Sunday, June 24, 2012

Winter Fishing

Rasanya, inilah perkara paling giler pernah Zul buat dalam hidup, pergi memancing diwaktu malam, dimusim sejuk! Suhu semalam ialah -2C but feel like -5C! tak ke sejuk giler.

Kami plan pergi memancing dengan seorang pakcik indonesia ni, dia duduk lama dah di australia, dia memang tau lubuk yang best nak pergi memancing.Plannya jumpe dekat rumah pakcik ni pukul 2petang, lepas solat jumaat, tapi biasalah lah, ada yg datang pukul 3,janji Malaysia, lepastu terus gerak ke Scamander, kawasan ni dekat dengan Bicheno yang sangat famous dengan penguin, tahun lepas ada pergi ke sini. Nak ke scamander ni dalam 2 jam dari rumah lah, pakcik ni bawak sikit punyer laju, dia umur 70+++, tapi memang steady, mcm nampak 50 jer.

Bila dah sampai pukol 4 lebih, apa lagi kelam kelibut semua nak solat asar, amik wudhuk guna air muara tu, sejuk nyer, tu baru petang, rendam kaki dalam air, bila keluar je, rasa macam nak pecah kaki tu. So sebelum hari makin gelap, kami setting lah joran supaya malam kang tak susah.
Scamander:SubhanAllah sanagt cantik!

before gelap

sumber panaskan badan


Kawasan dia memang ke hulu, lalu jalan merah, memang sunyi, dikelilingi hutan dan langsung tiada lampu, memang bergantung pada unggun api, dan juga torchlight, lepastu, semua bateri abis, bergantung semat-mata kepada unggun tu, nak dijadikancerita, terpaksa lah buat pembalakan haram, malam-malam masuk hutan cari kayu api, tapi sebenarnya pergi cari pokok nak ditumbangkan, rasanya ada lah dalam 5 pokok dikerjakan memang bila dah pagi, nampak clear kawasan tu, sebab pokok dah kena tumbang.

Kawasan memancing ni, memang banyak ikan Bream, ada 7 orang yang pergi, total semua dapat dalam 100 ekor rasanya, memang banyak sangat.makin malam makin banyak ikan, memang sedap main tarik-tarik  ikan bream ni, dia melawan, tapi memancing dalam gelap, memang tak nampak langsung.

Bila makin mala je, suhu dah jadi negatif, pakai dah berlapis, tapi still sejuk, kereta dah beku, ais semua dekat cermin, imagine air dalam botol, boleh jadi ais sebab terlampau sejuk! tak tau nak gambarkan mcm mana sejukya, tapi, Alhamdulillah, enjoy sebab dapat ikan banyak, bila dah pagi, dapat salmon lak, tapi kecik-kecik,macam ikan selar kuning, memang tak leh tidur sana, sebab sejuk, memang berjaga je, rasa nak tidur atas unggun api tu je, sebab sejuk sangat.
hasil tangkapan, tapi ini untuk rumah zul lah, yg lain bawak balik umah sendiri

berdiri dari kiri, bream, travelin, mullet dan salmon


zul dapat 3 ekor je bream, tapi sekor besar, dan dalam 5 ekor salmon


Balik je terus tidur mati, bangun-bangun baru lah simpan ikan tu, tapi housemate lah siang ikan, saya tak reti, kalau buang kepala ikan terus pandailah, hahah.


* dah masak sambal petai, petai sambal bawang lah, udang mahal, heheh

11 comments:

umiyumi said...

Salam Zul,
dah masak sambal petai yer.. udang kat sana sekilo brp? dkt coles ada kan, $14/kg?

Zulfadly said...

wslm, dah kak umi, tp xder udang, cooked prawn tu dalam 14$/kg, kalo banana prawn dalam 17$/kg, tunggu jd 13$ baru beli, heheh,

-iZ- said...

mane gamba yang dah siap masaknye?

eelobor said...

hehehe....kalau memang dah minat pancing. ada gak beberapa rakan di pejabat yg memang tahap addict sgt2

Arina said...

Ikan2 yg Zul dapat tu nak masak ape? post lah gambar auntie nak tengok...hehehe

Anonymous said...

wah, sampai macam tu sekali sejuknya...

Farid said...

kunjungan balas...muga menjalani kehidupan yang membahgiakan di sana

anyss said...

Assalamualaikum,
Fuhhhhh macam best je pengalaman manjing gini...tapi mana nak tahan sejuk lak, pergi cameron higlands pun dah gigil. suhu 5 darjah pun dah rasa nak beku, macam mana nak mancing kalau air mineral pun boleh beku, entah2 daku yang beku dulu hu huhuhu

Mulan said...

waahhh.. best & menarik ni..

Zulfadly said...

iz: nanti masak aku upload
eelobor: hehe, kalo dah giler pancing, sanggup je join semua tu,
auntie arina: housemate saya masak stim kot, xsure nak masak apa lagi, hehehe

Zulfadly said...

cik lia lomi:memang sejuk sanagt
Farid:thx bro
anyss:wslm, memang best, heheh, memang otak pon dah beku,huhuh
mulan:tq