Thursday, August 16, 2012

AlFatihah

Terkejut harini, baru je dapat tahu salah seorang sahabat saya telah kembali ke rahmatualllah. Memang saya sedih. Kami satu sekolah sama-sama. Sekolah saya masa kami masuk memang sekolah baru, kami batch pertama,hanya 84 orang sahaja, Memang kami rapat dah macam adik beradik. dan semuanya lelaki, bila dah tamat sekolah, kami sentiasa berhubung dan membuat aktiviti bersama.

Arwah antara salah seorang yang aktif dalam join aktiviti, bila dia meninggal memang terasa kehilangan. Tahun lepas juga salah seorang kawan batch saya meninggal, dan kini arwah yang kedua. Mati tidak mengenal usia, sesiapa sahaja boleh pergi.

Buat Sahabat Fitri, Alfatihah, moga ditempatkan dikalangan orang beriman. IAllh

2 comments:

azieazah said...

Kawan sekolah Kak Azie pun baru meninggal minggu lepas. Meninggalkan anak yang masih bersekolah. Begitulah, bila ajal sudah ke saatnya.

Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aminnnn

Zulfadly said...

Alfatihah buat sahabat kak azie,moga ditempatkan dikalangan orang beriman, ajal maut ditgNya