Wednesday, January 2, 2013

Tips: Budget Trip NZ

Rasanya dah jenuh bercerita pasal NZ, sekarang nak bagi tips, untuk lebih berjimat pada mereka yang bajet limit, siapa yang tiada masalah kewangan, boleh juga baca.

Saya kalau travel, memang akan ada bajet yang sikit, sebab student kan, pastu duit pun ada cukup-cukup, so kena pandai berjimat-jimat, nak kata tips tu, tak ada lah sangat, cuma pengalaman saya untuk dikongsi.

Flight
ni semua tahu kot, kalau nak murah, beli lah awal-awal, kalau dari OZ ni, murah je ke NZ, tapi kena grab SALE lah, kalau bernasib baik, dapat lah murah, pokoknya rajin lah mengadap komputer tu 24/7.

Jika naik Jetstar tu, sila berhati2, staff dia agak biadap (berdasarkan pengalaman saya)  saya memang anti jetstar, tapi still naik sebab murah, hahah

Luggage
selalunya masalah naik flight ni, nak beli luggage agak mahal, depend on airline juga, macam pergi NZ haritu, tak beli luggage pon, sebab lelaki ni, barang sikit je nak bawa, bawa beberapa helai je, pastu basuh je dekat sana, dah dapat jimat situ. Tapi sekarang, \hand carry pon diorang timbang, lebih 10kg kena check in, leceh ah jugak, sebelum nak check in tu, better lah timbang, ada kawan balik malaysia, berat lebih 3kg, kena $120! 1kg=$20 itu airasia, mahal kot.

accomodation
bab ni paling utama, selalu bajet traveler ni, boleh je duduk backpacker, sebab kita muslim, susah nak duduk sekali dengan non muslim, nak solat, bersihkan diri dan juga safety. saya akan google di internet dulu, type lah "budget acc/cheap acc" etc, nanti penuh lah keluar, sila cek mana sesuai dan tengok kalau ada bilik air didalam or tak. dan juga, tengok rate dia, dan distance dengan tempat lain, ada murah tapi jauh sangat, kalau dekat city pulak, tiada parking disediakan, memang kena cek betul-betul, kalau tidak, mahal lah nanti.
$25/night/person, sangat berbaloi dan dekat dengan city dan airpot

silver oaks in Auckland



Kereta
kalau ke Auckland, bagi sayalah, sewa kereta memang wajib, nak naik public tu, agak susah lah kalau nak travel jauh. Boleh je google dekat internet kereta sewa, selalunya yang branded sikit tu, memang mahal, mahalnya sebab kereta baru dan juga insuran. benda paling penting, bila sewa kereta ambil lah full cover insurance, memang kena bayar sangat mahal, tapi better ambil dari kena bayar banyak kalau rosak. dan kalau sewa kereta tu, kena ada bond, sila lah cari lain, sebab bond kadang-kadang samapi 2000! nanti dia nak pulang balik duit tu, susah sangat.

prefer sewa disini Jucy
sewa kereta kecik, murah minyak!


Makan
kalau muda belia tu, makan ala kadar sudah, beli je dekat pasaraya, murah dan kenyang, saya sehari sekali makan luar, banyak kedai muslim ada, satu makanan dalam $10 sekali makan, tu minimum, kenyang dah tu, kalau asyik jalan, memang tak ingat makan sangat.

*next entry pasal makan-makan auckland

Pakej
kalau pergi Rotorua, sila janga ambil combo/pakej, sebab harga tiada beza, sama je jika total semua, dan saya cadang, buat lah water rafting, bungy jump, dan skyline luge. dan janga membazir duit beli ZORB, sebab bayar $40 untuk 30 saat, rasa menyesal ambil hari tu. Kalau nak pakaje MAori tu, sila mintak menu Halal, IAllah ada disediakan.
rotorua information centre, semua pakej boleh beli sini

naik zorb, mahal dan tak berbaloi
Gambar
kalai main semua attraction ni, yang mahalnya selalunya gambar, penting kalau pergi 2 orang or lebih, just beli satu je, semua most of it soft copy, pastu balik rumah copy je, dari nak beli dengan harga $35 and above tu.

kak ummi, kak hidana, dan kak yan: terima kasih, makin lama makin rindu arwah, yang pergi tetap pergi, tapi nak lupa tu mustahil lah kan, lagi2 yang rapat.


8 comments:

kasihredha said...

Sukaaaa...Akak Dan hubby pUN tgh verangan nak ke nz...tak Sabar nak tunggu n3 psl mknan halal Kat sana pula.

umiyumi said...

Salam Zul,
seronok baca travel tips ni. mana tahu nanti nak pegi NZ boleh refer blog Zul ni.

Yg pergi tu mmg mustahillah kita nak lupa. K umi pun dulu sgt rapat dgn arwah tok (panggilan utk nenek).. bkn kehilangan tok saja, arwah ayah, malah adik lelaki k umi pun dah meninggal..Bila teringatkan arwah2, tak dpt terkata rasa sedih dan rindu. Tiap kali rindu itulah kita sedekah AlFatihah dan doa supaya roh2 arwah dicucuri rahmat.

