Alhamdulillah, dah 5 hari dah dekat Malaysia, sekarang memang panas giler, asyik berpeluh je . sekarang ni, kalau nak keluar pun susah, sebab dah tak de kereta, kereta dah kena jual. so kebanyakkan masa, duduk rumah lah. heheh
Selasa haritu, dapat lah pergi kubur nenek, buat pertama kalinyer, perasaanya, Allah je lah yang tahu, sedih sangat2, masa pergi, dapat cium dahi nenek, tapi bila balik, hanya kubur je ada depan mata. Jiwa ni meronta-ronta, supaya aku bangun dari mimpi, agar semua yang dah berlaku ini, hanya ilusi, tapi sebenaryna, zul di alam realitit. kehilangan seseorang yang kita rapat, amat menyukarkan.
so far, dah jumpe saudara mara, macam-macam cerita aku dengar, semua pasal pergadohan keluarga, actually, yang gaduh ni, mereka dan anak beranak, tapi yang seorang ni, jadi batu api, samapi semua saudara mara terkena, kadang kala tak paham perangai manusia ni, busuk nyer hati, memburukkan orang lain, pastu tuduh kami guna bomoh lah, hitam giler hati diorng ni, semayang setiap hari, tapi.....................malas nak ngumpat lagi, ..............
Alhamdulillah, aku mempunyai saudara mara (kecuali diatas) yang sangat rapat. dan selalu buat aktiviti bersama, walaupun kami ni tak sekaya orang lain, tapi dengan kesederhanaan inilah, yang membuatkan keluarga kami bahagia dan dikelilingi mereka yang sejiwa. Alhamdullilah. ada juga saudara yang berkedudukan, dan disebabkan itu, terbentuk jurang yang besar dengan mereka, kerana mereka tidak biasa dengan kehidupan sederhana kami. Ini realiti,
Berdoa, agar kebahagiaan yang dikurniakan sekarang ini, bertambah bahagia.amin!!!!!!!1
2 comments:
Betul tu Zul...bila ada saudara kita yg dah berkedudukan jurang silaturrahim makin jauh, ini pengalamn Aunty sendiri. Ada seorg saudara terdekat Aunty yg bersifat gitu, bila kita tak pergi ziarah dia kata dah lupa saudara tapi setiap kali Aunty pergi menziarah dia, masayaallah... nak tunggu dia turun dari bilik berjam-jam, macam lah kita datang nak mintak derma, bukan nak ngumpat tapi jadikan lah ini satu pengajaran.....Serik dah Aunty nak ziarah saudara macam ni......Biarlah semuanya bersederhana kan.....
btul, setuju, memang bila ada jurang kekayaan, jadi lah mcm tu, saya selesa pergi rumah sedare yg orang kebiasaan, dari pergi rumah sedare yg kaya, byk sgt protokol dan rasa x selesa, ntah lah..pengalaman saya mcm ni lah
Post a Comment