Tuesday, October 2, 2018

UTC Shah Alam

Nak kongsi pengalaman buat passport anak di UTC Shah Alam. Dulu tempat ni dikenali sebagai Anggerik Mall, memang sendu sesendunya. Tapi now dah jadi UTC untuk buat semua dokumen atau urusan berkaitan kerajaan.

Buka hingga 10 malam setiap hari ya. Details waktu kena google. Saya pergi hari Sabtu around pukul 5 petang ssebab nak buat pasport anak. Kalau imigresen di aras 2, kena naik lif yang comel di tepi bangunan atau gunakan escalator yang rosak (ground ke 1st floor sahaja). Bila sampai2 je nombor giliran telah habis. Sadis tak?

So sebelum balik buat lah polis report sekejap, level G ada balai polis, ni kes nama kena guna untuk daftar teleforn postpaid. Settle.

Esoknya datang balik, kali ni sampai pukul 9 pagi, manusia dah ramai yeeee. Nombor masih ada. Saya pon nak renew pasport, dapat dua nombor berasingan untuk saya dan anak. Giliran anak dalam 4 je lagi, saya pulak almost 200++.

Baru nak duduk isi borang dah kena panggil, bawak lah anak saya buat passport, susahnya nak suruh tengok kamera. Saya pon dapat buat sekali, logiknya takkan nak bagi bapak tunggu lama2 kan. Semuanya mudah. Layanan staff imigresen memang tip top. Sangat berhemah.

Apa perlu bawa?

Salinan surat beranak anak dan salinan IC bapak sahaja. Kedai fotostat ada ye di level 1 dan G atau level 2

Kalau renew bawaklah pasport lama tu

Tips:

Parking disini sangatlah mahal, dulu masa tak ada orang murah je, Sekarang sejam pertama RM2.00, next sejam seterusnya RM1. Melampau mahal. Tak ada maksimum rasanya. Dah lah parking kurang. Kalau datang sila park SACC MALL lah, jalan sikit. RM2/entry for weekend. Time tak ada orang nak dapat duit parking pon susah, ni dah ramai, naik pulak harganya. Mengarut

Sila datang hari biasa, memang tak ada orang kalau lepas pukul 8malam, tu yang staff situ bagi tau, nak habiskan 150 nombor pon susah. Tapi kalau weekend memang ramai sangat, nombor 400 pon tak cukup. So datanglah hari biasa.

Foodcourt ada di level 1, cari kedai masakan utara, kari melayu terbaik! sedap.
















5 comments:

Juls Julie80 said...

aritu bawak baby buat pasport kat imig putrajaya. susah jugak nak amek gambar dia sebab geleng2 kepala gelisah..kebetulan time tu dah sampai waktu dia nak shushu.. so staf imig snap gambar guna hp byk kali jugak & pilih gambar yg kepala dia agak tegak..lain2 semua kabur..ekekekek

Zulfadly said...

juls: sama, amik banyak kali, last2 pegawai imi tu dah redho, kata gambar tu pon boleh, haha

Afiqah said...

Malam masih ada nombor ke ? On weekends

Unknown said...

kalau ank umur 17 thn nk buat pasport,kene bwk surat beranak juga ke

Menambah Pendapatan Sampingan said...

Dulu saya nak buat passport anak kecil saya siap2 ambil gambar kat kedai gambar dulu so tak ada la kat immigration nnt dok kalut kita nak amek gambar budak-budak ni.