Terima kasih pada mereka yang beri nasihat buat saya, sangat setuju dengan kak mari, mula2 ni kena cr pengalaman. Saya tak apply pon firm 1st ni, tapi sebab dia request dekat jobstreet nak tgk resume saya, saya bagi lah, then terus kena interview, tu lah 1st firm arki yang saya apply dan dapat. Selama 2 bulan lebih ni, saya memang cuti sakan, baru minggu ni saya apply firm.
dalam dilema nak tunngu keputusan firm lain, pastu ada lagi 2 interview lagi, satu shah alam dan satu dekat area KL, dalam hati ni, risau teramat, kalau saya accept offer dari 1st firm, saya takut firm lain offer pulak, kalau nak cancel nanti, saya rasa bersalah, tapi kalau reject offer ni, saya takut takde pulak peluang kerja nanti.
at this level, saya kena lihat ability saya, apa boleh saya buat dan apa kekuatan saya untuk diambi bekerja, pikir balik, kalau saya demand gaji tinggi, apa mampu saya buat? kalau ilmu tak banyak nanti tak berbaloi dia nak bayar.
tengok 1st firm ni, macam serius betul nak ambil saya, tapi saya masih berbelah bahagai, patutnya kena confirm harini, but tak call2 lagi, so kesimpulannya, esok pagi akan call, jika masih kosong, saya akan accept, untuk permulaan kerja, rasanya ok kot nak kena korban sikit masa tu, walaupun jauh, sebenarnya before this pon kejer puchong, rasa ok je lah kot.
yang penting boleh belajar benda baru, tapi interview lagi 2 akan saya pergi juga, kalau dapat shah alam tu, terpaksalah saya tolak offer ni, kalau dapat, masih tak tentu lagi kan. Tapi doakan saya dapat shah alam, tak kisah gaji kecik, asal dekat, banyak benda boleh jimat. Ntah lah, masih was-was dalam keputusan, masih samar dalam kepastian.
Sebab satu je, takut rasa bersalah nak reject or accept offer, bila apply sikit firm xde panggil langsung, bila apply banyak, sekali ramai panggil, adoi! tapi baru apply dalam 5 firm rasanya. Jumaat ni dekat KL, area menara KL, seronok juga pergi interview, tengok firm2 lain. hehe
Kalau dalam bidang arki ni, dia tak tengok sangat kelayakan, tapi more to skill, ada je sijil, tapi gaji lebih banyak dari akitek,sebab skill tu ada, yang penting skill + knowledge = experience.
Terima kasih pada yang memberi nasihat, saya ambil untuk consideration saya. Thanks again! doakan semuanya lancar, amin! (macam nak exam pulak)
Wednesday, April 10, 2013
Tuesday, April 9, 2013
Sesat di Jalan Di Pilih
Alhamdulillah, jenazah nenek selamat dikebumikan jumaat lepas, semalam ada kenduri arwah dan tahlil, semuanya berjalan baik.
Citer lain pulak, sekarang saya dalam dilema, sesat dah ni! dilema nak pilih kerja. Semalam 1st dan 2nd interview untuk kerja.
1st interview dekat puchong, tapi firm cina, faham-fahamlah area tu, semua cina, kedai melayu pon tak nampak, tapi itu bukan masalahnya, masalahnya, dia offer gaji sikit, dia boleh potong rm1000 dari apa yang saya minta, alasan dia, dia tak ikut qualification pon, asal ada skill, apa guna belajar samapi master, gaji nak kasi standard spm, patutnya kena bagi jawapan harini dekat dia, tapi masih belum tentu, buat permulaan, maybe cukup lah gaji tu, tapi pikir balik, macam agak jauh dari rumah, kalau tolak, takut xde pulak orang nak offer lagi, betul2 dalam dilema, rasa macam tak tahu nak buat keputusan,
2nd interview dekat damansara, masa pergi cr opis puchong, sesat 30 minit cari opis dia, nasib jumpa, lambat 30 minit dari masa interview. Tapi firm kedua ni, interview malam, pukul 8.30,firm baru, pejabat pon bersepah, bos cina, muda lagi, tapi tanya soalan macam nak belasah orang.
tanya bleh x buat kejer seorang? nak urus projek? ke nak ada orang guide? so saya jawablah, memang perlu guide, saya baru habis belajar, imposibble saya nak buat kerja sorunk-sorunk, last kerja pon 2 tahun lepas.
tu belum tanya benda pelik-pelik, pastu persoalkan master saya, " kenapa u tulis master? not bachelor ke?" pening nak jawab soalan macam tu, so kesudahanya, saya yakin tak dapat, imposibble nak dapat kalau interview pon macam nak gaduh, gaji pon takde bincang, sekejap je interview.
