Thursday, January 10, 2013

Sampah Theme Park!

Rasa sungguh stress, mengemas rumah ni, nak kena clearkan sebelum keluar, mesti kena buat betul-betul, if not kena deduct bond nanti, leceh sungguh!

Rumah ada 5 orang, 3 dah balik malaysia, sekarang tinggal 2 orang lah, terkial-kial nak kemas rumah yang besar ni, rasa bengang je sebenarnya ni. Banyak lagi tak settle, barang banyak tak buang, toilet tak bersih, tingkap tak cuci lagi, macam-macam lah.

Tadi pergi buang sampah, bawa je naik kereta sampah busuk-busuk tu, kalau sewa trailer, mahal pulak, buang ke tempat pembunangan sampah, sungguh style tempat dia, dah rupa macam theme park sampah! sangat sistematik, semua barang nak buang ada bahagiannya, sekali masuk dalam 6.50 untuk kereta, kalau truk dalam $13, pergi masuk 2 kali, sebab sampah banyak sangat, itu pon still ada lagi, malam ni kena letak perabot keluar, sebab esok nak steam karpet ni.

Penat sangat!!!! rasa nak balik je malaysia macam housmate lain, tak perlu lah nak kemas susah payah, siap ada yang balik awal pergi bercuti lagi, ni kemas berdua pon banyak lagi tak siap.


argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! stress macam ni! tu belum lagi bilik sendiri!

sampah general buang sini, letak dekat horizontal escalator tu, nanti dia akan asing sendiri, kalau bahan buanagn lain, ada tempat lain, semua dalam satu kawasan besar, sangat bersih! dan termat bersih walaupun tempat sampah!

Tuesday, January 8, 2013

Memancing pastu makan dan candat

tinggal saki baki hari tinggal di bumi omputeh ni, pergilah memancing, nak abiskan umpan, sebelum nak sedekah rod ni kepada umat melayu disini. Hari ni cuaca agak baik, mendung, tak panas, dan dijangkan akan turun snow minggu ini, snow dalam summer? itu lah Tassie, memang macam tu.

Walaupon stok makanan masih ada, tapi malas betul nak masak, makan lah sushi diluar, makan buffet, tapi dapat makan vege dan seafood je lah, memang berbaloi, bayar $17, makan lah sampai puas-puas. Untuk perut orang asia memang lah berbaloi.

Semalam adik saya pergi mencandat, tapi saya tak pergi, malas nak pergi pagi-pagi, walaupun tak dapat ikan dan sotong, tapi bagi dia satu pengalaman sebelum balik Malaysia. Hari ini dia sampai lah KL tu, duduk 18 hari kat sini.

Masih mengemas lagi, dan berkemas, barang banyak dah buang, barang yang dijual semua mura-murah, rasa sayang nak jual, tapi apa boleh buat, terpaksa. ok, sambung menegmas!

buat nasi briyani Shan tu, denagn ayam shan jugak dan kuah dalca



ni lah sotong kalau dapat, tapi ni mat saleh punya



kak ummi:hehe, rasa nak balik je ni, aritu ingat nak singgah perth sebelum balik msia, sekali tiket mahal sgt, better fly dr msia , murah lagi, hehe
nekcik:tq nekcik, tak sabar nak balik msia, hehe
joyce: yer! aku laki, hahah, masak je lah, ikut internet, sedap tak sedap lain kira,hehe

Monday, January 7, 2013

Sambal udang terukir di bintang

Tekak ni rasa nak makan makanan malaysia je ni, hidung ni dah bau macam-macam, walaupun sebenarnya memang makanan tu tak ada, lagi- lagi tengok FB dan blog semua upload makanan melayu!!!!! argh!!!! rasa terliur abis! nak masak memang boleh, tapi tak cukup rencah or barang, kalau masak pon, tak kan sama dengan rasa di malaysia.

tekak ni memanggil-manggil nak makan udang sambal petai, ayam masak lemak cili api, sambal belacan, ikan masin, sambal sotong kering, ulam-ulam, air sirap limau, nasi mamak, roti banjir, nasi lemak sotong, lontong klang, teh ais khulafa, dan macam-macam lagi! dan paling nak makan, tempoyak! hoefully time dah kat malaysia, season tempoyak tak abis lagi, haha.

makan dan makan je lah kan, nanti bila balik malaysia, rindu pulak nak makan makanan sini. Lapar dan lapar. Nak masak malas, nak makan luar ada baper kerat je kedai halal, kedai lain makan seafood je, bosan pulak, kalau tak, makan vege je lah. hehe

ni tak ingat bila makan, rasanya time kawan datang dulu

Sunday, January 6, 2013

ejen gajah hartanah

lagi seminggu nak kena keluar dari rumah ni, disebabkan guna ejen rumah disini, terpaksalah kena kosongkan rumah ini sedia kala. kena potong rumput, bersihkan carpet, chimney dan semua lah, dan setiap satu tu kena ada resit, maknanya kena berbayar!

