Monday, March 18, 2013

Berniaga

Alhamdulillah, dah mula start berniga kecik-kecilan dekat FB, modal bapak saya kasi, tapi semua duit dapat ke bapak saya lah, saya tolong buat FB dan update segala bagai lah, ingatkan nak buat sendiri, but bila bapak saya mintak tolong, saya buat lah sekali.

Jual perfume gred AAA dari dubai, hampir sama dengan original, tapi memang bukan ori pon, dan juga jam tangan wanita ada jugak, nanti saya akan upload gambar jam ni.

IAllah, nak pergi daftar syarikat pulak, sementara menanti kerja tetap ni, buat lah part time job ni.

So, boleh lah like Perfume Deal untuk membuat tempahan, atau meramaikan orang like.

Untuk pembaca blog ni, saya bagi diskaun rm5 untuk setiap botol, just email sahaja order dekat perfumedealpd@yahoo.com atau boleh PM saya di page tu dan letak kod K2S, terima kasih.

BTW: hukum menjual barang tiruan?saya dah tanya ustaz dan google: hukumnya harus jika kita menyatakan keadaanya sebenar dan haram jika saya kata produk saya jual ni adalah original. sekian
Boleh juga lihat di blog sini

Friday, March 15, 2013

Sesat yang menyesatkan

Minggu ini sangat sibuk, menguruskan hal sendiri dan hal orang lain. Pergi ke KL, 1st day naik komuter dari padang jawa, turun dekat bank negara, sejam perjalanan, next day naik kereta pulak, lebih kurang je masa nya. Komuter koc baru, tapi macam biasa, penuh indon+bangla+myanmar+nepal+sulu=malaysian!

Dan bila bawak kereta ke KL, memang sesat lah jawapannya! walaupon dari kecik duduk KL, tapi memang tak pernah nak hafal jalan/nama jalan tu, memang agak bengap tentang jalan di KL (area wangsa maju power lah), bila pergi chow kit, asyik salah jalan, akhirnya sampai lah jugak. pastu balik shah alam, nak ikut federal, sekali termasuk NKVE, ok lah, jauh skit, dan tak jam, tapi hujan semalam sangat lah lebat, langsung tak nampak jalan, bawa pon slow, ada pulak kereta siap pasang hazard ligth, itu untuk emergency, kalau hujan lebat, bukak lampu kereta sudah!

exit tol shah alam, tetiba tersedar dah ke tol guthrie, rupanya nak ke kuala selangor, tak tahu lah napa blurr sangat semalam, sesat!! lama sangat tak bawa kereta ke KL, since pindah shah alam, memang jarang nak ke kl,paling jauh pon sampai Mid Valley area je.

OK! InsyAllah, akan memulakan niaga kecik2 je, jual online, nanti dah siap semua page, saya letak link sini, jual perfume from Dubai gred AAA dan juga jam tangan jenama Loraine. Belum siap setting lagi semua, sebab harini dan esok, cousin kahwin, so memang busy lah, walaupon zaman sekarang, takde benda nak tolong pon.

Monday, March 11, 2013

Jalan Tassie: Strahan Cruise

Sambung balik Jalan Tassie ni, iaitu ke Strahan, memang kalau pelancong datang sini untuk naik cruise atau pon nak naik heritage train. Tak salah saya, ada 2 jenis cruise ni.

Harga cruise ni dalam $105 seorang, termasuk lunch. Boleh beli online sini , bila nak beli tu, kalau ada student, cakap lah student, ada diskaun, dan kalau nak murah, tanya dia sendiri, ada tak diskaun, sebab bila saya tanya, dia bagi diskaun 20%, dapatlah dalam seorang $90 macam tu. Dan pilih lah seat yang  murah, tak payah ambil mahal-mahal punya, sebab memang tak penuh cruise tu, boleh je duduk seat mahal bila dah belayar tu kan.

