Friday, February 17, 2012

Salam Jumaat

Harini, dalam khutbah, tertarik denagn cerita pasal perniagaan, 90% rezeki didunia ini, datangnya daripada perniagaan, akan tetapi, ramai manusia terkejar-kejar denagn 10% itu,mari renungkan.

imam ada cerita pasal seorang ulamak ni, dia menjual jubah, satu hari, ada pelanggan hendak membeli jubah, dan hanya ada pembantunya dikedia seorang, ada 3 jenis jubah,
Jubah A: 60Riyal
Jubah B:80 Riyal
Jubah C:100 Riyal

dan orang itu amat tertarik dengan jubah A, lantas pembantunya memberitahu bahawa jubah A itu berharga 100Riyal, sedangkan harga sebenarnya cuma 60 riyal, tanpa banyak tanya, dan tidak mintak murah, orang itu terus membeli jubah itu .

dalam perjalanan balik, terserempak dengan taukey ni, dia pon bertanya harga jubah dibeli dan dimana, dan orang tu pon cakap beli dengan harga 100 riyal dan dikedainya, dia menyuruh orang tadi ikut dia kedai itu, dan bertanya kepada pembantunya. lalu dia pon pulangkan balik 40 riyal kepada orang tadi.

tengok, betapa ikhlasnya mereka berniaga, memang tidak mencari untung melampau dengan menipu.moga kita dapat contohinya. jangan menipu dalam perniagaan.

Selalu kalau pergi kedai makan, tetiba harga cekik darah (kedai melayu lah kan) mesti sound balik dekat cashier tu "duit ni boleh amik g haji 10 kali!" , harga makanan sekarang, kena ada menu, kalau x, kena tipu lah kan............

4 comments:

ibuintan said...

assalamualaikum Zul.. moga sihat


itu dalam riyal, kalau dalam RM belum pasti dipulangkan

Zulfadly said...

wslm ibuintan, lama menyepi, hehe

Arina said...

Masyaallah Zul....dalam Malaysia ni mana lah kita nak jumpe peniaga Islam berhati mulia dan ikhlas seperti Tawkey kedai jubah tu...??? Kalau Auntie terjumpe nanti Auntie nak tulis dalam diary..." hari ini dalam sejarah "....hehehe...

Zulfadly said...

auntie arina: yurp, susah kot, kalo terslah 10sen pon buat bodoh je, tapi tu lah, memang susah nak jumpe, kalo saya berniaga pon saya x tau boleh ke sejujur ini, wallahualam