Thursday, February 7, 2013

Makan-Makan:Sydney

Kalau berjalan-jalan ni, benda paling best ialah mencari kedai makan HALAL! macam dekat sydney ni, agak banyak kedai halal compare dengan Launnie lah, tapi AWAS! banyak kedai Malay/Malaysia, tapi tak semstinya halal, mereka suka guna nama itu untuk tarik orang asian masuk ke kedai, so berhati-hati bila nak makan. So, saya nak cerita sikit kedai yang saya dah pergi haritu:


Chinese Noodle Bar 
terjumpa restaurant ni masa nak cari kedai lain, sekali ada tulis halal besar walaupun kedai cina, owner dia muslim, siap ada demo buat mee sendiri dekat situ,
ni sweet sour, ni sedap

obor-obor, tapi sejuk lah, ok je

ni masak seafood apa tah, kurang rasa

wajib try mee dia, tapi mee ni biasa je
nak lagi detail, cuba tengok review disini.

Harga:     berpatutan, dalam $10 - 20$/meal
Rasa:       ok lah, tak sedap sangat
Service:    sangat ok, siap ada free chinese tea
Alamat:    800 George Street, Haymarker (dekat dengan Paddy Market)


Nando's dan Oporto

yang ini tak payah cerita detail lah, sebab dekat  Malaysia banyak, kalau tak jumpa kedai halal, sila ke sini, sebab memang halal ayamnya (ayam sahaja), harga boleh lah tahan.




Malacca Straits on Broadway

ni kedai yang paling murah dan sedap yang saya rasa amat berbaloi untuk makan. Kalau nak ke kedai ni, boleh lah naik train samapi ke central dan naik bus ke broadway, saya jalan kaki dari central, ambil masa dalam 20 minit jugak lah, kedai ni tersorok didalam bangunan, agak sukar nak cari, tapi perhatikan signage kedai ni, ada je dekat lorong-lorong area broadwy. Owner dia chinese malaysia, dan sangat peramah orangnya, makanan banyak pilihan dan semuanya sedap.

nasi lemak dia, sambal dia sanagt awesome!

nasi ayam hainan:sos dia sedap

crying tiger beef: sedap!

ni masak macam paprik, boleh tahan lah


Harga:     murah dan berbaloi, ada meal below 10$
Rasa:       Sedap dan ada rasa setiap makannya
Service:    friendly owner dan cepat
Alamat:   Shop 5, 66 Mountain St, Broadway NSW
Details:     website dan FB

Teh tarik kedai ini kow!!

Cafe Kasturi

kafe ni memang saya cari since 1st time datang sydney. ada kata mahal, nasib baik jumpa haritu, owner dia melayu, siap ada hotel lagi, makanan restaurant ni agak kurang rasanya, tiada yang betul-betul sedap, ada masin dan ada yang rasa santan semata-mata, gambar pon tak ambil, harga amat berpatutan dengan portion makanan itu. dan air minuman sangat murah. terima kasih owner siap refill lagi teh ais kami, cuma kena improve rasa tu

Harga:     berpatutan dengan portion makanan
Rasa:       kurang rasa dan segalanya tetapi air teh aisnya sedap
Service:    friendly owner tapi slow sikit
Alamat:   767 George Street
Details:    website

Shalom Indonesia Restaurant (jangan pergi!!)

kedai ni menjual sajian indonesia, semuanya nampak sedap, kami order yang pedas, memang teramat-amat pedas!!! sedap rasanya, cuma service agak teruk, mintak tissue dekat staff dia, siap boleh suruh kita amik sendiri, padahal tissue tu sebelah dia, nak mintak air kosong, tapi dia kata kena caj $1 segelas! kalau kedai lain, biasanya free je!

gambar takde sebab staff dia bit rude!


Harga:     berpatutan untuk nasi but air melampau mahal
Rasa:      sedap dan pedas
Service:    staff dia kurang ajar sedikit dan slow!!!
Alamat:
Details:    tak payah pergi lah, sebab staff indon tu layan omputeh je baik, kalo muka asian ni, dia ingat orang kampung dia,




7 comments:

Kakcik Seroja said...

Review yang jujur gitu... :)

umiyumi said...

Salam Zul,
tenkiu bagi review tempat2 makan ni.. sgt berguna. kurang2 kalau tersesat ke sana tak adalah mati kutu nak cari kedai makan kan?

Kat sini pun sama Zul, walaupun byk juga tempat kadang2 malas dah mkn kat luar. Dah la bayar mahal2 tp makanan tak sedap langsung. Teh, milo pun cair. Sayur mcm kobis tu bkn lah mahal pun, tp dgn bahagian tengah yg keras tu pun diorg masak.. taktahu nak ceritalah. tu yg kdg2 baiklah masak sendiri dr bayar mahal2 tp tak berbaloi :p

Anonymous said...

Akak pun pernah makan mee kat kedai cina tu, kawan suggest. Tapi rasanya biasa je. Ye la selera masing2.

Kan...kesturi rasanya kureng. Tapi haritu teh tarik dia oklah.
-kak-fairy-

Akula said...

bagus info ni blh buat guide utk survey foods di sana

Akula said...

good info berguna sbg guide utk survey foods disana

akudantapakkakiku said...

Info yg betul-betul bermakna buat sy dgn kwn2 nnt..dah lama search makanan halal kat sana utk trip ktorg penghujung may nie..thanks for sharing!

kay said...

Salam,
Kami sediakan halal delivery meal to hotel2 di Sydney. Sila e-mail kay.abubakar@gmail.com untuk pertanyaan lanjut. Nyatakan berapa pax dan lokasi hotel. TQ