Trip ni rasanya ada 2 kali sehari, satu pukul 9am, satu lagi pukul 3pm, satu trip ni ambil masa selama 3 jam. Sepanjang perjalanan ni, kapten akan bercerita lah pasal sejarah dan tempat menarik disini. Ada 2 tempat akan berhenti, satu di Sarah Island, pulau ni bekas tempat banduan dulu, macam pulau jerjak, lagi satu berhenti dekat kawasan hutan paya bakau. Seperti biasa, view memang spectacular! memang rasa bertuah study tassie ni, heheh.

Dekat sarah islan tu, akan dekat situ selama 30 minit, ada guide bawak dan explain pasal pulau ni, lepas dah habis tu, baru dia hidang lunch. Lunch kat sini simple je, semua sejuk je, takde makanan panas, salmon, bacon, salad dan roti. So kami makan je lah smoke salmon tu, famly saya memang tak lalu lah makan, sebab salmon mentah kan, tapi smoke salmon tu, mahal kalau beli! saya lah bedal sorunk-sorunk, dah habis cruise tu, semua kelaparan lah.
ni masa diorang simbah air 
Christmas parade

tu dia office cruise ni


lepas je antar 2 pulau ni, akan ke open sea


boleh naik atas sekali, masuk dalam kapten punya tempat ni, tapi janganlah memekak

ni tempat bela ikan, macam kelong


kelong

sarah islan tour guide

ni dia bekas bangunan yang masih ada



sarah island, gambar tu gambaran sebenar keadaan pulau tu untuk banduan

otw tu, akan nampak rumah kecik2 ni, yg duduk sini kerja dia tangkap lobster

nanti sambung lagi

Sunday, March 10, 2013

Balik Kampung

Semalam balik kampung, tapi kampung orang lain, pergi kawan nikah dekat Bahau. Masuk je kawasan kampung tu, teringat lah kampung saya di KL dulu. Memang cantik kampung tu, jalan pon kecik, memang jalan kampung, tu belum lagi sesat dalam kampung tu, 2 kali jumpa kubur, sesat punya pasal, kalau kali ketiga jumpa kubur, memang lah petanda tak baik, haha.

Seronok tengok orang kampung gotong royong, memasak dan merewang, rasa memang mengimbau kembali  masa duduk dekat Semarak. Lagi-lagi masa kecik.Antara yang saya rasa menggamit memori semalam ialah:

1.meja kahwin: dulu selalu tolong pasang dan buka meja kayu yang panjang tu, untuk makan, sekarang kalau kahwin, semua meja bulat

2.pinggan mangkuk yang clear glass tu, pastu ada lekuk-lekuk , pastu siap ada tanda kat bawah pinggan tu, masa kecik-kecik dulu, arwah atuk ni penjaga harta surau, memang kalau lepas kenduri, kena kira stok barang, so kadang2 mengacau jugak lah, nak tengok berapa banyak pecah, pastu atok kena pergi beli dekat chow kit.

3.paling seronok tengok orang merewang, makcik-makcik bergosip sambil potong bawang, cute je! pastu yang pakcik2 pulak, sebuk mengaul kawah tu, tengok pulak ada yang bancuh sirap, zaman sekarang susah nak jumpa orang kahwin minum sirap, semua air warna lain, masa duduk kampung, mesti seperiuk sirap buat untuk kenduri.

4.Sebak juga lah semalam, tengok atuk-atuk kat situ, memang teringat arwah atuk, dengan cara pakaian semua sama, pastu pakai kopiah, bertongkat lagi, pastu duduk ramai-ramai bersembang, memang teringat arwah atuk.

banyak lagi lah, kelakar pdengar pakcik2 tu cakap dialek negeri, style habis! kahwin di kampung memang best, ramai-ramai penduduk kampung datang, gotong royong, pastu kalau datang, mesti bawak sekampit beras,atau berkampit-kampit gula. MAsa duduk kampung, orang kampung lagi suka kalau bagi makanan dari duit, sampai tak perlu keluar bajet nak kenduri, semua orang sedekah.

tapi rasanya orang kahwin sekarang, prefer bagi duit je, nak bagi hadiah pon jarang, sebab takut bagi benda sama.
tak sangak ada sawah padi dekat bahau ni

sah! tapi saya rasa kawan saya dah hafal lafaz tu setahun, haha

orang tengah merewang dekat belakang tu, meriah sangat!

