Thursday, January 3, 2013

NZ:Makan dan Makan

Ada seorang kawan saya tanya satu soalan cepu emas, 'orang melayu sekarang, sebelum makan buat apa?' doa?, SALAH! amik gambar dulu sebelum makan!

betul lah tu, kalau dekat sini, asian je buat macam tu, amik gambar makanan. Kali ni nak cerita pasal makan-makan dekat auckland, sebelum pergi mana-mana trip, better google dulu makanan Halal, senang nanti, tak perlu tanya orang, omputeh Halal pon tak tahu, kalau untung jumpa melayu, senang tanya kedai halal.

ni antara tempat saya makan, ada yang tak ambil gambar, lupa sebab lapar sangat lah tu.

Auckland CBD

Mamak

Dekat Auckland ni pon ada mamak, jenuh nak cari kedai dia, sebab dekat dalam sikit, teh ais dia sangat sedap! untuk makanan lain, boleh tahan juga,
boleh cari dekat sini mamak untuk FB dia,
nasi lemak dan soft shell crab 



another nasi lemak with rendang, rendang dia kureng sikit dan sambal ciput!

mee mamak

superb!

harga dalam 10++ untuk setiap meal,

Bali Star
21-25 Elliot St, Atrium on Elliot foodcourt

Dalam foodcourt ni, ada satu je kedai halal, lain tu ada seafood yang boleh dimakan.
Saya pergi 2 kali, yang paling best dan sedap, Ayam Belado! sila lah ambil paling pedas, memang sangat sedap.

Harga:$10 and above
ni kedai dia, indonesian cuisine

ni nasi padang, ada ayam, daging dan telur, sedap juga, tapi tak pedas 

Wardani Indonesian

15c Mercari Way, Albany , North Shore City'

Sama menu macam dekat atas, tapi murah dalam $1/$2, tapi bai saya, sini kurang sikit rasa dia, boleh je lah, tapi agak sedap lah, kedai dia terceruk dalam sikit, dalam foodcourt jugak. Dekat atas dia, ada lagi satu kedai . nama kedai tu kampung, dulu memang orang melayu punya, sekarang dah orang india beli, halal tu memang diragui, nama kedai still sama, but menu dia indian style, kalau boleh, cari kedai lain.

Harga: $10 and above

menu yang boleh dipilih

nasi padang, sedap lah jugak, cuma nasi macam keras sikit

Rotorua:

Hobbiton

Dekat sini, masa tunggu trip kami, makan lah chips sikit, $5 sepinggan, tu je yang halal, haha, kalau pergi sini, bawa bekal roti ye, jimat duit





Nando's

Kalau dekat Tasmania ni, kedai halal memang antanya nando's, kalau dekat auckland ni, banyak kot kedai nando's , cuma tak jumpa, yang ni pergi makan masa dekat Rotorua, sama macam NAndo's d Malaysia juga, saya tak berapa gemar sangat, tapi disebabkan dekat Rotorua tak ada kedai HAlal yang banyak, makan lah sini. Harga agak mahal untuk satu set.

seorang makan, dalam $20++


Kebab Madina 

dekat rotorua ada beberapa kedai kebab halal, ini antaranya, harga agak murah, starting from $8, kebab boleh tahan sedap lah,tapi tunggu lama, sebab tukang masaknya sorunk, dialah bos, dialah chef, dialah cashier, semua benda dia buat.

Meal dalam $13++
Tamaki MAori Villag

yang ini masuk sekali dalam pakej untuk lawatan ke Tamaki MAori Village, bayaran untuk trip ni dalam $110/person, sekali dengan buffet. mesti inform awal-awal masa booking trip ni, kata nak Halal food, IAllah diorang akan sediakan, makanan buffet sangat sedap! seafood memang disediakan, jenis semua makanan yang dibakar cara Maori. untuk $110 yang dibayar, saya rasa amat berbaloi.

ayam dan daging tu tak halal, dah makan baru lah dapat makanan Halal, ingatkan yang ini halal, tapi dapatlah rasa juga ayam tu, sedap! 

ni yang halal, macam nasi paprik, sedap sangat! tu je lah yang halal, dia bagi satu pinggan, yang lain seafood and vege boleh ambil di buffet

dalam dewan makan
siap ada pencuci mulut lagi, sedap!

kak ummi:betul sangat2, yang penting jgn lupa sedekah alfatihah buat yang telah pergi
kalau kak ummi nak pergi NZ, better turun christchurch, view lagi cantik

kak kasih: wajib datang kak! tapi airasia dah xde flight ke sini, kalau tak, dah banyak boleh save, cara lain amik fligth ke ausie dan flight lain ke NZ from OZ, tu kalau ada yg murah lah, hehe



3 comments:

norhidana miswan said...

wah2 mentang2 dh nk balik melesia tayang segala makanan kt sana yek... kirenyer mudah gk lah nk cari makanan halal kt sana ek...

kalu tak msti dh kurus kering awak tu yek heheh...
kupang kt sana beso gile... puas kalu dpt mkn

Azian Elias said...

teringin gak akak ke sana..so nnt kalau ke sana blh akak singgah mkn...

Muhd Akbar said...

Nice entry.. Skrg airasia dah boleh flight ke Auckland! Tk sbr nak pi sne.. :D