Wednesday, January 2, 2013

So soon

Selamat Tahun Baru! hari ini pergi memancing je, dapat lah ikan kecik 4 ekor,tapi kena lepaslah, buat abis minyak je mancing jauh-jauh.

Sejak kebelakangan ni, rasa rindu pada arwah nenek makin menebal, hampir tiap malam mimpi arwah, dan sampai saya berdoa, saya tak nak bangun dari tidur lagi, saya nak peluk nenek saya, rindu pada nenek, hanya Allah yang tahu.

Imbas balik, masa saya fly kesini, walaupun arwah nenek tak benarkan saya pergi, tapi dia bagi duit rm2000 untuk saya beli tiket datang sini, dan Alhamdulillah, saya dah abis, kalau dia masih hidup, saya tahu dia bangga dengan saya. nenek suri rumah je, dan sara hidup dengan duit pencen arwh atuk, tak salah saya dalam 700 sebulan dapat, dengan duit itulah, dia akan simpan, bila cucu kahwin je, dia bagi sorunk rm2000. Agaknya dia tahu dia nak pergi, tu dia bagi saya duit awal-awal.

April akan datang, genaplah arwah nenek pergi 2 tahun, saya sukar nak gambar dengan perkataan atau kata-kata saya nak jumpa arwah nenek. Terus terang, hari-hari saya akan ingat apa saya buat dan selalu nak cerita pada nenek, sebab dia yang suka mendengar, selalu duduk petang minum teh o dan cekodok, pastu bergosip dengan cucu-cucu dia, tiap kali saya tengok gambar nenek sesiapa di blog or FB ke, saya ingat arwah nenek.

rasanya air mata ni dah tahan lama sangat, kalau saya teringat, mesti rasa nak nangis, lagi-lagi masa dalam dewan konvo, bila ingat arwah nenek, air mata terus keluar, kalau dia ada, mesti saya akan call dulu sebelum grad.

saya tulis, sebab saya rindu, saya bercerita sebab saya nak bagi tahu betapa kasihnya nenek saya, walaupun banayk kali saya tulis di blog, saya takkan jemu, tak tahulah bila balik malaysia, nak pergi kubur pon rasa tak sanggup, selepas hampir 2 tahun, saya masih mengharap saya masih dalam mimpi, dan semua ini hanya khayalan, tapi pada zahirnya, kehidupan ini adalah realiti.

Alfatihah buat Hasnah Bt Abd Rashid!

Maktok!, Fa'i dah habis belajar! tak dapat nak jaga maktok lagi,

moga syurga menantimu disana, IAllah,


3 comments:

umiyumi said...

Salam Zul.
Selamat tahun baru! Kalau arwah nenek Zul ada mesti dia berbangga dgn cucu kesayangannya ini. Jgn sedih2 ya, apa yg kita boleh buat ialah selalu mendoakan untuk arwah.

norhidana said...

sdih akak baca ntry ko kali nih dik... akak pun dpt rasa apa yg ko rasa sbb akak pun penah rasa...

sbb nyer akak antara cucu kesayangan n cucu paling rpt ngn arwah nenek akak sblh abah, kt kg umah kami sebelah2... dr kecik sampai akak keje mmg kalu ujung2 minggu or time kt kg msti lepak kt anjung umah dia borak2, mcm2 kenangn manis... even sampai skrg dh lebih 5thn dia takde akak msh teringat2kan dia... akak n adik2 selalu ckp ingat tak dulu` arwah nyai suke msk ini, msk itu` setiap apa akak msk msti akak teringatkan dia... memori indah tu mmg tak kan terpdm dik

Azian Elias said...

alaaa.. u just made me feel sooo sad... sayu nya.. macam akak, i misssss sangat dgn arwah yayi.. (panggilan bg org Jawa)..


tetiba teringat.. seronok with him.. meninggal when i was in form 2, 1982.. 20years already..