**solat jumaat haritu,orang sebelah ni, time doa masa khutbah, imam sebut nama sultan selangor and anak dia, pastu dia terus palingkan tangan/palingkan doa tu (terbalikkan tapak tangan), lepas  habis je, terus doa betul balik, renugkan kenapa yer

Friday, March 8, 2013

Random Day!

sedekah

setiap kali jumaat, perasan dekat surau ni, makin ramai yang minta sedekah, last week ada india, dis week cina pulak, and for sure diorang kata baru revert ke islam, bila ajk surau tanya pasal islam, gigil kau tak reti jawab. Tapi bersangka baik lah, maybe betul kan. Tapi masalahnya, sihat tubuh badan, time orang khutbah, sibuk cakap mintak duit dekat orang lalu lalang, sampai mengganggu jemaah lain.

tu belum lagi myanmar, sehat belaka badanya, tapi mintak derma disitu sambil muka sedih, 

kalau makan di pak li shah alam, wajib ada orang minta derma, last 2 weeks makan situ, ada nenek minta duit, kata nak makan, bila dah lepas bagi duit, terus dia order, tapi..... dia balik naik myvi, ada orang amik.

masa kerja dulu, solat jumaat dekat PJ, nak keluar dari masjid tu, tingkap kereta kena ketuk, ada budak kecik myanmar mintak duit, saya kasi lah 50sen, terus membebel muka marah.

saya tidak lah kedekut, tapi sindiket ni banyak, mintak derma, tapi malas nak berusaha, memang betul tak perlu kisah, asalkan niat derma kita tu dah cukup, tapi perlu lah berwaspada, saya sanggup bagi duit lebih kepada makcik jual kerepek dari meja ke meja tu, kalau jual tisu tu, selalu dia kasi 1 kan, kalau kawan saya, dia mintak banyak, berbaloi dengan derma yang diberi, itu memang sengal, belum lagi mintak baki duit tu, hahah.

rambut
pergi gunting rambut mamak, dah tunjuk gambar, last2 dah rupa macam budak darjah 1, esok nak daftar sekolah! insap!

hon
orang malaysia memang pemurah dengan hon kereta, kalau dekat tassie, rasanya susah nak dengar hon keter, kalau ada tu, konpem asian! which is orang malaysia lah kan. haha


ok! cita2 nak masuk bootcamp, tapi macam mahal, rm600 untuk 3 bulan, jauh pulak, di taman tun,masih dalam pemikiran 

Thursday, March 7, 2013

Jalan Tassie: Strahan

Seharian tak tidur, sebab mengoogle hotel di langkawi (selasa lepas), baju semua dah siap pack, pastu kena keluar awal ke KTM, sebab tiada saper nak hantar ke lcct ni, flight pukul 3petang, pastu tetiba datang ilham kemalasan , terus sambung tidur, tak jadi pergi, malas lah pulak nak pergi sorunk-sorunk ni, sebab kira balik, agak rugi lah, public transport sana xde, kena sewa kereta, so tak jadi pergi, tetiba Mak offer tambah duit, nak suruh pergi, tapi tak pergi jugak! haha

Ok, lupakan trip tidak menjadi, sambung balik Jalan Tassie ni, kali ni pergi ke Strahan.

Strahan ni terletak agak jauh dari Launceston, dalam 4 ke 6 jam drive. Jauh memang jauh! Sebenarnya takde lah plan nak bawak family saya kesini, sebab jauh kan, lagipun kereta yang ada memang kereta murah, nak jalan jauh ni memang masalah lah. Tapi bila tengok orang lain bawak parent masing-masing ke situ, maka dengan itu, saya bawalah parent saya, sebelum bertolak tu, pergi amik adik saya yang baru samapi dari Malaysia, dia datang lambat skit.

