lampu rumah: ni nasib baik pergi, sebab lampu ni jatuh sendiri, bukan kami yang cabut, dia nak charge untuk pasang balik, padahal dah bagi tahu masa bulan lepas, no action!

itu antara sebahagian lah, tak tahu lah berapa total kena deduct, rumah tu dah sehabis baik bersihkan,tapi ada juga tak puas hati. Dah duduk 3 tahun situ, macam mana nak kekalkan macam asal? logik lah sikit, banyak benda ejen tak nak tanggungjawab, semua benda dia nak charge, memang dapat duit atas angin je ejen ni, bila semak semalam, owner ni dapat $55000 untuk sewa selama 3 tahun ni, macam kaya je.

kalau kita nak masuk rumah balik, dan nak bersihkan mana yang saki baki, dia akan charge $30 untuk sekali masuk, sebab untuk inspection lagi, memang buat duit.

Kalau sesiapa nak cari rumah sewa sini, better amik direct from owner, tapi selidik dulu, ada owner penipu gak.

itu lah kisah ejen gajah, tengah kebosanan melampau, dah tak tau nak buat apa, ada lagi seminggu dekat tassie ni, nak jalan kereta pon dah tak ada kan.
ada habuk tu, kena bersihkan dalam tu


bucu tu kotor, kena bersihkan lagi!

ni cleaner buang situ, kami kena tanggung

ni yang dia nak potong, rumput tu ada ciput tu, dia nak trim! 


kak ummi:terpaksa jual je murah, ingat nak jual $1800, tapi xde orang nak, terpaksa bagi murah, dari tak terjual,hehe

Thursday, January 17, 2013

Selamat Tinggal Kiah!

Semalam merupakan hari terakhir bersama buah hati saya, walaupun hubungan ini kejap, tapi sanagt bermakna, banyak duit dapat dijimatkan masa parent saya datang, dan kelakuan kiah sepanjang bersama saya sangat baik, maybe ada masalah sedikit, tapi boleh diperbaiki, dah ramai orang kenal kiah ni,jauh dah berjalan bersama-sama dengan kia.

Semalam merupakan hari terakhir dengan kiah, sudah seminggu hendak mencari penjaga kiah yang baru, dan akhirnya, dapatlah dia dengan penjaga yang baru semalam. Pergi meninggalkan memori yang indah!

Buat Kiah Binti Mentor, good luck dengan penjaga baru, orang taiwan lagi! hahaha

bye-bye!








itu lah dia kereta saya, KIA MENTOR, nama komersial kiah pekasam! haha, jebuh jual beli semalam dengan orang taiwan, tak berapa fasih english, siap google transalte dekat handpone dia, pastu show dekat saya, test drive je dekat sejam, jenuh tunggu, nasib dia nak, akhirnya, terjual, before this ada offer $900 je, saya jual $1700, nasib ada nak beli, semalam pon jual murah, letak $1600, bagi diskaun $100 lah kan, so terjual dalam $1500 je, jadilah, dari tak terjual, nanti menyusahkan orang lain dekat sini nak suruh tolong jualkan, sekarang dah takde kereta, jalan kaki je lah. heheh

Tuesday, January 15, 2013

Listen! Listen! Listen!

Popular lak perkataan tu minggu ni, dah jadi viral lak  video dia, lawak pon ada, kesian pon ada. Adoi, naper lah nak macam tu sekali, susah nak komen ni, isu sensitip, cuma nak cakap, negara demokrasi, sukahati lah nak buat apa, perhimpunan jalanan ke, itu semua cara untuk menunjukkan ketik puasan. Bila tengok TV3 haritu, perhimpunan shamsidar?? pelik bin ajaib, mana datangnya pon tak tahu, rakyat mampu menilai, kita lihat saja nanti PRU akan datang.

