Friday, January 18, 2013

Ejen lagi!

Selasa lepas, ejen rumah ni contact lagi, dia kata nak deduct bond rumah, ada beberapa benda dia tidak puas hati, bersih lah macam mana pon, mereka still akan nak tolak.

Saya suruh dia email, apa yang dia tak puas hati, dia bagi lah gambar yang dia ambil, adoi! pening layan, banyak betul nak potong, esoknya terus pergi kat office dia, nak bincang beberapa perkara yang tak puas hati, nasib pergi, kalau tak, lagi banyak dia tolak. Antara yang dia tolak dari bond ialah:
1.kitchen table top: sebab ada kesan terbakar sedikit, dia tolak $150 sebagai saguhati untuk owner rumah tu
2.Cleaner: dia nak panggil cleaner untuk bersihkan beberapa perkara, ada lah habuk sikit dekat tingkap, pastu ada sehelai rambut dekat toilet, dan juga, rumput lebih 1cm kot samapi dia nak panggil cleaner. TApi amount tak tahu lagi.
3.cooktop pecah, kena ganti $500, tapi ada lagi $200 kena bayar
4.lampu rumah: ni nasib baik pergi, sebab lampu ni jatuh sendiri, bukan kami yang cabut, dia nak charge untuk pasang balik, padahal dah bagi tahu masa bulan lepas, no action!

itu antara sebahagian lah, tak tahu lah berapa total kena deduct, rumah tu dah sehabis baik bersihkan,tapi ada juga tak puas hati. Dah duduk 3 tahun situ, macam mana nak kekalkan macam asal? logik lah sikit, banyak benda ejen tak nak tanggungjawab, semua benda dia nak charge, memang dapat duit atas angin je ejen ni, bila semak semalam, owner ni dapat $55000 untuk sewa selama 3 tahun ni, macam kaya je.

kalau kita nak masuk rumah balik, dan nak bersihkan mana yang saki baki, dia akan charge $30 untuk sekali masuk, sebab untuk inspection lagi, memang buat duit.

Kalau sesiapa nak cari rumah sewa sini, better amik direct from owner, tapi selidik dulu, ada owner penipu gak.

itu lah kisah ejen gajah, tengah kebosanan melampau, dah tak tau nak buat apa, ada lagi seminggu dekat tassie ni, nak jalan kereta pon dah tak ada kan.
ada habuk tu, kena bersihkan dalam tu


bucu tu kotor, kena bersihkan lagi!

ni cleaner buang situ, kami kena tanggung

ni yang dia nak potong, rumput tu ada ciput tu, dia nak trim! 


kak ummi:terpaksa jual je murah, ingat nak jual $1800, tapi xde orang nak, terpaksa bagi murah, dari tak terjual,hehe

3 comments:

Fairy Lilly said...

lama betul akak tak melawat. Macam2 cerita ya...Hmmm agen tu memang kat mana2 tassie ke NSW ka sama je peel nya. Mata berkanta nampak je even tiny dot. Semua nak di charge n tiada kompromi. Wpun akak stay kat uni accmdation, tahulah jugak cerita dari kawan2 yg menyewa di luar.

my american housemate pun buat kerja menguli doh ats meja. Memang before that dia cuci guna apatuh antibacteria liquid.

akak plg suka part..takde duit, tapi nak jalan juga hehheh...

Zulfadly said...

hahah, tu lah, duduk uni accmdn senang. tak yah risau bil letrik time winter! heheh
jalan nak, duit dah kosong! hehe

Zulfadly said...

hahah, tu lah, duduk uni accmdn senang. tak yah risau bil letrik time winter! heheh
jalan nak, duit dah kosong! hehe