Friday, September 14, 2012

Makan dan Makan

Baru lepas crit dengan tutor tadi, stress je, dah lah sekali seminggu, tapi kejap je, setiap student ada masa dalam 20 minit je satu sesi, so bila dah cukup 20 minit, terus lecturer stop, adoi! imagine lah, bayar satu semester $8400, hanya untuk satu subjek, dan subjek ini hanya kelas hari jumaat, selain ada lecture sejam (tu pon kadang-kadang je), pastu baru ada crit session, setiap tutor ada 6-8 orang je, ada tutor baik, dia tak kisah lama pon crit, tapi tutor saya memang cukupkan 20 minit je!,

memang mahal bayar tutur ni, bayar ikut minit, tu diorang sangat on time. Ok, abis dah berleter, sekarang nak tunjuk gambar makanan yang diambil menggunakan hp, hahaha, biasalah, rasanya orang malaysia je amik gambar sebelum makan, orang local sini takde pon, sampai diorang pon pelik dengan kami.

Gambar semua ni since puasa until now, ada saya masak ada makan luar.
Ini adalah makanan yang selalu dimasak, nasi lemak, kalau rasa ngidam je, masak lah, nak beli tak jumpa kan, heheh, bila tulis ni rasa nak makan pulak!


ayam percik masa ramadhan, ni kawan saya bagi,sedap giler!

housemate masak, guna pastry, macam karipap lah

kalau minum dekat luar, selalunya akan pesan air sejuk, walaupon winter! yang ni coklat float, sedap lah, tak manis pon, sebab orang sini mana minum/makan manis2

ni jamuan selepas solat raya, denggan komuniti muslim disini, macam-macam juadah pelik ada, sedap lah jugak.

makan time 2nd day raya, duduk depan laptop tengok tv9, pastu layan perasaan dan perut, nasi dagang leftover!

ni masa join event tea haritu, ok lah, sekarang dah gian ke tea yang takde gula macam ni, sedap!

kek apa saya x sure, but sangat sedap, nasib free, kalau beli dalam $6

ni burger ikan, kat sini, burger memang besar gedabak, selalunya harga dalam $13 untuk burger je!


ni baru masak last week, capati dengan kari sardin, teringat makan kari sardin sedap dekat sri rampai, tu saya google macam mana nak buat.


ni nampak hodoh giler, ni burger malaysia, ada leftover doh pizza, buat lah ni, sangat tak sihat, berminyak, but sedap!haha
Kalau dekat sini, harga makanan memang agak mahal, selalunya kalau makanan je, dalam $10 and above, kalau air harga bermula dari $4, air mineral pon $3, memang mahal, tu kena masak je, sekali sekala boleh ah makan luar.

4 comments:

ishamizu said...

Salam Pali

Pandainya masak..! ;)

Zulfadly said...

kak iwan!:heheh, terpaksa lah, nak makan kan

Zulfadly said...

kak iwan!:heheh, terpaksa lah, nak makan kan

NEKCIK said...

Nekcik pergi duit habis beli air mineral dengan coklat TIM TAM ( Malaysia) jer untuk alas perut setiap kali keluar jenjalan