Wednesday, May 16, 2012

Oh Hari Guru!

Untuk mereka yang bergelar warga pendidik, Selamat menyambut Hari Guru!

Kali ini saya nak dedicate pada Guru masa saya sekolah tadika. Zaman tadika adalah zaman kegemilangan saya (perasan jap, hehe), mula-mula masuk tadika, saya menangis bagai nak rak, sampai arwah atuk saya kena tunggu hari-hari. Kebetulan, atuk saya ni memang famous dekat kampung, so diorang tahu lah perangai saya ni. Dekat sebulan lebih atuk saya hantar pergi sekolah. Pagi-pagi atuk akan pakaikan stokin dan kasut dekat saya, cucu paling manja katakan, 

Dekat tadika ni saya kira sangat aktif, banyak cakap dan banyak masuk peraduan, nasyid pon join dan wakil sekolah untuk hafazan dan uji minda. Time uji minda tu, soalan dia tanyer yang menyebabkan kekalahan saya ialah, berapakah rakaat waktu solat subuh? saya dengan konpiden menjawab '4'! masa tu semua makcik-makcik dekat sekeliling tunjuk dua dekat jari, saya ingatkan diorang peace dekat saya. hahaha, benda tu memang saya ingat sampai bila-bila, kalau jumpe makcik-makcik ni, mesti dia ungkit benda ni,hehe
dengan best friend sampai sekarang ketika jadi MC


Paling saya gembira bila time makan, kalau hari khamis makan nasi lemak! nasi lemak ni makcik dapur sediakan, kami panggil Mak Cik Sal, dan nasi lemak dia memang sangat sedap, sampai sekarang, saya still rasa dia punyer paling best. Kalau hari lain, selalunya makan biskut macam-macam rasa.

Ada satu kes, saya giler kuasa, bila nak lantik ketua kelas, dan kebetulan masa tu nak vote, dan bila saya kira, calon pertama dan diri saya seri, so saya angkatkan tangan kawan sebelah saya dengan paksaan untuk memenangi pertandingan itu, giler kuasa masa tu, dan saya menang! jadi lah ketua yang garang dengan pembaris dan selalu tulis nama budak bising, walaupun hanya bunyi ah! sangat sarkastik masa tu.

dan paling saya ingat, saya selalu menjadi pengacara majlis untuk graduation dekat tadika tu, siap ada skrip dan saya asyik lupa je pantun dia, nasib bapak saya duduk depan, dia yang bagi clue dekat saya. sampai sekarang pantun ni saya hafal.

kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan didalam peti,
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpan didalam hati.

lokasi tadika dekat PULAPOL, tapi sekarang dah tak guna sebab kampung semarak dah kena pindah

google jumpe gambar ni, tapi ni junior masa tu, bukan batch saya

Kepada ustazah tadika saya, terima kasih, mereka yang beri asas pada saya mengenali setiap huruf dan nombor, terlampau besar untuk saya balas,'. Jika ustazah terbaca, saya ingin sekali mahu berjumpa. (Fadly anak encik Majid, cucu pak awi)

Khas buat ustazah ainun, ustazah intan dan makcik sal! Tadika Islam Al-Ikhlas Kampung Semarak

4 comments:

-iZ- said...

femes gamba tu. hahaha :P

umiyumi said...

Salam Zul, fullamak hensemlah jd MC..
hahaha gila kuasa jugak ye. isk isk isk.. hmm tp betul la zaman kanak2 mmg paling manis bg semua org. :)

Zulfadly said...

kak umi: wslm, hehehe, kecik2 dah main politik masa tu. tadika gak best

Zulfadly said...

iz: op kos! heheh