Saturday, September 15, 2012

Datang Australia?

Tetiba nak share sedikit info, pada sesiapa yang planning nak datang Ausie, mula sekali, boleh lah apply ETA secara online, ETA ni visa yang valid for 3 months, kalau nak murah, boleh apply dekat agent pelancongan, saya dulu applykan for my parents dekat Amcorpmall, tak ingat nama agent tu, dalam RM20 seorang, kalau online, dalam $20 seorang.

rasanya ramai sedia maklum, kastam dekat Ausie ni memang leceh, sangatlah dia cek segala benda yang kita bawak. yang penting, apa kita bawak, kita kena DECLARE, walaupun benda tu kita rasa kecil je, sangat penting, ada kes kononya tak nak declare, takut kena rampas, macam milo 3 in 1 tu,pastu kena denda dalam $200++ mcm tu. Barang makanan boleh je bawak, tapi tidak semua lah, benda hidup macam haiwan, tiumbuhan/buah tu, memang tak boleh, pastu benda yang berkayu pon tak boleh, dan paling tak boleh iyerlah benda tenusu, segala keturunan susu diharamkan, tapi kadang-kadang, ada je terlepas, ikut nasib.

Kalau kita declare barang semua, kastam tak akan cek sangat, dia just akan tanya je,dan jawablah dengan ikhlas, pastu dia lepaskan je, lagi-lagi if time tu, orang ramai giler. so far, saya takde problem dengan kastam, bawa makanan semua lepas je, dan lagi satu, mesti ada label dalam English, kalau takde, buat sendiri.

Jika nak datang Tasmania, lain pulak syaratnya, masuk kesini lagi ketat, langsung tak boleh bawak masuk buah.tumbuhan dan kayu ke Tasmania, bila keluar airpot tu, akan ada anjing kesan kalau ada makanan ke, memang tasmania ni diorang jaga kaw-kaw punya. tak boleh bawak benda dilarang dari mainland, kalau bawak, kena buang, macam bila mak saya datang, bawak buah dari melbourne, tapi kena buang bila sampai, sebab mereka takut hasil tanaman di tasmania ni rosak oleh serangga dari mainland.




Lagi satu, if naik Jetstar ke, sila lah timbang beg anda betul-betul, kalau hand carry tu, dua barang je boleh seorang, kalau pegang novel tu, dia consider satu barang, saya pernah kena, mak saya bawak beg camera, handbag dan beg kecik, pastu dia consider sampai 3 barang, selalunya handbag tidak dikira, terpaksalah cek in beg tu, kena bayar dalam $200++ masa tu, but berhati-hati Jestar punya staff ada yang kurang ajar! (sebab dah 3 kali kena layan teruk, sangat racist), but still naik sebab murah. hehe itu  je lah, duit tu tukar lah siap-siap dekat Malaysia, sini mahal!

12 comments:

NEKCIK said...

salam kenal...zulfadly ni satu kelas ke gan eli esa

NEKCIK said...

salam kenal..boleh nekcik tanya ..zulfadly ni kenal tak ngan eli esa..padang tembak

NEKCIK said...

memang risau masa masuk astolia dengan makanan kan..siap print besar besar ingredients maggi!!! takuuut

Zulfadly said...

nekcik:xkenal rasanya, kalau tahun 87 maybe saya boleh cam gak,heheh, salam kenal kak,

Mulan said...

i pernah TERBAWAK milk powder dlm bottle susu anak.. my husband macam rimau nak marah.. sbb lupa buang before sampai kat kastam tu..

but this officer sangatlah baik.. i kata very sorry kat dia sebab tak sempat nak buang & also sbb my son tak sempat minum.. my son yg 4 years masa tu dgn happy nya pi cakap kat officer tu "thats my bottle".. dia gelak & he let us keep it tau..!!

alhamdulillah.. i dah berpeluh2 takut.. i takkan lupa kes ni..

azieazah said...

Kawan saya yang 2,3 kali ke Ostolia pun selalu sebut bab kastam dan makanan ni. And yes, tenusu memang langsung tak boleh.
Kak Azie berhajat gak nak Ostolia, ntah bila.
Thanks for the info.

Zulfadly said...

kak mulan: kadang2 diorang baik kan, tp kalo bad mood, segala benda dia nak cek, hehehe
kakazie:memang ausie pamos dgn kastam dia ni, leceh pon ada, IAllah ada rezki, sampai sini, hehe

norhidana said...

sampai camtu sekali ek dik.... agaknyer2 mmg takdelah ek buah2an dr negara asia kt situ,or camne... mcm2 tanya akak ko nih kn

Zulfadly said...

ada je kak, tp tu dia import, kalo kita bawa sendiri memang x boleh, tapi ada pon yang tertentu je pon, kalau tmpt saya, memang 90% semua dr sini, dari mainland pon susah masuk.

rostina76 said...

salam kenal zulfadly...ada gak dlm wishlist nak g aussie ni tapi xtau le bila since big bos dah kena rantai @brunei ni. hehe!!!mmg dpt info dr ramai member2 yg stay @aussie pasal ni. pengalaman kros dgn kastam ni mmg dgn bangsa mat salleh alhamdulilah xde la tapi dgn pak arab mmg dorg ni kurang ajar&biadap esp dgn kita2 dr asia ni (racist pak arab ni lagi teruk dr mat salleh)....ingat masa p qatar tahun 2005, kros tgh sarat pregnant & my eldest baru 3tahun. di herdiknya kita suruh beratur elok2 masa Q (masa tu my eldest dok berlari sana sini le, dpn ada mat salleh).....mmg ingat smp skrg peristiwa tu & that's the reason i would not simply respect those fr middle east.

rostina76 said...

salam kenal zulfadly....mmg dlm wishlist juga nak g aussie ni. tapi xtau le bila since big bos dah kena rantai @Brunei ni. byk dpt info dr member2 yg stay @aussie psl ni. btw i xde bad experience dgn kastam mat salleh tapi dgn pak arab yes, ada. masa tu kami @Qatar thn 2005, kros tgh sarat pregnant & my eldest 3thn dok berlari sana sini xdok diam masa Q nak check kastam...dia blh herdik kami suruh beratur elok2. kurang ajar betul. mmg ingat smp skrg peristiwa tu & that's the reason, i would not simply respect those fr middle east because dorg ni racist lebih dr mat salleh esp dgn kita fr asia.

Zulfadly said...

salam kenal kakros, orang sini ok je, sikit je yg racist, pak arab memang mcm tu kan, diorang ganas je