Sunday, March 3, 2013

Oh Politik Malaysia!

Bila tengok berita, sayu je tengok anak polis yang terkorban, moga ditempatakn dikalangan orang beriman. Alfatihah.

Saya sejujurnya,sangat jelik dengan politik di negara sendiri. Masing-masing sebuk dengan agenda sendiri. Negara lain ahli politik sibuk nak tolong rakyat, tapi dekat sini, masing-masing attack peribadi, segala cerita dalam kelambu semua jadi berita utama kan.

bila kisah lahad datu ni pon, ada juga buat andaian ini hanyalah sandiwara politik, orang dah mati pon still nak kata macam tu.

dekat negara ni, sama ada kita sokong pihak A, atau pohak B, dan ada juga atas pagar, saya jujurnya, memang atas pagar, tak tahu nak sokong siapa, masing-masing agenda sendiri, sampai satu tahap, nak percaya siapa?

saya tidak mudah percaya berita-berita di TV/internet atau dimana-mana, baca boleh, dan kita lah nilai sendiri, tak ke satu fitnah, bila kita sebarkan cerita yang kita baca sahaja, kita pon tak tau betul ke tidak, tapi sebab kita benci pihak itu, kita percaya.

bila saya cakap pasal pihak A, saya dikatakan pencacai, bila saya cerita pihak B, dikatakan saya ni tali barut, macam-macam lah gelaran bodoh diberi.

bila bertweet secara general, ada juga manusia yang sentap, padahal tiada kaitan dengan tweet dia pasal politik, tu sebab saya banyak hide orang yang asyik post pasal politik, kalau benda baik ok lah, ni asyik2 nak kutuk orang lain, pastu guna ayat islamik sebagai penutup cercaanya.

risau keadaan di sabah sana, masih belum pulih, lebih baik kita cari info dengan baik, dari terus mengutuk orang yang melakukakn kerja, ada sebab dan musababnya kenapa mereka berbuat demikian, usah dikaitkan dengan politik. Rasa macam negara yang mundur, dengan semua ini.

ok, saya rasa cukup general post ini, pendirian kita dalam berpolitik, adalah hak kita, kita sokong parti A or B, sebab kita yakin ideologi parti itu, dan jika kita sokong parti A, tak perlu nak gelarkan kita pencacai, spy or ngok ke. respek je pendirian manusia lain, dan kalau boleh, usah dikaitkan dengan peribadi mereka, nilai dari kerja mereka.


sayang malaysia, jangan tweet benda yang tiada asas, seperti seorang artis yang rasanya disyurga teratas, memaki orang tanpa usul. Terbaca satu tweet berkenaan artis ini: "sekarang kita tahu, bahawa M adalah pilihan terbaik oleh N, dan sebab itu si A, kena tinggal' saya cuma boleh gelak sinis sahaja.


mari doakan malaysia aman, semoga semuanya berakhir dengan cepat, dan lagi satu, tak guna bising-bising pasal politik, tapi daftar undi pon tidak.


3 comments:

Kakcik Seroja said...

Jujurnya, makcik masih berbelah bahagi hendak mengundi!

kekunang said...

Hahhaahha...si A agak melampau tweet2 nya...sangat risau issue sabah. Tadi msg nora tanya kabar.kawan aku ada kat lahad datu sorg. Saudara mara jangan cakap laaa...oke risau..setuju..tak kira dari parti mana...tak perlu sibuk tuding jari..tapi patutnya selesaikan masalah...nyawa bukan taruhan..

Zulfadly said...

kakcik:saya pon selalu pikir mcm tu, pening tgk politik ni
kuna:si A ni kena kawan baby AA, haha, risau wei sabah ni