'
Pening2, dah mintak ramai opinion, tapi tak sure lagi, TOLAK nanti takut xde kejer pulak, kalao ACCEPT gaji rendah+jauh+kawasan jam, tapi maybe alasan saya kecik kut, ntah lah.
memang nak cari area shah alam, kalau gaji ciput, area shah alam, boleh jimat duit, ni jauh gaji ciput, duit habis ke minyak + tol je.
Serik juga apply firm cina, dulu kejer ngan cina, gaji tak naik-naik dari mula kerja, pastu lewat gaji je, tapi x semua firm macam tu. ntah lah, masih dilema,
pikir balik, pernah juga rasa nak menyesal amik archi, buat benda yang saya terpaksa minat, bukan sebab saya minat!

Friday, April 5, 2013
Pulang kepada penciptaNya
Semalam ustaz mengaji ada bercerita, pasal seorang ibu ni, suami pergi bekerja, dan anak lelaki tunggalnya meninggal ketika jagaanya, bila suami pulang, dia tidak bagi tahu pun pasal kematiaan anaknya, sehingga lah suami dia hilang penat baru lah dia bertanya, 'tidak kisah kah kalau ada orang mengambil barang mereka daripada kita, yang telah dipinjamkan, lalu suami pon tidak kisah, lalu dia menceritakan kisah sebenar, dan suaminya redha dengan ketentuannya.
Ingat, yang semua ada pada diri kita, sekeliling kita, hanya lah pinjaman sementara, petang tadi dapat call dari saudara, nenek dah tenat, yang saya melawat semalam, ingatkan dah ok, pergi ke hospital, sampai dalam pukul 7pm, tapi tak sempat nak bersua, dia kembali kepada penciptanya.
Susah nak percaya, semalam baru je bersembang, hari ini sudah tiada, tapi bersyukur, dengan iziNya, saya pergi melawat nenek semalam. Cuma dia tidak sempat nak minum air penawar yang dia mintak semalam, sebab belum dapat lagi, ingat balik semalam, rasa sayu je. Rasanya sudah lama saya tidak nangis dengan penuh perasaan, tadi rasanya saya dah tak mampu, sebab utama, teringat arwah nenek yang meninggal 2 tahun lepas masa saya di australia.
Sesungguhnya, perancangan Allah lebih baik dari apa yang kita rancangkan, perjalanan nenek samapi disitu, moga rohnya akan ditempatkan dikalangan orang beriman, esok akan pergi kebumi pukul 9 pagi, jenazah sekarang dah ada dirumah pakcik di taman medan, baru balik dari sana, esok pergi lagi, kebetulan esok ada 1st interview saya dekat puchong, pukul 10 pagi, terpaksalah cancel, kalau boleh postpone minggu depan lagi baik, tapi takut dia tak percaya, mungkin bukan rezeki saya, tapi akan call dulu esok macam mana.
Mari sedekahkan Alfatihah buat nenek saya, Hajah Zaleha dan anak kepada kakak yang saya anggap macam saudara saya sendiri, di australia, moga kalian ditempatkan dikalangan orang beriman, dan Jannah milikmu.

Thursday, April 4, 2013
Orang Sakit
Semalam pergi melawat nenek saudara yang sakit, dah seminggu masuk PPUM, keadaan makin teruk, dia tak mahu makan, makan sikit pon tak lalu, bila jumpa dia masa baru balik haritu, terkejut sangat, badan dah tinggal tulang je, dia memang tak lalu nak makan.
