Wednesday, September 11, 2013

restoran paling mahal di shah alam

kejer dekat area yang ada beberapa ketul sahaja kedai makan, selain ada satu kedai mamak yang diragui kebersihannya.

satu kedai ni, dekat seksyen 9, memang lah ramai manusia, kerana KEMERAHAN kedainya dengan CILI! kedai ni dekat corner, besar dan banyak pilihan lauk, tapi mahal dia! melampau. Kaya makcik ni,

seketul karipap: 60 sen
nasi (2 sudu) + ikan pari ( size sederhana) + air laici = RM9++
Nasi (biasa) + sayur + sayur + air kosong = RM7++
Nasi + ayam+ terung size kecik 2 ketul = RM9.90
ikan Keli: RM7 seketul
ikan kembung: RM7 seketul

banyak lah lagi, melampau mahal, nasi je dia kira rm2.00 sekali ambil, kawan saya amik sikit je, dalam 2 sudu, kena RM1.50. tak tahu lah dah berapa ramai orang mengamuk, dah baper kali sound akak kaunter, buat muka bodoh je bila orang cakap,

pernah ada kes, jumpa sampah dalam makanan, takda nak minta maaf, just cakap, lauk yang ada sampah tu dia bagi free, tapi lauk lain dia caj , mak aih! memang berkira.

tapi orang still ramai, sebab takda kedai lain yang dekat, sedih tengok orang melayu berniaga macam ni, kedai mahal, bila kita persoal, boleh pulak nak marah, harga ada, tapi tak ikut, air kosong je dah 50sen, air suam rm40, ahah.


buat owner Cili tu, moga kau kaya cepat !


dan memang harga bahan asas dah mahal, minyak naik, tapi bagi saya yg gaji sederhana ni, untuk makanan macam tu, boleh murah, takkan ayam seketul kecik tu RM5 kot. ni pendapt saya, sebab ada ramai jugak die hard kedai ni, kalau nak makan sini, beli je makanan yang dah fix harganya, macam nasi ayam tu.


last-last, budak opis saya bawak bekal, good solution kan, dari hari-hari nak marah akak kaunter tu, haha,ada ramai staff, boleh panggil semua staff kira harga, sure lain2, ambil lah yg paling murah, kami dah pernah buat.

6 comments:

Kakcik said...

Nak untung cepat...sudahnya nanti lingkup yang dia dapat...

norhidana miswan said...

mak aih... kt shah alam tp harga ngalahkan kl... kt kl ni rasanyer karipap paling mahal 40sen seketul... kalu yg beso gabak tuh mmg kadang singgit seketul tp mmg kenyang la mkn.... tp kalu nasi pun kire rm2 baik pg mkn kt restoren mewah dik oi.... air suam 50sen... baik mkn kt chiken rice shop air suam pree....

nk cpt kaya katakn... pandai lak makcik tu amik kesempatan sbb tak banyak kedai lain yg ada

kekunang said...

bawak bekal. lebih sihat + terjamin kebersihan. selain daripada jimat.

lizz said...

mahalnyer nasi ayam sayur sampai 7 hinggit..mencekik darah namanyertu...

Anonymous said...

kedai mamak dekat simpang tu ke?

miss scofield said...

kedai tuh mmg mahal....

pada aku....makanan dier out...

masin.....