Dalam masa yang sama buat kita lebih menghargai org tersayang yg masih ada. Selagi ada ibu bapa, berbaktilah kerana doa restu ibu bapa ni memberi berkat kepada hidup kita :)

Unknown said...

salam. sesiapa nak ke perth atau NZ contact mahira holiday homes and car rental pty ltd (australia) . i pernah ke perth pakai service diaorg. they have well equipped bungalow dengan semua fasiliti tersedia. memang bagus dan selasa. boleh masak dan ada garden dan tempat bermain untuk anak2.kami pernah menginap di holiday homes mereka. subhannallah mereka sgt baik dan peramah. org islam malaysia yang bermastautin di sana. so baru2 ni we went to south island NZ yg diorganized oleh mereka. Ya Allah sesungguhnya NZ memang antara negara tercantik didunia. mereka buat road trip yang sgt menarik. i pernah tanya dengan travel agent, mereka caj ground arrangement sahaja sudah cecah RM9000+ . tapi pakej 10hari 9 mlm ke NZ memang sgt berbaloi dengan mahira holiday homes. i surely recommend pada my friends and family dan pada sesiapa yg ingin ke perth dan NZ. anak owner ada di KL. 0123360098.

Unknown said...

Setuju sgt dengan traveller dan mohd danial. I baru balik dari nz.our amazing trip dari 20hb - 29hb august 2914 and was successfully conducted by mahira travel & tours sdn bhd. Mahira ni same company dgn yg ada kat australia. Muslim tour. SubhanaAllah tour dan tmpt kami pergi tu memang speechless. Very very good tour and arrangement. Dari segi timing pun bagus ( biasalah kalau ada lari sikit2) tapi overall memang very good. I pernah ikut muslim tour by other major well known travel agent kat msia. Tp service so-so je. And byk yg tak seperti dijanjikan dgn pelbagai alasan. Tapi bila i ikut dgn mahira ni memang veryyy familyyy la. U tak rasa u ikut tour. Mereka bg good allocated time for each stops and activity.nakkk pergi lgggg insyaAllahh ke north island pulak.

Unknown said...

Cantik gila kat tebing tu!!

Btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

Blog kami www.thetravelling3o.com

Terima kasih!

Unknown said...

Alamak silap komen tadi. Tu nak komen kat blog lain sebenarnya hehe

Terima kasih untuk tips bajet ni. Kalau ada masa singgahlah blog kami

www.thetravelling3o.com

Anonymous said...

Salam.seronok baca blog u neena.Akak thn lepas ikut trip dgn mahira travels. Bagusnya diaorg ni tournya santai dan menarik..tak rushing. Rasanya harga diaorg pun tak dpt beat. Akak pi 18 org. 9h7m ground arrangement rm 5ribu lebih je seorg..tmpt penginapan, servis mmg puas hati.alhamdulillah.diaorg mmg nz and aust expert cos dia org mmg ada holiday home yg self owned dia Oz.
Ni akak syorkan kwn2 dkt mereka. Ada trip ke nz march ni cuti sekolah. Contact person pn siti 0123360098..

Maz Din said...

Assalamualaikum

Rasanya elok la saya pun comment di sini. Terus terang saya pun sebab bacakan komen2 di blog ni saya cuba service mahira travels ni. Saya berurusan dgn puan siti. Sebelum ni saya tak tau dia owner company ni ( mashaAllah orangnya muda dlm 30an tetapi sangat peramah dan dedikasi) sehingga kan saya pada mulanya berkata dalam hati kecil ( wah bagus nya company ni dapat staff yg sgt2 prihatin dan ambil berat perihal client mereka.kerana ini skit sebanyak memberi impresssion yg bagus akan syarikat tersebut)

Ye la maklum la kerana baru pertama kali ambil service mereka..saya mula la bertanya banyak pertanyaan tak kira waktu. Alhamdulillah puan siti ni dengan tenang dan ceria menjawap pertanyaan saya. Sebab kan customer service dia yg bagus kami sekeluarga 9 org bersetuju dengan pakej beliau



Segala arrangement mereka rapi dan teratur alhamdulillah. Siap ada lagi seorg staff yg chck in kan di airport klia dan bantu uruskan semua perihal dan terangkan segala perkara yg berkaitan

Alhamdulillah tour guidenya melayu.. mereka punyai team mereka sendiri dan tidak menggunakan khidmat pihak ketiga
Tour guide dan driver sgt peramah, ceria dan sporting. Ini semua membuatkan percutian kami sgt menarik. Tmpt tinggal, makan . Transport semuanya sangat baik alhamdulillah

Saya pun interview la tour guide mereka.. rupanya org yg saya selalu hntr pertanyaan merupakan bos mereka haha terperanjat saya sebab biasanya bos bos tak turun padang.semuanya di berikan staff yg uruskan tugasan. Dari situ saya sgt kagum dengan company ini kerana setiap perjalanan kami di pantau sendiri oleh puan siti dan suaminya en azim

Saya juga diberitahu dlm sehari puan siti ini memantau beberapa trip2 yg sdg berlangsung di serata destinasi. MashaAllah

Saya sgt berpuas hati dengan service mahira dan saya kagum kerana org pertama dlm syarikat juga memainkan peranan dalam pemantauan kuality service. Hats off utk mahira dan team nya

Saya berterima kasih kepada yg share pengalaman d3ngan mereka. Kerana anda la..saya kenal dengan travel ni.. inshaAllah selepas ini memang dengan mereka shj

Boleh layari web mereka : www.mahiratravels.com