Wednesday, May 23, 2012

Rompakan!

Semalam salah seorang budak kelas Zul kena rompak, perempuan Hong Kong, pukul 7 pagi pulak, dekat area skool, nasib dia tak bawa laptop masa tu, tapi orang tu amik dia punya beg, dalam beg tu ada barang-barang dia nak pergi swimming, sedih jugak lah minah tu,habis baju swimming dia yang mahal-mahal dan alat-alat dia kena kebas, tahun lepas ada sorunk budak kena rompak dekat area skool jugak, siap kena pukul lagi. Makin bahaya dah dekat sini, lelaki ke, perempuan ke, janganlah jalan sorang-sorang, lagi-lagi malam jumaat, sebab masa tu ramai mabuk.

Kalau bawa kereta pon tak selamat, ada je orang nak kacau, lagi-lagi tengok orang asian yang bawak, haritu kena baling aiskrim mcd dekat kereta, maybe sebab mcd punyer aiskrim tengah murah, 30sen je, tu main campak-campak jer, So hari ini dapat email dari lecturer, suruh aware pasal benda ni, berhati-hatilah, tu memang tak nak bawak laptop pergi kelas, takut benda macam ni. Diorang kalau rompak dalam group, so kalo kena, memang menyerah je lah, dari kena pukul ke apa.

How i miss Malaysia walaupun kes rompak lagi banyak! hahah

Minggu ni hari--hari hujan, nasib agak panas, suhu sekarang 11C, kalau tak, setiap malam 1 atau 2C, nak buat kejer pon kesejukan (rumah tak guna heater!!!)
spaghetti makan hari ini 

4 comments:

umiyumi said...

lahh.. rumah tak ada heater? kesiannya.. rumah k umi ada heater dan aircond, tp jarang pasang kecuali terdesak. time winter mmg bil letrik naik sbb semua pakai letrik. dapur letrik, heater air panas lg, elektric blanket. hmm baru la terasa betapa murahnya bil letrik kat Msia :)

Zulfadly said...

ada, tapi dilarang guna, jimat letrik, umah ni dapur letrik pastu duit gas lagi, mcm2 bil,hehe

umiyumi said...

dgr kata bil gas pun boleh tahan mahal jugak ya :p

Zulfadly said...

mahal, 3 bulan samapi 400$ lebih, tu hanya guna untuk panaskan air je,