Semalam bila tengok ramai ambil result SPM, teringat kisah diri sendiri, Alhamdulillah, saudara saya seorang dapat full A's! tapi memang dah agak sebab dia pandai.
SPM ni bukanlah segala-galanya, bukanlah penentu kejayaan atau kegagalan, tapi sebenarnya satu langkah baru, sama ada kita nak terus berlari, atau kita masih nak berjalan. Setiap rezeki berbeza.
Saya punya result memang tak cemerlang sangat, lagi2 saya sekolah SBP, memang patot kena skor lah, tapi saya hanya dapat separuh A's dari subjek yang saya ambil, but for me, saya Bersyukur sangat2, tak ada rasa ralat, sedih, kecewa atau rasa down. sebab apa? sebab saya tahu keupayaan diri saya, saya tahu saya berdiri dimana, kalau cikgu tanya nak skor berapa, saya just cakap apa saya boleh skor, tak ada lah nak cakap 20a' ke kan, kena realistik.
Tak semestinya, yang dapt full A's ni akan terus berlari, ada saja akan berjalan dan masih berjalan,macam pengalaman, ada sebahagian kawan yang result cemerlang, tapi kesudahnnya, ambil kos yang bukan mereka minat, sebab apa? sebab dapat scholar dan kena ambil kos itu jugak, ada juga yg gagal bila 1st sem degree, ada juga yang belajar separuh jalan, ada juga yang langsung tak buat apa-apa. semua ini rezeki.
sebab tu saya memang pantang tengok orang down bila tak dapat result bagus, lagi yg menangis tu hanya sebab miss 1 A je, janganlah SPM dijadikan ukuran untuk selamanya.
masa tengok kawan2 dapat pergi overc, jelos tu memang lah, tapi kita tahu level kita dimana, belajar kat malaysia pon boleh lah, asal belajar, ada ramai lagi yg x dpat apa yg kita dapat, masa terus berlaalu, akhirnya, saya terbang juga ke negara orang, dapat merasai pengalaman macam mereka, dan dah abis pon.
bila jumpa kawan2 lama, semua terpikir, tak sangak kami akan belajar sampai master, ingat kan degree terus nak kerja, tp rezki kami samapai kesitu, alhamdulillah. sekarang ramai dah bekerjaya, tapi ada juga masih belajar. Bila pergi sekolah, jumpa seorang cikgu ni, dia pon macam tak percaya saya ambil arki, samapi siap sound, " aku ingat ko tak pandai, macam aman ko boleh eh" hahaha, ni memang lawak, tapi semuanya tak mustahil.
Lagi satu, hal pelajaran masa sekolah di malaysia ni, setiap sekolah suka sangat asingkan pelajar pandai dan sederhana, rasanya maybe kurang sesuai, sebab setiap kita perlu sokongan dalam lapisan pemikiran yang berbeza. Lagi parah kalau kelas pandai, tapi ada lagi cikgu asingkan yang pandai, itu melampau sanagt, dan ianya wujud.
Ni kisah form 3, PMR memang tak jangka boleh dapat A's banyak, math paling teruk subjek, samapi cikgu boleh janji kat saya, kalau saya dapat A math, dia bagi rm10, dan bila saya dapat result tu je, tetiba cikgu terus datang kat saya, dan bagi duit, tan sempat nak cakap result berapa, bagi saya, benda tu sangat indah.
Dan paling terasa dengan satu perkara, bila saya tidak terpilih untuk dicalonkan oleh pihak sekolah, untuk masuk ke sekolah asrama penuh, hanya 30 orang sahaja daripada kelas saya, dan saya tak termasuk, so boleh lihat tahap kebodohan saya masa tu, sampai cikgu menilai saya sebegitu, dan Alhamdulillah, bila saya skor, cikgu agak terkejut, dan dalam diam, bapak saya applykan untuk SBP, dan daripada calon cikgu tu, ada hanya beberpaa orang masuk SBP dan saya yang bukan calon pon termasuk.
Sajer nak bercerita , sebab nak cakap, tidak rugi menjadi pelajar yang sederhana, biar orang tak pandang kita pandai, tapi kita tahu apa kita buat, percaya pada Allah, percaya pada rezeki, dan percaya diri sendiri,
selama ni saya pegang Usahah + doa +tawakal, IAllah segalanya akan ok, walaupun result bukan seperti kita harapkan. dan sampai sekarang, saya memang tak pandai sanagt, tapi tak bodoh sangat, tersepi antara dua, hahaha.
jika ada yang bagus daripada apasaya tulis ni, ambil sebagai pengajaran, jika nampak macam pening kepala or riak etc, abaikan, hehehe
mari doakan MH370
1 comment:
macam2 kenangan masa spm..
Post a Comment