Thursday, August 9, 2012

Solat Kiamat

Sekarang dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan, semakin ke penghujung, semakin kurang manusia di surau, dulu masa minggu awal, surau penuh, tapi sekarang, nak dapatkan dua saf penuh pun susah. Maybe masing-masing sibuk, lagipun terawikh boleh dilakukan dirumah, sunat hukumnya.

Semalam pak imam arab anounce hari ini ada solat qiam starting at 12am. mula-mula dengar solat kiamat! terkejut gak lah, ada ke solat kiamat, rupanya qiam, dia sebut laju sangat, hahaha. Pak imam ni selalu salah rakaat, kadang-kadang rakaat sampai 3 untuk terawikh tu, jemaah pon jadi konpius, saya lagi lah, ingat berkhayal ke apa kan.

Satu lagi pasal pak arab ni, semalam diorng masuk surau je, siap laga-laga hidung sesama lelaki, dari jauh macam bercium mulut, saya pon terkejut tengok, pastu diorang keluar kan bunyi masa bergesel tu, bunyi dari mulut 'chuit-chuit' macam tu lah bunyinya. Saya tengok tergelak je adat diorang tu.

Hari ni mamai, salah tafsir email lecturer, kelas esok, datang harini, pastu takde orang, melilau cari lecturer, sekali salah time lah, esok kelasnya. Last year ada buat pulut kuning, semalam pon buat lagi, guna rice cooker je, pastu buat rendang, guna perencah adabi, bagi saya, tak payah guna pon perencah adabi, sebab bahan yang dia suruh tambah sama dengan resepi biasa. Nasib baik menjadi semalam, hehehe. 


**Komuniti kecik je, tapi puaknya banyak**

2 comments:

norhidana said...

heheheh pelik gk solat kiamat ek... mmg adat diaorang kn jmpa laga2 hidung gitu, kalu kt melesia comfirm org dh kata gay hehehe...

dik, kalu akak bt rendang lg senang
lada kering+bwg merah+bwg putih+halia+serai+kunyit+jintan+ketumbar+gula melaka+asam jawa=blend sume bnda pastu perap kt daging atau ayam, masa msk baru tambahkan santan... senang n mudah..cube lah

m.u.l.a.n said...

waahhh pulut & rendang..!! feveret...