Ejen ni, masa mula-mula dulu, ok je, sopan je cakap, tapi tahun lepas, dia agak garang sikit, jenuh pulak nak deal dengan diorang ni. Kalau onform benda rosak je, memang lambat dia respon, tapi kalau lambat bayar sewa, terus email, memang begitu ejen ni.

lagi satu, bila nak pindah ni, ejen akan bawak masuk potential tenant untuk rumah ini, last week dia bawa 3 group, dah lah masa rumah tengah berkemas kan, memang lah bersepah, dia siap komplen kata rumah sangat teruk, padahal tak da lah teruk mana pon, pastu dia komen pasal ayam yang saya letak dekat sinki, nak defrost, petang nak masak, dia kata ada raw meat dekat kicthen dan sangat tidak appropriate dia kata.

lepastu dia siap komen rumah busuk! busuk apa nya, maybe dia bau kari kot sebab tu busuk, or belacan ke, hahah. LAst sekali dia komen suruh potong rumput, memang tak potong lagi, sebab dah nak keluar, kalau ptong awal, cepatlah tumbuh balik, nanti bila dah keluar, ejen ni akan hire gardener lain untuk potong, dan dia akan suruh bayar pulak lagi!

macam-macam ejen ni, memang sangat kurang ajar, masuk rumah pakai kasut, walaupun dah email, informed dia suruh buka kasut, but still pakai juga, rasa memang biadap, padahal dah tulis dah sign depan pintu, suruh buka kasut.

tu belum lagi call, cara jawab sangat tak profesional, tak tau naper dia benci sangat, adakah sebab dia x suka asian? or dia ingat kami student boleh dibiadapkan? dan ayat dia paling last, dia blackmail pulak, kata if tak dapat tenant baru, kami akan tanggung akibat? siap boleh cakap macam tu.  sabar je lah dengan ejen ni, boleh je nak lawan balik, tapi kesian pulak housemate lain, sebab diorang akan stay dekat sini, nanti nak cari rumah lagi, susah, ada bad record pulak kan.

'manusia ni ada limit kesabaran dia, sampai satu tahap, pasti meletup jugak kan'

futon yang masih tak laku,


btw, nama ejen tu seperti tajuk diatas,tapi kena translate ke english lah, hehe

kak fairy: ala kadar je ni, bawa balik coklelat balik masia, hehe

Saturday, January 5, 2013

Panas! Panas! Panas!

sekarang ni, rasanya dah kemuncak summer, semalam suhu paling panas, dekat Launnie ni, suhu emalam 33C, tapi dekat Hobart semalam, suhu sampai 43C, kebetulan pergi Hobart semalam, memang panas luar biasa, angin pon panas, travel 2 jam dalam kereta, memang macam cacing kepanasan. Bahang dia menusuk kalbu lah.

Bawa bekal nasi lemak, nak makan dekat Hobart, bertolak pukul 9pagi, pukul 5pm baru boleh makan, sebab tak tau nak stop mana, panas sungguh, duduk dalam shopping complex, pergi beli Corelle, hehe (orang kirim). Sepanjang balik tu, memang banyak bush terbakar, semalam paling teruk, banyak juga rumah terbakar, kalau ikutkan dalam berita lah.

Semalam tu bawa adik berjalan-jalan, sebelum dia balik Malaysia Isnin ni, bawa pergi museum , Zoo dan pergi kilang Cadbury. alhamdulillah, sampai rumah semalam pukul 9malam, pastu pagi ni buat garage sale, banyak lagi masih belum terjual, tapi ramai sungguh orang hari ini. Nasib tak hujan, walaupun pagi tadi renyai-renyai.

