Saturday, February 22, 2014

Masak

Kalau masa duduk launnie, memang wajib tengok 2 cerita ni, My Kitchen Rule and Masterchef AU, lepas makan malam memang tercongok depan TV kecik kat dapur.

MKR ni kalau terlepas, boleh tengok balik kat website dia, bila dah balik sini, memang wajib juga tengok, kebetulan kak Ummi pon komen pasal MKR ni jugak, tapi tak boleh tengok dekat website rasmi MKR, sebab only availabe dekat ausie je, nasi ada channel lain boleh tengok.

MKR ni lain skit mcm masterchef, sebab game dia lagi best, yang masuk pon bercouple lah, so far baru ada masa tengok episod 2, kalau season lepas, memang tengok peserta asian tu, rasa menyirap je, yang peserta india pulak, masak pon tak reti, ok, sambung tengok, malas nak pikir kejer, walaupun esok bos nak proposal LRT!!! hilangkan stress jap

lama tak masak, sebab feel lain, kat sini mak masak lagi best dari masak sendiri.
ni juri 2 orang, cakap sopan je bila komen


*kak ummi: yang tassie tu student UTAS, hot kan, haha

Monday, February 10, 2014

Jiwa dikacau

Sebenarnya, rasa penat otak ni, almost every week, saya terpaksa bekerja, sama ada dari rumah or ke opis, dan saya tiada OT. Bila hari biasa, balik selalu lambat, sebab kerja yang melambak, bila orang expect kejer yang disuruh macam boleh siap cepat. Bila dah nak balik, time tu lah baru bagi kerja dan nak siap terus.

Bila jumaat, bagi lagi kerja kata nak isnin, so hari apa kena buat? weekend jugak? semalam ada kenduri rumah ni, pada masa yang sama, kena submit report ahad pagi? dan report tu banyak lagi. kesudahannya, otak ni dah macam meroyan. Nak kena tolong rumah, nak kena buat report. jujurnya, rasa macam tak ada kehidupan. 24/7 mengadap kerja dan kerja dan kerja.

Semua ni pengalaman, tapi pengalaman perlukan duit juga, kan best kejer bagai nak rak! sekali duit pon bertimbun, ni kerja xtra je, gaji sama. Stresssss!!!

ini komplen, in rungutan, bukan tak bersyukur, tapi saja-saja, hahah

Bulan febuari ni, genap setahun balik sini (poyo skit,haha), so memang bila stress, otak dok pikir launnie, rasa nak g mancing, rasa nak g coles. rasa nak g kmart, rasa nak makan kedai kak liza, rasa nak ajak bbq, rasa nak g hobart, semua benda ada.  oh ya, normal lah flashback/throwback, sebab manusia ada hati dan akal kan.

Jiwa kacau








Thursday, February 6, 2014

Tokyo : Train

Alhamdulillah, dapat lagi seorang anak buah, baby girl pulak, cukup sepasang. Rasa seronok bila anak buah ramai ni.

Ok, sambung trip Japan, so untuk train, memang complicated. so saya bagi tips and trick kalau nak naik train di Jepun ni, memang ada tak logik, but try lah:

1. Elakkan naik train waktu puncak iaitu awal pagi, lunch hour dan waktu balik petang. So pandai2lah pilih masa

2.Jangan cakap kuat atau pasang lagu kuat2 dalam train, berdosa !!! (orang jepon duduk dalam train senyap2)

3.nak naik train, sila beratur, jangan berebut, jangan buat macam naik train dekat Malaysia

4. Saya guna google maps dekat hp untuk nak tau harga tioket dan route paling dekat

5. kena pandai arrange tempat nak pergi, so tak perlu ulang kali route yang sama banyak kali, sebab beza satu station agak mahal.

6. Ramai review cakap guna subway, ada kebenaranya, agak murah sedikit dari JR rail

7. Kalau pergi tokyo je, sila lah guna kad dia, macam touch and go, nama dia ialah Pasmo and Luica card, 2-2 sama function, way better than touch n go malaysia, sebab boleh detect dari jauh.

8.kalau duduk jepon sebulan, sila beli JR rail pass dari Malaysia, harga dalam rm1000 malaysia, valid seminggu rasanya ( tak pasti)

9.sila lah jalan laju, sebab semua nak cepat

10. tiap kalai keluar train, saya akan keluar cepat dan pergi tempat yang tidak ramai manusia, sebab malas nak bersesak dengan umat jepon yang laju tu

11. kalau boleh, janganlah tanya pakcik jaga train tu, stress je denagar jawapan dia, macam nak marah, hahahah

12. tanya pada yang muda, nanti diorang jawab elok2

13. rajin bertanya, exit yang betul, bukan ada 2 exit je, ada banyak giler exxit!!!

14.kalau boleh, jangan bawa barang besar2 seperti beg dalam train, sebab susah juga, manusia ramai

15. kalau terlepas train, jgn risau, cepat je next train

16. kalau dari haneda airport, boleh naik JR train atau Monorail untuk ke Tokyo, harga lebih kurang sahaja

itu je lah, mana boleh pakai, ambil lah, so sesiapa nak itenary seminggu di tokyo, do email me/leave  komen ke





gambar tak ada kaitan dengan cerita, sebab malas nak cari gambar train, tapi ni gambar di tokyo juga
ga

Sunday, February 2, 2014

Japan aku dah datang!




Trip ke Jepun ni, tiker dah beli since 2011, masa tu balik malaysia untuk summer break, agak lama lah jugak, patutnya pergi tahun 2013, tapi masa tu tak balik malaysia lagi, so terpaksalah extend tiket tu, tambah dalam $100 macam tu, tiket yang berharga rm600 terus menjadi lebih kurang RM1300 termasuk segala apa yang patot lah.

Visa,
Kalau saya pergi awal 2013, saya perlukan visa yang mana kena apply dekat embassy, agak rumit juga requirement dia, tapi nasib baik, since may 2013, visa dah waive dah, so boleh pergi jepun tanpa visa tapi dengan syarat, kena ada passport malaysia yang baru, yang ada cip, kebetulan saya punya pasport dah expired, memang kena lah masanya tukar seminggu saya nak ke jepun tu.

Accomodation
Jepun ni, sebelum saya pergi, banyak sungguh review cakap mahal, tapi bagi saya rate jepun dengan ausie adalah hampir sama, tidak banyak jauh beza. Untuk penginapan ni, boleh lah google backpackers or any budget hotel, paling murah boleh dapat untuk dorm/capsule dalam rm50-rm80 seorang, so saya memang aim nak private room, supaya senang nak solat semua, gigih lah mengoogle, akhirnya dapat satu bilik dekat Juyoh Hotel , rate dia dalam RM100 semalam, so total 6 malam, jadi dalam RM600, booking guna agoda, senang dan boleh dipercayai.

Bilik memang kecik, tapi ada heater dan toilet asing, kemudahan lain semua ada, so memang berbaloi, dalam 10 minit berjalan dari nearest train station.

tatami style bed: kalau nak ambil katil biasa pon ada, saja try japan style, 


 


view dari bilik, 7th floor

kalau nak membasuh pon ada

private bat
Next: sambung pasal train dan tempat lain,