Showing posts with label masjid sultan. Show all posts
Showing posts with label masjid sultan. Show all posts

Wednesday, December 19, 2018

Singapore (2)



Sambung..... (Kak dana, sila approve request saya di IG, hahahah (zulfadly)

Kalau masa bujang, boleh je duduk hotel bajet, tapi sebab dah ada budak kecik ni, kena lah cari hotel yang proper sikit, google dan google, jumpa lah hotel ni, Hotel Boss. Nama macam sivaji the BOSS. Hotel ni lokasi sangat strategik, berhampiran Masjid Sultan, so senang lah nak makan halal.

Hotel ni baru buka beberapa tahun, dan berhampiran dengan Lavender MRT station, jalan 5 minit dah sampai, situ pon ada MCD. Hotel ni banyak bilik, dalam 1000 kot, masa book haritu, harga untuk 2 malam RM800++, tidak termasuk sarapan.

Overall, ok lah hotel ni, walaupun dia cakap 4 star, tapi bagi saya 3 star je. Bilik teramat lah kecik, apakan lagi toilet. Katil pon macam size single king, kecik sangat. Nak iron baju pon kena turun level 4, dah macam tido bajet hotel. Kalau ada option lain, sila lah pergi tempat lain. Staff hotel ni friendly and helpful juga. Malam2 kami request additional mineral water, ada budak melayu akan hantar, nasib free. Maybe sebab lokasi hotel ni menang lah.

Ni lah hotelnya. lokasi strategik

Lobby hotel grand and besar, tapi bilik kecik