Semalam sempat tengok stream online KJ dan Ambiga berdebat, rasanya debate merupakan salah satu cara terbaik untuk menyampaikan apa yang menjadi kekusutan sekarang. Sekarang lebih jelas kenapa BERSIH diadakan.
Rasanya kedua-dua semalam agak cool especially KJ dan adalah perkara lawak yang berlaku semasa debate itu. KJ lulusan oxford rasanya, tu sebab english dia sangat lah power dan cara dia menjawab soalan sangat menampakkan dia mempunyai IQ tinggi dan berfikiran sangat terbuka. Begitu juga ambiga, beliau seorang peguam dan tentunya apa yang dihujahnya berasas dan tepat.
Tapi semalam saya rasa macam perbualan antara emak dan anak, bila ambiga marah, KJ melawan secara baik sahaja. tahniah mereka berdua, kepada yang join BERSIH nanti, jaga lah diri, jika rasa tak perlu, duduk rumah je lah, saya mahukan Malaysia yang aman dan damai . harap-harap tiada perkara buruk berlaku.Amin.
Malaysia negara demokrasi, dan rakyat ada hak, dan jika rasa bersih ini antara jalan untuk emnyuarakan pendapat, silakan.Lagipun kerajaan membenarkan perhimpunan kali ini.
bawah ni, poster yang ditampal di uni minggu ini, ada juga bersih disini, disediakan transport dan topeng. kalau baca balik ayat di poster tu, rasa macam kelakar pon ada.
adakah saya pergi? saya berminat berbincang mengenai politik , tapi saya tidak berminat untuk join perhimpunan macam ini, lagipun, Mak dah pesan "pergi sana belajar, jangan buat benda lain", itu sudah cukup pesanan buat saya.
No comments:
Post a Comment