Walaupun duduk jauh di negara orang, but still, malaysia tempat yang selesa untuk saya, dah duduk berpuluh tahun kat malaysia kan. Walaupun malaysia tak lah selamat mana pon, kes kecurian, rompak, rogol,n buang bayi etc makin menjadi-jadi,tapi keamanan secara generalnya, adalah sangat ok!

macam duduk dekat sini, sentiasa risau, sebab bila jumpa orang sini je, rasa mereka ni racist je, selalu tunjukmimik muka lah, pastu nak sound lah, kalau tenung muka asian ni lama-lama pulak. Tapi ramai lagi yang baik sebenarnya, kadang-kadang saya yang rasa sedemikian, tapi bagi diorang biasa je, maybe sebab dah kena banyak kali dengan manusia yang racist ni, sampai jadi phobia dan pikir negatif pasal diorang.

ok, last sekali, pokok tomato, akhirnya berbuah, dan dapat makan lah jugak, tapi sebijik je lah.

makanan terakhir di rumah itu


kak ummi: ada sunday market, sewa je dah $50, hehe, tak berbaloi, bagi je ke salvos,tu pon ada direject

Zero + Mimpi

26 Tahun dan 1 hari! dah tua dah, lepas ni, balik Malaysia, start from zero, banyak benda kena buat, kereta pon takde, bilik pon maid dah ambik, akaun bank pon semua dah tak active, kerja pon takde, duit pon memang takde lah kan. Tapi nak berjalan-jalan tu mesti ada, hahah.

dah keluar dari rumah semalam, harini duduk merempat dirumah kawan untuk seminggu. Semalam rasanya dapat hadiah paling indah, mimpi arwah nenek, menyuap makanan kat mulut dia, dengan makanan kegemaran beliau, nangka muda masak lemak. Rindunya! bangun tidur je air mata pon mengalir! rasa gembira sangat. Kalau time bday je, mesti nenek bagi duit, selalunya rm50, pastu belanja KFC.

Sekarang dah jadi pembunag sampah yang tegar, rasa bersalah je, buang banyak sangat sampah yang elok, baju semua elok0elok, perabot, macam-macam lah, semua dalam keadaan baik, nak bagi orang, dah takde masa, nak jual, memang takde orang nak, pastu nak simpan rumah orang, kesian pulak, buat menyemak rumah orang lain, jalan terakhir, buang dengan rasa bersalah, rasa macam anak raja lah semalam. haha

minggu ni misi nak jual kereta, sesiapa penduduk kampung launnie, nak beli kereta, boleh lah kontek saya. tq!

kak ummi: tq, IAllah nanti saya buat pasal tassie bila dah dmsia,sebab time tu free, heheh
bye!

kak hidana: tumpang rumah kawan seminggu, balik malaysia 29 ni, jalan sydney dulu, pastu balik cari kejer,hehe

Monday, January 14, 2013

Malaysia Hall Launceston

Harini merupakan hari terakhir duduk dirumah ini, selepas dua tahun, akhirnya tamat lah riwayat rumah ini ditangan kami berlima. Saya hanya datang duduk 2 tahun je, Alhamdulillah, banyak boleh dijimatkan, sebab mereka yang lagi empat, telah membeli keperluan rumah, saya datang bawa baju je lah, tak perlu lah nak beli peti ais ke , mesin basuh ke. Dan wajiblah saya kena duduk sampai habis kontrak, untuk menjadi cleaner. Penat badan ni, kereta pon dah bau busuk, bawa masuk sampah, dah macam van sampah dah.

Rumah yang saya duduk ni, masa mula-mula masuk tu, memang selalu lah dijadikan markas penduduk malaysia untuk membuat sebarang jamuan or gathering, tu ramai gelarkan as Malaysia Hall Launceston, rumah ni boleh consider rumah yang besar, dan agak selesa untuk membuat aktiviti. Ada dua tingkat dan lima bilik, 3 bilik air, bila besar, agak susah nak maintain, banyak lah duit habis jugak nak ganti benda-benda rosak dalam rumah ni.

Bila dah 2 tahun duduk sini, mestilah rasa sayang nak tinggalkan, sayu je rasa hati ini, esok kena keluar dalam pukul 10pagi, pastu pergi bagi ejen kunci, dan menumpang lah kerumah orang lain, merempat untuk seminggu, before balik ke Malaysia for good.

Barang pon banyak sangat dah buang,kemas banyak kali pon still banyak lagi barang, nak tak nak terpaksa lah membuang barang itu juga.

