Thursday, July 19, 2012

Roti Canai+Winter+Class+Ejen

Esok bermulalah sesi persekolah untuk saya, sebab semester ini, hanya satu subjek, dan kelas hanya pada hari jumaat sahaja! dan esok kelas pertama, agak leceh bila kelas hari jumaat ni, sebab nak pergi solat agak susah, tapi itu semua cabaranlah kalau duduk diperantau ini.

Sekarang masih winter, nak main snow pon tak dapat, sebab asyik hujan jer, snow banyak dah cair, tak tau lah if bulan puasa ni nak pergi main snow pulak ke. Semalam suhu tetiba panas malam, tak yah pakai winter jacket pon, sebab rasa panas, dekat sini hujan non-stop dah seminggu, baju semua susah nak kering, ambil masa lama lah nak kering.

Dan tinggal sehari sahaja lagi, Ramadhan akan bermula, rasa tak sabarnya nak bermula puasa, saya selalu mengharapkan dapat perbaiki diri , mudah-mudahan.dan esok ada majlis ketuk-ketuk ramadhan, ada seekor kambing ditumbangkan, dan kami akan bersolat terawikh bersama-sama malam esok dirumah penghulu penduduk melayu disini.

Hari ini, masih cuti, buatlah roti canai, sebab rasa nak makan, ingat nak jual masa multicultural night minggu depan, tapi malas lak nak uli banyak-banyak kam, pastu kalau jual 2$ pon orang kata mahal, tak kan nak jual 50cent, nak sama harga dengan Malaysia, memang rugi lah! hehehehe,

lupa lak, semalam inspection rumah, dekat sini, 3 bulan sekali agen datang nak cek if ada rosak ke tidak dalam rumah, rumah ni dah banyak rosak, semalam sebok lah menyorokkan apa patot, kalau tak, semua kena ganti, ejen tu takde nak bertanggungjawab, walaupon bukan kami buat, dan satu hal, kalau datang rumah, mesti pakai kasut masuk dalam, kali ni, kami dah tampal sign depan tu suruh remove kasut, but still pakai, memang tak makan saman! haih!

roti telur


dallllllllllll

teh tarik!

dah besar-besar ni pon tak reti baca! ejen oh ejen

pokok bawang je tanam


rumput pon kena potong, kalau tak , ejen tu nak upah gardener dan kami kena bayar

2 comments:

umiyumi said...

Salam Zul,
wah sedapnye roti canai buat sendiri complete set dgn kari dal dan teh tarik tu. fuhh kalah kedai mamak camnih hehe..
nape la agen tu tak reti bahasa. lainkali kena sound je. diorang ni mana reti budaya orang.

Zulfadly said...

kak umi:hehe, ejen tu dah byk kali ckp, asik lupa je diorang tu