Saturday, March 3, 2012

Maktok

Assalamualikum,

Buat Mak Tok yang berada jauh disana,
fa'i sangat rindu maktok,
rindu sangat-sangat, hanya Allah je tahu bagaimana perasaan fa'i sekarang.

Maktok,

fa'i balik cuti hari tu maktok,
3 bulan fa'i cuti,
sejak fa'i pergi belajar kat Australia ni,
apa yang fa'i buat,pasti akan ingat maktok,
sebab bila balik Malaysia nanti,fa'i nak cerita pengalaman fa'i kat maktok,
nak cerita apa berlaku kat maktok,
sepanjang belajar sini, macam-macam fa'i buat,
dah pandai masak sikit dah, aritu ada buat roti canai, terus nak call maktok,
tapi fa'i lupa, sebab maktok dah jauh dekat sana,

Maktok,
setiap hari apa yang fa'i buat, mesti ingat maktok,
kalu buat teh o dan cekodok, mesti ingat waktu kita minum petang dulu,
kalau boleh, nak hari-hari call cakap dengan maktok,
kalau maktok ingat,
masa maktok sakit dulu,
hari-hari fa'i telepon maktok,
nak cakap dengan maktok, sebab fa'i risau dan takut sangat,
tapi maktok selalu tak mampu nak bercakap,
Mak ada cerita kisah maktok, sampai sekarang, fa'i masih ralat dengan benda tu,
fa'i dah lama nak bawa duduk balik dengan kami,
fa'i rindu nak tidur sebelah maktok,
bawak maktok pergi tandas amik wudhuk
dukung maktok masuk kereta, tolak maktok guna kerusi roda,
rindu nak suap makanan ke mulut maktok, rindu nak urut maktok,
paling fa;i rindu, nak kucup tangan maktok dan bersembang dengan maktok,

Maktok,
selepas setahun fa'i belajar sini,
masa pertama kali menjejak kaki di Malaysia, fa'i memang nangis maktok,
sebab fa'i dah rahsia sunyi, sepi dan hilang,
bila nampak mak dan babh dekat airpot,
fa'i rasa nak nangis sanagt, tapi tahan je,
pertama kali pergi ke 'rumah' baru maktok,
fa;i rasa sanagt lemah dan rasa tak mampu berdiri,
airmata fa'i mengalir dengan deras,
disitulah harinya, fa'i menangis,
buat maktok,
mintak maaf sebab fa'i pergi belajar sini masa maktok sakit,
tapi fai nak maktok tahu, bahwa fai tak penah lupa maktok.

Maktok,
fai rindu, hari-hari fai bangun, fai berharap ini semua mimpi,
fa'i harap semua ni tak benar, sebab fa'i x mampu lagi,

Maktok, Maktok, Maktok,
fa'i rindu nak panggil nama maktok,
fa'i rindu nak peluk maktok,

Maktok,
lupa nak cakap,
mak dan babah dah pergi haji,
sekarang boleh panggil hajah dan haji,
abang mie dah nak dapat baby, anis dah 5 bulan,
piki dah sambung degree,
farah masih sehat macam dulu,
skunk fa'i dah masuk tahun akhir, haritu baru dapat pinjaman pelajaran,
Alhamdulillah, kami semua ok, kat rumah pon dah ada pembantu dah, sekarang mak ngan babah g beijing,
mereka jalan-jalan,  balik haritu, berat badan makin naik, makan je fa'i,

Maktok!
harap ni semua mimpi, nak sanagt maktok sama-sama ada,
bila kat malaysia aritu, fa'i selalu rasa maktok ada,
doakan fa'i tahun ni, kalau maktok ada, mesti maktok baca quran untuk cucu dia,
terima kasih Allah atas pinjaman Mu ini,

Walaupun maktok dah jauh disana, tapi dihati ini, hanya ada maktok sentiasa,

Pali+emi+farah+piki+ kami rindu dengan maktok! InsyaAllah, satu hari, kita pasti jumpa.

Al-Fatihah buat Hajah Hasnah bt. Abd Rashid

Dari cucumu

Pali/Deli

2 comments:

umiyumi said...

Al Fatihah untuk arwah Mak Tok Zul.. doa2lah selalu utk arwah.

Zulfadly said...

iAllah kak umi, i always and will always pray for her,thx