Dan Alhamdulillah, hari ini, melangkah ke umur yang baru, 14/1, makin tua, dan IAllah, tahun ini, memulakan kehidupan dan harapanya, dihujung tahun ini, sesuatu yang baik berlaku untuk sebuah kehidupan lain, IAllah, hanya merancang, dan Dia yang menetukannya. Terima Kasih Abg Kerol n famili, Ziq, sara, kuna n qil buat suprise tadi, serius terkejut + malu! hahaha. Banyak lagi diri perlu diperbaiki, paling penting, mengurangkan cakap banyak, azam dah bertahun, tapi still masih cakap banyak. Terima Kasih!


makan ramai-ramai

lepak tengok my kitchen rule dan masterchef oz, pastu try resepi

medan memasak, rindu akan dapur ini nanti

spiral staircase yang selalu terhantuk, kalau duduk 10 tahun, sure saya hilang ingatan

chimney yang jadi peneman buat esaimen time winter

rtempat buat roti canai, dah basuh yer, hehe


malaysia potluck
Kenangan yang mewarnai sebuah kehidupan di dunia 


Kak  ummi: IAllah saya balik Malaysia lagi 2 minggu, bercuti ke Sydney dulu next week before balik Malaysia

Saturday, January 12, 2013

Caca Marba

Tinggal lagi beberapa hari nak meninggalkan rumah ni, isnin ni kena keluar dah, penat! sangat penat! itu je lah mampu cakap, mengeluh kesah saya, sebab memang penat! ni nak update antara yang berlaku minggu ni:

Kereta:
disebabkan nak jual kereta, repair lah apa patut, tukar break pad, sebab ingat dah haus, tapi bila dah beli $50, tengok-tengok masih  tebal, ingatkan dah haus, sebab berasap haritu dan juga dah berbunyi bising, upah pasang lagi $50, melayang $100

Signal kereta rosak, pastu beli lah mentol, $10, tukar pasang balik, masih rosak, sekali salah lampu, memang lah tak elok, terpaksalah beli balik mentol lain, $3 lagi, so membazir lah mulamula tu.

Cleaner
panggil cleaner untuk bersih carpet, sekali dapat yang murah, $140 je, sebab yang lain quote $300++, bila dah siap, kotor lagi, cuma dry cleaning je, patut murah, dan dia hanya bersihkan yang hitam sahaja, so carpet jadi macam polka dot! Kena panggil lagi cleaner baru, dia charge $340, mahal lah jugak, mula-mula kata $240, time bayar naik $100! nasib lah, malas nak argue, ni pon nak mintak balik duit dekat cleaner 1st tu, tapi macam kesian, yang buat ni nenek dan datuk kan.
peti ais pon letak luar dah

garaj dah jadi living dah

kesan polka dot

Jual beli
barang rumah ni banyak dah nak habis dijual, tapi cukup bengang dengan orang yang nak beli, janji nak datang, tunggu-tunggu still tak datang, menipu je, macam main-main je, siap berjanji bagai, tapi memang syak diorang ni main-main ni.kalau seorang or 2 orang tu ok lagi, ni ramai yang janji tapi tak datang.

Mimpi
mimpi semalam, saya ada lagi satu semester lagi, bangun tidur terus macam cuak, tampar pipi supaya ianya mimpi je, sungguh cuak, rasa tak sanggup nak study lagi!

kamera
semalam yang cleaner tu, dia nampak banyak barang lagi, dia pon mintak lah, nak derma ke jiran dia, amboi! bila nak ambik tu, semua benda dia nampak dia nak, jam kat wall pon dia nak, adoi! padahal bukan nak bagi free pon, semua nak jual,banyak lah juga bagi dia. PAstu kamera saya yang letak dalam bilik pon dia nak, dah lah beli kamera ni rm2500 masa before fly tu, dia nak beli $100 je, siap bagi offer banyak kali, memang serius nak beli, nasib lah tak dengar cakap dia, bagi $100 je, lain lah $500, boleh lah juga. Memang pening layan mamat tu, cakap nak besar je semalam, memang kencang je dia cakap! ntah betul ke tidak.

Air
kecoh pasal isu air dekat malaysia, seperti kata harith iskandar, malaysia ni, hujan lebat dan banjir, tapi pada masa yang sama, ada masalah kekurangan air???? renungkan lah.


Dan akhir sekali, kepada mereka yang nak berhimpun harini, selamat lah berhimpun, berhati-hati, kalau boleh, tak payah nak bawa anak kecik, nanti susah nak lari, sayangi negara ni, jangan buat huru hara, kalau berita keluar dekat TV nanti, lagi-lagi dekat Ausie, diorang akan gambarkan keadaan di Malaysia sangat terul, bukan perhimpunan, tapi riot yang akan diorang gelarkan, so sebelum nak join tu, pikir lah berkali-kali