Perjalanan saya selama 2 tahun di bumi Launnie sudah hampir berakhir, esok dah nak ke sydney dan akan balik ke Malaysia pada minggu hadapan. Dua tahun, satu jangka masa yang nampak singkat, tapi meniggalkan seribu kenangan dengan saya, dan Alhamduillah, dipermudahkan urusan saya disini olehNya.
Semsetinya banyak perkara akan dirindui, antaranya:
1. Sahabat
duduk jauh dari negara sendiri, tetapi rasakan bagai di malaysia, dikelilingi oleh mereka yang baik, dah dianggap seperti keluarga sendiri, susah senang, pasti ada orang akan membantu, dan itu merupakan perkara yang sayang untuk ditingalkan.
2.Kampung Launnie
saya pernah ke sydney,melborne dan GC, tapi rasanya penduduk disini antara yang paling ramah (ada je yang x suka asian), kalau pergi ke kedai semua nak bersembang, walaupun tak paham dia cakap apa, lagi-lagi orang tua, sangat lah sweet nya.
kalau dekat sini, memang takde kesesakan jalanraya, kalau tetiba jam tu, maknanya ada sumting berlaku, orang bawak kereta pon slow, takde rushing-rushing, duduk memang macam kat kampung, walau pun tak banyak menarik untuk hiburan selain nature,launnie still sangat seronok (kalau ada aktiviti lah)
3. Makan!!
duduk kat sini, ada 2 je kedai halal, lain tu semua seafood boeh lah makan, pastinya saya akan rindu butter chicken dekat Ali Asian Cafe, tadi dah makan buat kali terakhir, sangat sedap ye! takkan dapat dimana-mana
Sushi
sushi ni biasa-biasa je, tapi sedap buffet, dapat makan banyak, banyak kalo juga lah makan disini
aiskrim
gelato aiskrim memang sangat sedap, kalau datang tassie ni, wajib makan, lagi death by coklat! memang boleh mati makan, haha
4.Cuaca
compare dengan mainland, dekat launnie ni, merupakan city paling sejuk di Tasmania, sebab dia valley, tu sebab sejuk, kalau panas, panas melampau (sekali je lah sofar), kalau sejuk, samapi bernegative! 2 tahun duduk sini, tak guna aircond, tak guna heater, takde pon kipas, hidup degan begitu je
kalau nak listkan, banyak je lagi, sayu je hati harini, pergi settlekan beberapa perkara lagi sebelum balik, rindu coles, 24/7 KMART, woolies, farmyard,flip burger! ahaha. dan semua itu akan menjadi kenangan saya.
butter ciken kak liza ali |
buah segar |
tak kan dibuat di malaysia, memancing |
bbq |
Dan buat bos saya, before fly sini, dia kata sure saya akan balik malaysia balik, sebab launnie ni bosan, sebab anak buah dia belajar sekejap je, pastu balik ke KL sebab tak sanggup duduk sini, saya survive cik mat nor! hahaha
dan..........tak tahulah bila lagi boleh bersua, dan pastinya, semua kenangan ini tak akan dapat diulang, sekadar sebuah memori untuk penerusan dalam kehidupan.
Selamat Tingga; Bumi Tasmania!!! and semestinya Kampung Launnie! IAllah honeymoon bawak bini sini nanti, hehe
5 comments:
akak pun dpt rasa kehibaan itu, yelah dik tmpt jatuh lg kan dikenang ni kan pulak tmpt menimba ilmu... semestinya kenangan indah yg tak mungkin di lupakan...
kak hidana: :(
sedih baca.. tempat bermastautin walau tak lama akan ditingglkan... tak pe nanti boleh datang lagi..
harus keep in touch! wajib!
kakmulan:IAllah, dtg lagi
kuna:wajib yo!
Post a Comment