Sunday, April 15, 2012

Demo oh PTPTN

Kecoh lah pulak sekarang ini pasal isu nak mansuhkan PTPTN, bila tengok video kat FB ni, ada yang kalungkan bunga dekat gambar najib dan menteri pengajian tinggi tu, rasa semua macam budak-budak. tak tahulah, kenapa pasal isu ini, hendak jadi sebegini rupa, dan ada sokongan pembangkang.

Dulu saya respect sangat Nurul Izzah, tapi bila tengok balik video ni, rasa dia pon sama kebudak-budakan, mungkin terlampau desperate nak dapatkan perhatian, almaklumlah dah dekat PRU, mana tahu boleh jadi PM kot.

berbalik pada isu PTPTN ini, rasanya kalau tak nak pinjam, tak perlu apply, suruh lah mak bapak bayar duit yuran uni tu, bukan mahal pon, perlu diingat, kalau nak mansuhkan PTPTN ni, student yang tak berkemampuan macam mana nak tanggung sara diri? hendak pendidikan percuma itu boleh aja, sebab duit PTPTN tu termasuk sekali dengan duit sara diri. Jika hapus, ko kerja lah sambil belajar, tak pun,  mana lah korunk nak beli iphone+ipad+BB+baju branded+motor+dan lain-lain.

Budak dekat uni ni, ramai je berlagak orang kaya, gaya macam anak datuk! hakikatnya, semua kaya sebab PTPTN, tapi bila nak bayar, semua liat. Dalam islam pon ada ajar, kalau berhutang, bayar lah.

saya memang sokong kalau mansuhkan kos pentadbiran, macam saya, saya berhutang PTPTN rm10500, itu duit yang saya dapat masa belajar dekat uni selama tiga tahun, saya dapat half je, dan duit itu, cukup-cukup untuk bayar yuran SAHAJA. dan setiap minggi parent saya kasi duit, terus terang, saya dapat rm50 dan saya akan jimat semampu boleh, dan selalunya, RM50 tu, cukup untuk 3 minggu (makan+minyak kereta), bagi saya senang je, ukur baju dibadan sendiri, kalau saya tak mampu, tak perlu lah nak berlagak, baju pun beli kedai murah je, tak teringin pon nak brand sangat baju tu. ASAL TAK BOGEL!

kesimpulanya, buat Adam Adli dan mahasiswa pejuang (melayu pon semua) berfikirlah sbelum buat demo tu, kalau tengok video bawah ini, ada kata tak cukup duit dengan PTPTN, pastu ko nak mansuh? lagi ah tak cukup langsung. Ini pendapat saya, mungkin jahil benar bunyinya, tapi kita ada pelbagai medium untuk memberi pendapat, jika ada yang tak bersetuju, itu adalah noraml, sepertimana saya tidak bersetuju dengan demo ini. Sekian.

"pandai hutang, bayar lah"



No comments: