Wednesday, July 18, 2012

Makan di Gold Coast

Untuk mereka yang nak pergi ke Gold Coast tu, kalau bab makan tu, tak payah susah hati, sebab memang bersepah kedai halal, especially kebab lah dan indian food. Memang penuh disitu, dan mudah untuk mendapatkan makanan.

KFC dan Mcd memang tak halal disini so jangan nak makan, walaupun ada pak arab yang main bedal je makan, mostly kami kat sana, makan luar sekali sehari jer, malam je makan, time lain, alas perut dengan roti je. ikutkan nak masak setiap hari, tapi kemalasan berganda, makan luar je.

Kalau nak makan masakan melayu, ada kedai Melayu disitu, tapi kami tak masuk, sebab tengok dari luar, kedai tu macam dah 100 tahun tak pernah tukar deco dalaman, gambar tampal dekat glass wall pon dah pudar, nampak sangat takde usaha nak tarik pelanggan dan harga makanan disini saya boleh kategorikan sebagai agak mahal. Itu sebab tak makan, baik pergi makan kebab, banyak dan sedap! Cuma keluarkan ongkosnya sahaja, dan harganya memang murah.
hari 1st, masak nasi dan beli sardin, kenyang!

makan di SAHARA, sedap , banyak dan murah

pizza ni boleh tahan sedap lah

ni hari lain, test kebab chips


air kasi buang angin, air halia

kalau di tassie, memang take minum air sejuk, tapi di GC ni panas
dalam theme park memang ada halal food, just tanya je staff dekat situ, last day kami masuk movie world just nak makan buffet, 27$ seorang, kalau on9 20$, memang berbaloi, makan sampai tak ingat dunia, dan kami antara orang terakhir didalam tu bersama dua lagi group student melayu. saya syorkan makan disini. american cafe kot nama dia.

2 comments:

norhidana said...

alahai dek geram akak nengok segala mcm menu yg ada tuh... tgk portion makanan kt situ banyak betul yek... mau mkn pg kenyang sampai ke mlm..

Mulan said...

mmg kat oz senang makan sbb byk kedai kebab halal kan.. rasa nak pi lagi je..