Saya tetiba terfikir pasal perkara ini, apa reaksi jika duduk di overc, dan jumpa orang melayu, adakah kita akan tegur? senyum je? or buat bodoh?
Perkara ini berpusing-pusing dalam otak saya, jika nak ikut pengalaman saya, kalau di bumi tassie ni, kalau jumpe melayu yang saya tidak kenal, saya senyum je lah, jarang benar nak tegur, begitu juga kalau di tempat lain. Ada kes dekat sini, ada student baru, bila budak melayu lain senyum dan bertegur sapa, dia boleh buat bodoh, last-last kena cop orang bhutan! hahah
masa pergi GC haritu pon, memang ramai jumpa melayu, sebab masa tu ada games untuk students malaysia di sana, bersepah lah melayu, jika nampak selalunya senyum, tapi bila nak senyum, mesti diorang akan tunduk kepala atau pandang tempat lain.
agak sukar rasanya kalau nak tegur melayu diluar negara ni, maybe segan, saya pon lebih kurang, melainkan saya kenal lah.
Pernah tegur melayu, memang sah melayu, siap beri salam dan senyum, dia buat bodoh, yang ni berlaku dekat sini, ingat lagi muka minah tu, sombong giler kot. yang penting, bila diperantauan ni, kena pandai bawa diri, ada je yang memang tidak campur melayu, walaupun diorang melayu, itu hal masing-masing lah,
penting kita kenal sesama melayu, sebab jika ada masalah, selalunya senang nak mintak tolong. itu je lah, cuma rasanya memang ada sindrom segan nak tegur among malays kalau terserempak or terjumpa, sama ada berlagak, segan or takut salah bangsa ke.
Harini kawan saya dudk UK konvo, tengok online streaming lagi, congrtz ikram! jumpa bulan 9 ni dekat tassie!
***ok, rasanya blog ini ada budak launnie baca, saper ko! hahaa,
3 comments:
Salam Zul,
minah tu ingat Zul nak mengurat dia kot, tu yg dia 'jual mahal' sikit hehehe.. kat sini pun ramai melayu jugak. biasanya kalau terjumpa tu mmg kurang2 senyum atau bg salamlah. yg pandang ke lain pun ada jugak. tak kisahlah, kalau duduk kat tmpt kita pun manader kita boleh tegur semua yg terserempak tgh jalan. :p
kt negara org kalu jmpa org melayu msti bestkan... tak jmpa melayu tp jmpa org negara sana yg tau ckp melayu pun dh rasa best sgt kan dik... heheheh
tp kalu mcm kes yg melayu tp belagak tu... no komen lah... agakneyr dia lupe ckp melayu kot ehheehhe
Terharuuuuuuu.... thx zul..
Post a Comment