Wednesday, May 30, 2018

Pengalaman Temuduga

Saja nak kongsi pengalaman interview last year, kalau ikutkan dah lebih 10 kali interview gomen ni, susah betul nak dapat.

Rasanya last year tu last lah saya interview, give up rasanya, umur pon dah tua, kadang2 tak tau apa panel nak, bila saya kerja gomen dulu, ramai new officer yang buat keje pon tak reti, dan saya suspicious macam mana boleh lepas interview???

Tapi ni first time saya interview berkumpulan, sebab panel nak cepat, masuklah sekali 4 orang.

Soalan Panel:

Bagaimana hendak membuat bedak sejuk?

Saya: saya tak tahu dan tak pernah tahu dan saya pon tak jawab lah.

Maybe panel nak tengok macam mana kita berfikir or ikhtiar mencari jawapan. Bila soalan ni ditanya, saya pon dah tak ada mood nak berinterview. Kebetulan ada seorang ni memamng pernah buat bedak sejuk,dia lah jawab

Soalan seterusnya:

jika kamu pegawai kerajaan dan ada kuasa meluluskan permohonan rakyat untuk kewangan (macam bantuan etc atau mohon projek). dan ada kawan kamu datang ke ofis dan mohon untuk percepat dan meluluskan permohonan, apa kamu nak buat?

Jawapan saya:

permohonan perlulah mengikut tatacara yang betul dan melalui tapisan yang ditetapkan, kawan tidak boleh hadir ke pejabat semata2 untuk meluluskan permohonan pada masa itu juga.

Jika tidak layak, permohonan perlu ditolak dan diberikan kepada yang layak

Panel:
Kamu patut tolong kawan kamu itu, dia minta tolong, kamu patut tolong, dan perlu lah mengikut prosedur ditetapkan walaupun dia tidak ikut turutan. tak kan kamu hendak tolak perminataan kawan kamu?

Saya:

Blurrrrrrrrrrrrrr......

Keluar lah bilik temuduga, rasa bodoh sangat lepas interview tu memang tak sangka dapat soalan macam tu,hahahah,  ada banyak lagi benda tak logik, dan saya argue dengan panel, agaknya panel tu pon menyampah.

entah lah......

dia nak uji ke apa, lantak lah......

sekian.

2 comments:

norhidana miswan said...

abis dpt ke tak temuduga tu dik?

akak masa keje gomen tu pun rezki kot... skali je pg interview pastu dpt.... tp mungkin jgk sbb penjawatan akak ni banyak ada di semua sektor... setiausaha kan... banyak tempat perlukan

teringat masa pg interview lebih 10 tahun dulu, mmg berdebar tp idok lah org yg interview tu tanya soalan pelik2 mcm kamu kene tu dik...

kalau nengok soalan yg di bg tu mmg mcm mengarut je... agak2 lah kan

Zulfadly said...

kak dana: calon simpanan , maybe dia simpan selamanya , haha