Esok masih ada garaj sale, nak clear kan semua, kalau tiada siapa nak beli, buang je, terpaksa lah, boleh lah cover nak garden, carpet dan juga duit iklan garage sale ni, nak pindah rumah ni, duit keluar macam air sungai, banyak sungguh.
ni lah view sepanjang perjalan pergi dan balik




panas


tu bush banyak terbakar

mak kirim beli ni, dekat Malaysia manuka sangat mahal, tu beli banyak

kilang candbury, borong ni, tengah murah

Thursday, January 3, 2013

NZ:Makan dan Makan

Ada seorang kawan saya tanya satu soalan cepu emas, 'orang melayu sekarang, sebelum makan buat apa?' doa?, SALAH! amik gambar dulu sebelum makan!

betul lah tu, kalau dekat sini, asian je buat macam tu, amik gambar makanan. Kali ni nak cerita pasal makan-makan dekat auckland, sebelum pergi mana-mana trip, better google dulu makanan Halal, senang nanti, tak perlu tanya orang, omputeh Halal pon tak tahu, kalau untung jumpa melayu, senang tanya kedai halal.

ni antara tempat saya makan, ada yang tak ambil gambar, lupa sebab lapar sangat lah tu.

Auckland CBD

Mamak

Dekat Auckland ni pon ada mamak, jenuh nak cari kedai dia, sebab dekat dalam sikit, teh ais dia sangat sedap! untuk makanan lain, boleh tahan juga,
boleh cari dekat sini mamak untuk FB dia,
nasi lemak dan soft shell crab 



another nasi lemak with rendang, rendang dia kureng sikit dan sambal ciput!

mee mamak

superb!

harga dalam 10++ untuk setiap meal,

Bali Star
21-25 Elliot St, Atrium on Elliot foodcourt

Dalam foodcourt ni, ada satu je kedai halal, lain tu ada seafood yang boleh dimakan.
Saya pergi 2 kali, yang paling best dan sedap, Ayam Belado! sila lah ambil paling pedas, memang sangat sedap.

Harga:$10 and above
ni kedai dia, indonesian cuisine

ni nasi padang, ada ayam, daging dan telur, sedap juga, tapi tak pedas 

Wardani Indonesian

15c Mercari Way, Albany , North Shore City'

Sama menu macam dekat atas, tapi murah dalam $1/$2, tapi bai saya, sini kurang sikit rasa dia, boleh je lah, tapi agak sedap lah, kedai dia terceruk dalam sikit, dalam foodcourt jugak. Dekat atas dia, ada lagi satu kedai . nama kedai tu kampung, dulu memang orang melayu punya, sekarang dah orang india beli, halal tu memang diragui, nama kedai still sama, but menu dia indian style, kalau boleh, cari kedai lain.

Harga: $10 and above

menu yang boleh dipilih

nasi padang, sedap lah jugak, cuma nasi macam keras sikit

Rotorua:

Hobbiton

Dekat sini, masa tunggu trip kami, makan lah chips sikit, $5 sepinggan, tu je yang halal, haha, kalau pergi sini, bawa bekal roti ye, jimat duit





Nando's

Kalau dekat Tasmania ni, kedai halal memang antanya nando's, kalau dekat auckland ni, banyak kot kedai nando's , cuma tak jumpa, yang ni pergi makan masa dekat Rotorua, sama macam NAndo's d Malaysia juga, saya tak berapa gemar sangat, tapi disebabkan dekat Rotorua tak ada kedai HAlal yang banyak, makan lah sini. Harga agak mahal untuk satu set.

seorang makan, dalam $20++


Kebab Madina 

dekat rotorua ada beberapa kedai kebab halal, ini antaranya, harga agak murah, starting from $8, kebab boleh tahan sedap lah,tapi tunggu lama, sebab tukang masaknya sorunk, dialah bos, dialah chef, dialah cashier, semua benda dia buat.

Meal dalam $13++
Tamaki MAori Villag

yang ini masuk sekali dalam pakej untuk lawatan ke Tamaki MAori Village, bayaran untuk trip ni dalam $110/person, sekali dengan buffet. mesti inform awal-awal masa booking trip ni, kata nak Halal food, IAllah diorang akan sediakan, makanan buffet sangat sedap! seafood memang disediakan, jenis semua makanan yang dibakar cara Maori. untuk $110 yang dibayar, saya rasa amat berbaloi.

ayam dan daging tu tak halal, dah makan baru lah dapat makanan Halal, ingatkan yang ini halal, tapi dapatlah rasa juga ayam tu, sedap! 

ni yang halal, macam nasi paprik, sedap sangat! tu je lah yang halal, dia bagi satu pinggan, yang lain seafood and vege boleh ambil di buffet

dalam dewan makan
siap ada pencuci mulut lagi, sedap!

kak ummi:betul sangat2, yang penting jgn lupa sedekah alfatihah buat yang telah pergi
kalau kak ummi nak pergi NZ, better turun christchurch, view lagi cantik

kak kasih: wajib datang kak! tapi airasia dah xde flight ke sini, kalau tak, dah banyak boleh save, cara lain amik fligth ke ausie dan flight lain ke NZ from OZ, tu kalau ada yg murah lah, hehe



Wednesday, January 2, 2013

Tips: Budget Trip NZ

Rasanya dah jenuh bercerita pasal NZ, sekarang nak bagi tips, untuk lebih berjimat pada mereka yang bajet limit, siapa yang tiada masalah kewangan, boleh juga baca.

