Tuesday, March 19, 2013

Satu Permulaan

Alhamdulillah, harini memang penat, tapi berbaloi, satu langkah ke hadapan, walaupun masih kosong, tapi mengharapkan semuanya berjalan lancar, baru daftar syarikat enterprise tadi dekat SSM shah alam, lama jugak lah tunggu, sebab ramai manusia, akhirnya tercipta lah MZABD Unggul Enterprise!!! Saya rasa nak tergelak nama macam tu, dah macam drama melayu je kan.

Mula-mula nak letak MZABD je, pastu akak tu kata nama kena panjang, dia tambah lah Maju, saya tak nak, macam kedai mamak pulak, last2 dia suruh letak je Unggul, hentam je lah, harap2 unggul. Kena daftar syarikat, biar orang konfiden dengan barang kita jual.

Bayaran dikenakan sebanyak RM70 untuk setahun, nanti renew lah lagi bila dah dapat duit modal tu. Sekarang sibuk mengetag orang kat FB , nak tarik orang like kan.

BTW, akhirnya, saya jumpa juga rempah Briyani Shan, jumpa terjual dekat Cold Storage, bila jumpa rasa excited, kalau masak beriani ni, bau dia kadang2 macam bau ketiak macha, satu rumah cakap macam tu, tapi rasanya sedap! hahaha

ok, pada sesiapa nak beli Minyak Wangi imitation dan juga Jam Tangan Berjenama Lorraine, boleh lah like Perfume Deal ni. Kalau nak beli, boleh PM dekat situ, ataupun komen dekat bawah ni, saya bagi diskaun RM5 untuk setiap pembelian, letak kod K2S nanti. Doakan perniagaan ini berjalan lancar. Part time je ni, kejer masih dicari, doakan juga dapat kerja. Thx!!














No comments: