Monday, July 16, 2012

Gold Coast Trip

Bila nak pergi Gold Coast ni, kena mintak kebenaran parent dulu, al-maklumlah, rasa banyak duit akan keluar nanti, so bila mereka kasi, saya pon on je. saya pergi from 3/7 hingga 9/7, dalam 6 hari macam tu.

Bila sampai GC je, suhu dia macam Malaysia, sangatlah warmnya, nasib tak bawa baju tebal. Kami menginap di Sunset Court Apartment, ada 2 bilik, agak scary apartment dia, sebab lock pintu macam tak secure sangat,tapi overall, memuaskan dan amat murah. untuk 6 malam, 525$ dan bahagi empat, so memang murah sangat. dan kedudukan apartment ni sangat dekat dengan city, jalan kaki je, kami sewa kereta, bila jalan ramai ni, banyak benda boleh jimat.

Pergi GC ni, mestilah wajib pergi ke theme park, amik pakej dia, seorang 99$, unlimited entry untuk 3 theme park until June 2013. Kami masuk Movie World yang banyak kali,  pergi merasa semua ride/ coaster dalam tu. dan tengok parade, dah rasa macam budak kecik, walaupon umur dah wajib kahwin ni! teringat zaman kanak-kanak, tengok kartun-kartun ni, rasa excited lah jugak.
selamat datang ke warner world!main entrance

datang awal kalau 1st time, sebab kena buat macam id card



Untuk ride/coaster dekat warner bros ni, saya naik hampir semua, walaupun rasa taubat setiap kali turun satu-satu ride tu, tapi tetap nak naik.  Superman coaster teramatlah laju, tak sempat tengok view, dah abis, sebab laju sangat, seterusnya, ada tarikan terbaru iaitu, green lantern coaster, bila naik dengan kawan seorang ni, dia kat atas tu dah cuak, siap boleh zikir sepanjang naik ride tu. Cuak punyer pasal, pastu ada batman, scooby doo dan ada beberapa show, semuanya sangat takut! dan saya tak rasa nak naik lagi, sebab jantung dah lari kedudukan dah! takut!

dalam movie world ni, ada halal food dan buffet, kalau sesiapa nak pergi, better beli semua secara on9, boleh save dalam 10$ dalam setiap ticket, macam buffet tu, beli on9 murah, kalau walk in, mahal, so better semua tiket beli dahulu, tak yah nak beratur panjang nanti
superman, laju giler!

macam dalam USS tapi kecik sikit

halal restaurant, patutlah ramai pak arab beratur

Batman tetiba keluar, poyo giler


theme park ni dari apartment dalam 30 minit,kami sampai awal, pukul 9am dah ada kat situ, pukul 10am baru boleh masuk.Memang duduk dalam tu lama lah, supaya berbaloi beli tiket tu kan. for muslim, jangan risau, ada surau dalam ni, memang selesa, so tak perlu risau nak cari tempat solat.
austin show

show kereta

scooby doooo n geng (xbest)




nanti sambung lagi, hehehe

3 comments:

m.u.l.a.n said...

serious mmg best...!!! pi sana 2005 rasanya.. cantik sgt2 GC kan.. tengok rumah2 tepi river tu.. awwwww... terkelip2 biji mata..

umiyumi said...

Salam Zul,
mcm teringin nak pegi. anak2 pun mesti suka. tp bila tengok luasnya tempat dan manusia yg ramai tu heee... hmm entahlah. last time pegi zoo paling lama duduk pun satu jam. takut tak berbaloi bayar tiket mahal2

Zulfadly said...

mulan:memang best, rasa GC mcm malaysia skit,
kak ummi: wajib bawak budak2 before balik msia, nanti rugi