Biasalah, orang sakit ni, emosi terganggu, nenek saudara ni asyik cakap dia dah nak mati, macam-macam lah lagi. Nak jaga orang sakit ni kena kuat, macam-macam ragam.
Ingat lagi jaga arwah nenek dulu, kena banyak bersabar, tapi nenek saya jenis senang, dia memang tak nak menyusahkan orang lain, walaupun dia tak nampak dan tak boleh berjalan, selagi dia boleh buat kerja seorang, dia tak harapkan orang lain, kalau nak makan pon, dia meraba-raba cari makanan, bila saya nampak macam tu, rasa sedih je.
sebab tu, masa dia sakit, kena selalu ada dekat dia, nasib lah arwah nenek dulu kuat gosip, saya memang gosip dengan dia je lah, cerita macam-macam.hehehe
Satu benda pasal PPUM ni, parking dia, sangatlah teruk, saper lah design parking tu, kalau arkitek, buat malu je, dengan column bersepah-sepah, lepas tu circulation main hentam, tetiba kena lalu antara 2 column yang sangat sempit, memang muat-muat, pelik betul, macam mana boleh lulus, kalau dulu nak mintak approval memang leceh, tapi bila tengok PPUM ni, rasa pelik kan.
Last sekali, buat kakak saya di Australia tu, tabah kak, semua ni ujian Allah, selalu kalau kami ada masalah, akak penguat semangat kami, kali ini, kami doakan akan dapat tempuhinya, bukan rezki, tapi akak ada seseorang menunggu di Jannah nanti, moga rohnya dicucuri rahmat. amin.

Wednesday, April 3, 2013
Bubar sudah
Akhirnya parlimen dah dibubarkan, so lepas ni, ramai lah post macam-macam dekat FB tu nanti.
Beringat lah, kita kena kritik dan nilai dasar yang ingin dibawakan oleh mereka, dan bukan sibuk membuka aib hal peribadi mereka, profesional dalam memberi komen dan ingat lah landasan yang betul.
Sesiapa pon kerajaan selepas ini, itu adalah tanggungjawab kita, jangan pandai komen dan berapi-api berhujah, tapi daftar pon tidak. Semoga mereka yang jujur+ikhlas dalam perjuangan untuk membela rakyat menang, amin.
Akhir sekali, jangan lupa undi di kedai online saya, sekarang promo beli 2 percuma 1, hahaha, maafkan iklan ini!

Tuesday, April 2, 2013
Sambung Belajar
Sejak lepas SPM ni, ada lah beberapa orang tanya, especially junior dekat sekolah dulu, nak sambung apa, dimana dan bagaimana?dah jadi macam penasihat pelajar pulak.
Dekat rumah ni pon, banyak surat tawaran daripada IPTS untuk adik saya, semua IPTS nama tak pernah dengar, pelik-pelik je nama, tu belum dapat SMS kata dah berjaya masuk IPTA, mana lah diorang dapat alamat dan nombor telepon ni.
Tidak kisah lah result SPM tu ok ke tidak, yang penting bagi saya, sambung lah belajar, ada je yang nak kerja terus, sebab seronok dah kerja part time, yang ini, kalau nasihat, memang tak nak dengar, janji ada duit, dapat tengok wayang or jalan pergi mall.
Ada je cakap, tak perlu sambung study, buat penat, ramai je kaya sekarang, semua setakat SPM, kalau dah ko cakap macam tu, sukahatilah, malas sungguh nak nasihat.
IPTA vs IPTS
jika dapat peluang sambung ipta, jangan segan silu terus terima, tak perlu lah nak masuk ipts, sebab buat bazir duit je, kebanyakkan ipts sekarang ni, hanya sekadar duit je, kalau dah grad, orang pon susah nak terima, sebab kolej pelik-pelik.
Tapi kalau tiada rezeki, masuklah ipts yang under kerjaan macam UNISEL, UNIKL dan lain-lain, secure sikit dri masuk ipta yang tak terkenal, apply konpem dapat, walaupon result spm tu teruk.
kursus
pilih lah kursus yang rasa mampu dibawa dan ada prospek yang luas bila dah tamat belajar. kalau IPTA ni, susah kan nak pilih, ambil je lah apa kursus dapat, janji buat terbaik, semua kursus ada buruk baiknya, dan janagan risau, semua kursus boleh jadi kaya, cuma lama atau cepat lah. Ada junior tanya nak ambil architecture, saya suruh pikir masak-masak,
Banyak lagi aspek kena consider nak masuk IPTA/IPTS, kalau yang dapat scholar tu, memang ada yang tak dapat kursus yang kita nak, cita-cita nak jadi doktor, tapi dapat tajaan engineering, overc lagi, so ambil je lah, dah ada orang nak sponsor, tak perlu memilih melainkan kau confident ada orang lain nak sponsor.
dan last sekali, SPM ni permulaan dalam kita nak tempuh perjalanan sebagai pelajar, tak semstinya dapat 10A+++ masa SPM, kau tak boleh fail masa belajar, dan tak semstinya kau dapat 10C+++ masa SPM, akau tidak boleh cemerlang masa di Uni, pembelajaran adalah berbeza, banyak dah tengok benda macam ni berlaku, lagi-lagi kawan masa sekolah. yang penting, usaha dan usaha, IAllah ada jalanya.

Monday, April 1, 2013
Pinjaman Teragong olehNya
Hari ini, genap 2 tahun perginya arwah nenek saya, dalam ingatan saya, masih terngiang-ngiang ciuman terakhir pada nenek sebelum saya sambung belajar, masa tu, memang saya dapat rasakan, ini ciuman terakhir untuknya, walaupun masa tu dia dalam keadaan tidak sedar, sebab sakit, tapi saya tahu dalam hatinya, dia ingat saya masa itu.
"Jangan pergi jauh-jauh selagi aku hidup" ayat tu sampai saat ini, saya masih ingat, nenek tak pernah setuju saya nak pergi study ausie, mungkin dia tahu akan semua ini, tapi dia tetap beri duit flight untuk saya, bila 2 tahun dekat sana. Hari-hari saya akan call msia bila mula-mula sampai, sebab risau keadaan nenek, tapi dalam hati ini, saya sentiasa persiapkan diri untuk segala kemungkinan.
Ingat lagi, masa awal pagi 1 April tu, saya dapat tahu nenek meninggal melalui status FB saudara saya, saya sangat terkejut, ikutkan nenek sudah semakin sihaat, tapi tiba-tiba masuk hospital balik dan Allah sayang akanNya.
Jauh berada dengan keluarga, dengan suasana baru buat saya, dengan masih baru kenal rakan-rakan disana, saya rasa sangat kehilangan, hanya Allah sahaja tahu bagaimana saya melalui hari-hari itu, sehinggakan sebelum arwah nenek hendak dikapankan, saya mohon sangat supaya mak saya skype untuk saya tengok wajah nenek buat kali terakhir, tiulah kepuasan dalam hidup saya, dapat tatap wajahnya buat kali terakhir.
Dan Alhamdulillah, saya lulus belajar dan redha dengan setiap yang berlaku, pernah sekali je pergi ke kubur nenek masa balik last summer, samapi hari ini, saya tidak mampu lagi hendak pergi kekuburnya, sebab saya tak mampu tahan perasaan bila disitu.
Saya rajin menulis blog pon, antara sebab utama adalah arwah nenek, dia pendengar terbaik buat saya, setiap apa berlaku, setiap apa pendapat, dia lah yang pertama dan dia lah penasihat terbaik saya, bila dia tiada, saya dah tiada semua itu, dan percayalah, apa yang saya tulis dalam setiap entry saya, adalah apa perkara yang hendak saya ceritakan..
Buat Hajah Hasnah atau Maktok,
biar semua orang tahu,
bagaimana syukurnya cucumu ini,
dengan kurniaan terbaik oleh Allah pada ku,
pinjaman teragong dalam hidup ini,
dan InsyAllah , selagi masih bernafas dalam dunia ini,
akan sentiasa ingat setiap pesan dan kata-kata dari MAktok.
'Solat,Solat dan Solat, jangan pernah tinggal solat'
Terima KAsih Ya Allah.
Alfatihah untukmu,
HAJAH HASNAH BT RASHID
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)