Sekarang ini, kecoh pasal isu nak mansuhkan PTPTN, ramai pulak mahasiswa setuju, almaklumlah, diorang nanti tak payah bayar balik. Personally, saya tidak setuju nak mansuhkan PTPTN, tapi saya setuju jika hendak mansuhkan surcaj 3% tu, banyak kot tu.
Bagi pihak pembangkang, memeang mereka boleh cakap macam-macam, nak mansuhkan tol lah, nak mansuhkan ptptn lah, sebab mereka hanya boleh berkata-kata manis, tapi saya yakin, bila mereka memerintah, perkara ini perlu diselidik dan diteliti, ia tidak semudah seperti yang diutarakan.
berbalik kepada PTPTN tu, bagi saya, kalau dah pinjam tu, bayar lah balik, apa susah, takkan semua nak free kot, pastu dapat duit PTPTN tu, macam lah nak guna dengan betul (tidak semua), dapat lebih sikit je, ada yang pergi beli handphone mahal, pakai DSLR, beli barangan branded, tapi hakikatnya, berlagak je lebih. rasanya siapa study di U Malaysia, faham sangat senario macam ni, biar papa asal bergaya.
ini hanya pandangan, sangat subjektif, yang paling penting, hormat lah setiap pegangan parti seseorang itu, jangan sebab parti, sahabat pun jadi musuh, renung2kan, dan selamat beramal
2 comments:
try dulu bg can...tgk bagaimana nak hapuskan...kalau bijak dan ok apa salahnya.kan..kan..
haha betul la. student skrg pakai hfon sume mahal2, canggih2. dulu budak praktikal dtg ofis pakai gajet canggih2..skrg apa lg dgn ipad/iphone lah kan.
Post a Comment