Sunday, April 29, 2012

Malaysia

Sejak seminggu ini, kalau buka FB je, penuh semua nak post pasal BERSIH, ada yang sokong, ada yang tak sokong, tapi majoriti sokong lah. Saya terus terang, saya tidak sokong mana-mana, saya mengharapkan Malaysia terbaik sahaja dari sesiapa yang memerintah.

Bila tengok video dan gambar, sedih rasa hati tengok negara sendiri macam itu, dah rasa macam dekat negara bergolak, saya memang pasti perhimpunan itu akan menjadi chaos macam ini, Tapi saya yakin, kalau DBKL membenarkan mereka menggunakan Dataran Merdeka, pasti banyak perkara buruk tidak akan berlaku, mereka hanya mahukan demo aman iaitu Duduk dan Bantah, jika semua seperti dirancang, pasti ianya akan menjadi lebih baik.

Paling saya rasa biadap dan kurang ajar, bagi mereka yang mengutuk polis dan menggelarkan mereka macam-macam, , panggil polis anjing, dan ada tulis malay anjing, rasa tahap kebiadapan diorang sangat tinggi, Perlukah nak menggelarkan mereka sebegitu rupa? polis menjalankan kerja sahaja, cuma kalau tidak provok, mesti diorang takda lah sampai nak pukul.Kepada mereka yang hina polis itu, ingatlah, jangan sampai satu masa, jilat ludah balik sudahlah.

saya banyak nak komen dan tulis status di FB pasal BERSIH3.0 ini, tapi lebih baik diam sahaja, sebab boleh memutuskan persahabatan, sebab akan gaduh, nanti dikata jahil dan macam-macam lagi. Apa lagi, mana yang kecoh sangat dekat FB tu, jangan lupa daftar undi, nanti pilihanraya kita jalankan amanat kita ini.

Jika cuba rasioanl dalam menulis entry ini, mengharapkan yang terbaik buat Malaysia, dan saya yakin, saya ada hak dan saya rasa Malaysia memerluka perubahan.

2 comments:

umiyumi said...

Salam Zul,
yg penting doakan terbaik utk Msia kan? good luck utk study :)

Zulfadly said...

yurp, mari doakan bersama2, thx kak ummi