Saturday, January 14, 2012

Alhamdulillah- 25 Tahun


Hari ini, genaplah, umur 25 tahun, Alhamdulillah, samapi dan tika saat ini, masih bernyawa atas keizinan dariNya. Jubli Perak dah, walaupun rasa macam muda, tapi sebenarnya dah tua. Satu peringkat dimana, masa untuk berfikir secara matang dan memikirkan masa depan secara logik! dan waras. 

Tahun ini, merupakan tahun pertama sambut birthday without Maktok, perasaan sangat sunyi dan kosong, selalunya, jika birtday cucu maktok, maktok akan bagi duit rm50, walaupun cucu dia dah kahwin. Tapi tahun ini, memang tidak dapatlah. Bukan duit yang dihadapkan, tetapi tanda ingatan pada cucunya.

Di tahap ini juga, sering diajukan pertanyaan paling bosan, "dah ada awek ke" etc. sebenarnya, tidak tahu nak jawap macam mana, bagi Zul, perkara ini, memang Zul suka rahsiakan, sehinggalah, SAHIH. Jodoh tu InsyAllah ada, dan calon pun sudah ada. Cuma tunggu masa dan ketika, dan selesai semua benda , barulah memikirkan kearah itu. Mendoakan agar yang dihajati itu dimakbulkan olehNya. amin.

dan, diharapkan, untuk tahap ini, Zul dapat istiqamah, dalam melakukan setiap perkara, dan berubah ke arah kebaikan, untuk menjadi makhlukNya yang sebaik mungkin, 


25 masih bernafas
masih berdiri disini
walaupun kadangkala goyah
ditiup angin
sebesar mana diri kita
sejauh mana kita berada
kita masih milikNYa
dan
selagi nyawa masih lagi bernyala
selagi hayat masih lagi bernada
jadilah hamba yang sempurna
walaupun banyak dugaan akan menanti kita
hanya diri kita tahu tentang diri kita

i just be myself and it's difficult to please everyone

7 comments:

Kakcik Seroja said...

Selamat hari ulangtahun kelahiran Zul. Semoga terus dikurniakanNya dengan kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Amin.

Zul sebaya dengan anak sulung mak rupa-rupanya.

Zul said...

terima kasih kak cik, amin,
sebaya dgn anak kakcik

umiyumi said...

Hepi Besday Zul.. semoga pjg umur, murah rezeki, bahagia selalu dan tercapai cita2 yg diimpikan. Amin

besday Zul 13 Januari yer, sama tarikh dgn anak k umi yg sulung. umur 10 thn :)

Arina said...

Happy Birthday Zul,hope your birthday blossoms into lots of dream come true! not just a year older but a year better...
Aunty harap semoga Zul dikurniakan umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan...hehehe..dan tak lupa hidup sentiasa dirahmati dan diberkati Allah...
You still have a long way to go...Insyaallah, jangan lupa untuk sentiasa mengingati yang maha esa......Amin

Zul said...

kak umi: thx for the wish, saya 14 jan, sehari lewat dari anak kak umi, heheh,

Zul said...

auntie arina: thx for the wish n nr pray, IAllah, i do my best, wish me luck for my final year.

Zul said...

auntie arina: thx for the wish n nr pray, IAllah, i do my best, wish me luck for my final year.