Thursday, February 9, 2012

Universal Studio Singapore USS-1

Akhirnya dapat juga pergi ke USS sebelum balik ni. Lepas sahaja balik dari Tapah, malam tu, ahad, terus pergi ke JB dengan kawan masa sekolah dulu. Kali ni pergi naik kereta, bertolak pukul 6 Petang, samapi JB dalam pukul 10 malam, Nasib ada kawan dekat sana, so tidur rumah dia je lah, rumah arwah atok dia, memang besar, dia tinggal sorung je, so dekat situ, dah save accommodation dah.

Esoknya, kononya nak gerak awal pagi, tapi biasalah, semua penat, pukul 8 baru keluar rumah. Mula-mula nak bawa kereta masuk Singapore, tapi takot jam dan macam-mcam kerenah pulak, so naik bus lah, dinilah bermulanya sebuah perjalanan yang penuh mencabar.!!!!!!!

So amik bus dekat JB sentral, untuk mereka yang 1st time naik bus dekat sini, sure, 100% akan sesat + confius. Tercari-cari lah mana tiket kaunter, memang tak jumpe langsung, so kena masuk untuk imigresen dulu, lepas tu, baru lah boleh pergi ke tempat parking bus. yang azabnya, tempat menunggu ni, takde letak pun singboard , memang tak tau mana bus nak naik, kena lah tanya polis dekat situ. rupenya, tiket boleh dibeli dalam bus jugak, menunggu bus je dekat sini, dah 1 jam lebih, hanya ada 1 bus je yang direct ke sentosa, harga dalam rm5, memang paling murah, sebab tu ramai manusia. Kebetulan malaysia cuti, memang ramai giler orang Malaysia yang nak ke USS.

Bila dah samapi woodland tu, nak lepas imigresen je pon dah dekat 30 minit, lepastu, turun bawah balik nak kena naik bus. kat sini lagi disaster, bus yang ada cuma sejam sekali, patutnya 15 minit sekali, orang yang menunggu ramai giler, biler bus datang je, berebut naik bus samapi tolak menolak, imagine bus double decker tu full samapi tak boleh nak tutup langsung. memang full house!

kitaorang tunggu bus ni dekat 2 jam lebih! mana ramai manusia tak mengamuk, so dekat sini, sesiapa yang nak pergi USS tu, sila jangan naik bus TRANSTAR ! ingat, jangan naik! nanti tersiksa!  melainkan masa tu, malaysia  dan singapore cuti, boleh naik, sebab tak ramai manusia.

image taken from google
bersambung jap lagi...........

4 comments:

Kalamhati said...

tak penah smpi lg..
termasuk dlm tempat2 percutian yg bakal KH pegi ni..huhu

umiyumi said...

wow seronoknya jalan2 ke USS. tak sabar nak tunggu post seterusnya. k umi pun tak pernah sampai lg ni :)

Zulfadly said...

best kak ummi, wajib pergi balik nanti

Zulfadly said...

kak KH nanti pergi, best, aritu msian yg ramai