Saya kalau travel, memang akan ada bajet yang sikit, sebab student kan, pastu duit pun ada cukup-cukup, so kena pandai berjimat-jimat, nak kata tips tu, tak ada lah sangat, cuma pengalaman saya untuk dikongsi.

Flight
ni semua tahu kot, kalau nak murah, beli lah awal-awal, kalau dari OZ ni, murah je ke NZ, tapi kena grab SALE lah, kalau bernasib baik, dapat lah murah, pokoknya rajin lah mengadap komputer tu 24/7.

Jika naik Jetstar tu, sila berhati2, staff dia agak biadap (berdasarkan pengalaman saya)  saya memang anti jetstar, tapi still naik sebab murah, hahah

Luggage
selalunya masalah naik flight ni, nak beli luggage agak mahal, depend on airline juga, macam pergi NZ haritu, tak beli luggage pon, sebab lelaki ni, barang sikit je nak bawa, bawa beberapa helai je, pastu basuh je dekat sana, dah dapat jimat situ. Tapi sekarang, \hand carry pon diorang timbang, lebih 10kg kena check in, leceh ah jugak, sebelum nak check in tu, better lah timbang, ada kawan balik malaysia, berat lebih 3kg, kena $120! 1kg=$20 itu airasia, mahal kot.

accomodation
bab ni paling utama, selalu bajet traveler ni, boleh je duduk backpacker, sebab kita muslim, susah nak duduk sekali dengan non muslim, nak solat, bersihkan diri dan juga safety. saya akan google di internet dulu, type lah "budget acc/cheap acc" etc, nanti penuh lah keluar, sila cek mana sesuai dan tengok kalau ada bilik air didalam or tak. dan juga, tengok rate dia, dan distance dengan tempat lain, ada murah tapi jauh sangat, kalau dekat city pulak, tiada parking disediakan, memang kena cek betul-betul, kalau tidak, mahal lah nanti.
$25/night/person, sangat berbaloi dan dekat dengan city dan airpot

silver oaks in Auckland



Kereta
kalau ke Auckland, bagi sayalah, sewa kereta memang wajib, nak naik public tu, agak susah lah kalau nak travel jauh. Boleh je google dekat internet kereta sewa, selalunya yang branded sikit tu, memang mahal, mahalnya sebab kereta baru dan juga insuran. benda paling penting, bila sewa kereta ambil lah full cover insurance, memang kena bayar sangat mahal, tapi better ambil dari kena bayar banyak kalau rosak. dan kalau sewa kereta tu, kena ada bond, sila lah cari lain, sebab bond kadang-kadang samapi 2000! nanti dia nak pulang balik duit tu, susah sangat.

prefer sewa disini Jucy
sewa kereta kecik, murah minyak!


Makan
kalau muda belia tu, makan ala kadar sudah, beli je dekat pasaraya, murah dan kenyang, saya sehari sekali makan luar, banyak kedai muslim ada, satu makanan dalam $10 sekali makan, tu minimum, kenyang dah tu, kalau asyik jalan, memang tak ingat makan sangat.

*next entry pasal makan-makan auckland

Pakej
kalau pergi Rotorua, sila janga ambil combo/pakej, sebab harga tiada beza, sama je jika total semua, dan saya cadang, buat lah water rafting, bungy jump, dan skyline luge. dan janga membazir duit beli ZORB, sebab bayar $40 untuk 30 saat, rasa menyesal ambil hari tu. Kalau nak pakaje MAori tu, sila mintak menu Halal, IAllah ada disediakan.
rotorua information centre, semua pakej boleh beli sini

naik zorb, mahal dan tak berbaloi
Gambar
kalai main semua attraction ni, yang mahalnya selalunya gambar, penting kalau pergi 2 orang or lebih, just beli satu je, semua most of it soft copy, pastu balik rumah copy je, dari nak beli dengan harga $35 and above tu.

kak ummi, kak hidana, dan kak yan: terima kasih, makin lama makin rindu arwah, yang pergi tetap pergi, tapi nak lupa tu mustahil lah kan, lagi2 yang rapat.