Saturday, February 23, 2013

Sekadar sebuah Perkongsian

Masa time nak siapkan final project dulu, rasanya hampir 24/7 saya tune to radio ikim, kalau tidak, agak jarang lah dengar selain time bulan puasa. Sebab saya tertarik dengan segmen Prof Dr. Muhaya ni, bagi saya, approach dia dalam menyampaikan nasihat sangat lain. kalau ada pemanggil call dan nak tanya soalan, dan selalunya pemanggil akan cerita apa kebaikan dia buat untuk memulakan perbualan, tetapi Prof ni akan terus suruh berhenti cakap pasal diri sendiri dan terus kepada soalan, sebabnya, tak perlu bangga diri dengan apa yang kebaikan kita buat tu, tidak ikhlas (lebih kurang macam tu)

kalau dengar setiap kali show dia, pasti akan tahu macam mana dia jawap setiap pemanggil, bila show tu saya tak ingat, sebab radio ikim ni, dia ulang show tu banyak kali, banyak sanagt! pastu paling best ikim sebab DJ dia sampai ke pagi, so bila buat kerja tu, ada lah juga dengar orang bercakap sampai ke pagi kan, takde lah nak ngantok sangat bila buat design tu.

Tapi satu je radio ikim ni, iklan dia sangat lah pelik2, ada jual ubat ajaib lah, air ajaib lah, dan semuanya berasakan islam, tak salah, tapi bila dikomersialkan, dan testimoni yang sungguh pelik-pelik, rasa semacam je.

Itu je lah, saja nak share, sebab pagi tadi tengok Prof ni dekat MHI, sangat menarik apa yang dicakapkan pagi tadi, pasal idol. Hanya Rasulullah SAW yang boleh dijadikan idol dalam kehidupan ini < manusia lain hanya boleh ambil sebahagian kejaayn mereka untuk dijadikan panduan.



*saya dah post GA semua

2 comments:

m.u.l.a.n said...

dlm kereta pon mmg on ikim je.. prof muhaya mmg byk ilmu utk dikongsi.. betol tu pasal ad kt ikim ni.. macam macam ada..

Zulfadly said...

tu lah kak, ad dia pelik2 kan, hehe