Perjalanan ke Strahan ni memang lama, ikut jalan kampung dan berbukit bukau, masa separuh perjalanan tu, kereta dah berasap, saya main bawak je kereta buruk tu, memang berhenti banyak tempat, sebab takut kereta rosak, keluar rumah pukul 9 am, samapi ke strahan pukul 6 petang, alam giler kan! kalau ikut google map, memang dalam 4 jam, tapi kami berhenti banyak tempat.

Sepanjang perjalanan tu, SubhanAllah, menakjubkan pemandangan itu, rasa macam cantik sangat-sangat, kalau nak ke sana, mesti lah kena tidur semalam atau 2 malam. Pekan dia kecik je, sangat kecik, takde yang menarik sangat melainkan view, pelancong ramai datang kesini sebab nak naik cruise dia dan juga naik heritage train. Tidak seperti tempat pelancongan di australia yang lain, kalau dekat tassie ni, memang susah lah nak jumpa asian tu, kalau pergi mainland, memang bersepah asian ni.

kalau pergi sini, belilah siap-siap makanan/masak dari rumah, kedai tak banyak, masa kami datang tu, ada festival krismas, habis lah kereta kena simbah dengan air, ingatkan diorang racist ke, sebab tetiba kereta kena baling air, rupanya ada perarakan masa tu, krismas tapi pasang lagu gangnam pulak.

banyak je tempat lain boleh pergi, macam sandboarding, dan memancing. Next entry saya cerita pasal cruise strahan ni, antara yang terbaik dan sangat berbaloi untuk naik.

kepada sesiap yang nak pergi strahan ni, sila lah sewa kereta 4wd untuk kesitu, jalan memang berbukit, kereta biasa tidak berapa sesuai.

Ni dia pekan strahan, memang tepi muara


ni lah cruise nyer, nanti next entry akan diceritakan

ni pekan before sampai strahan, memang sunyi



ni dia cottage yang kami sewa, dalam $140/day

sanagt selesa, ada 4 single beds and one queen

itu dia kereta yang banyak berjasa, sampai juga



Tuesday, March 5, 2013

Pergi ke tak?

Flight ke langkawi pukul 3.30 petang nanti, dah beli setahun yang lepas, masa saya balik bercuti time summer, RM50 return, ikutkan nak pergi langkawi ni dah lama, masa sebelum saya fly, saya beli jugak, RM170 untuk 7 orang return, murah sangat, tapi masa tu saya dekat ausie, tak dapat join, bila family saya nak pergi, arwah nenek pulak meninggal, so memang takde rezki nak pergi ke langkawi.

So bila ada sale lagi, gatal sangat nak beli, lagi-lagi masa tu beli dalam $$$, so nampak cam murah, tapi memang murah pon, sama lah juga macam tiket ke Padang tu dan juga ke Sarawak. Main beli je, tak ajak sesiapa pon, sebab kalau nak ajak orang memang tak beli lah.

Ni pon tk pasti nak pergi ke tak, hotel semua tak tempah lagi, malas sungguh, kalau pergi seorang ni, agak bosan lah jugak, tapi rasa nak berjalan kan, rileks skit otak, (walaupun tak buat apa-apa dirumah), tengok lah macam mana esok. Nak sewa kereta macam mahal, lepastu sorunk, nak duduk hotel budjet tapi tak tahu  mana sesuai, tengok review macam banyak je masalah, tapi nak cari area pantai chenang, maybe last day baru nak cari kereta sewa lah kot, RM50 paling murah, pastu jalan lah.

Budget below RM400, kena lah jimat, nak pergi ke Padang lagi nanti, rasa kena kahwin lah, boleh ajak bini jalan-jalan ni. hahaha

antara gambar di sarawak, haritu, jalan-jalan juga, tapi hati ni tengok berita risau dan sedih,moga semuanya akan selesai dengan cepat. amin, IAllah.











kak yan:padang maybe on kot, thx bagi nombir,nanti saya call
kak mulan:amin, moga ditepatkan dikalangan orang beriman