Thursday, January 26, 2012

Makin lama makin mahal

Assalamualikum.............

Tinggla lagi sebulan sebelum balik ke bumi kanggaroo tu, rasa malas sungguh nak balik, nak duduk je sini.

tetiba hari ni rasa nak mengomel pasal cashier kat Malaysia ni, terutamanya orang melayu, kenapa lah, selalu time kerja , mesti asyik nak bersembang, segala cerita mak nenek keluar, kalau bersembang buat kejer laju takpe jugak, tapi macam pagi ni, staff 7-E ni, asyik bersembang je, adalah 4 orang tengah beratur nak bayar ni, bersembang sikit punyer lebat, lepastu kejer tak jalan,slow giler, patutnya ada 2 counter bukak, tapi satu je ada, sebab lagi sorunk ni, tengah bersembang, sampai lupa nak buka counter, bila orang tanya, baru lah nak buka, pemalas giler, dia boleh bersembang lebat! pagi-pagi buat sakit hati je.

kisah kedua pulak
semalam pergilah makan kedai lontong ni, memang sedap dan famous dekat shah alam, alngkah terkejutnya (ayat novel) dah naik, dulu rasanya dalam rm3 lebih je, sekarang dah rm4.50.  lagi satu, ada satu kedai nasi ayam, famous jugak dekat seksyen 7 ni, masa mula-mula bukak, memang ramai manusia, sebab murah dan banyak, serta sedap. tapi tiap tahun makin naik, mula-mula rm3.80 pastu jadi, 4.30 dan naik sampai dekat rm6 rasanyer. tengoklah apa hasilnya, TUTUP!

student taknaknya makan kedai mahal-mahal macam ni, elok-elok murah dulu, sekarang dah lingkup,sebab makin lama makin mahal, sama macam kedai lontong ni, makin famous makin mahal, macam mana lah bisnes nak maintainkan. mungkin ada reason disebalik setiap kenaikan, tapi kalau dah selalu naik, memang naik darah lah jugak. Kalau kedai mamak, mula-mula roti canai 80sen, pastu naik 90, sekarang dah seringgit! dah lah roti makin kecik, memang tak berbaloi kalau nak makan roti canai sekarang,

sekarang ni, semua barang makanan naik mendadak, susah nak dpat makanan murah, kalau mahal, sedap takpe lah, ni mahal tapi tak sedap, rmemang panas lah.

tapi apapun, pilihan ditangan kita, kita yang tentukan.

ladang epal masa kejer before balik malaysia


Dan hari ini, Australia Day! bercuti lah dekat sana agaknya, tunggu! countdown!

5 comments:

Kakcik Nur said...

Bila harga makanan naik, alasan peniaga tetap sama - kos barang meningkat.

Zul said...

btol kak cik

Arina said...

Macam tu lah kekdahnye di sini Zul...bila gomen naikkan sikit gaji atau bagi sikit insentif pada rakyat,tak lama tu harga barang pun naik....apalagi peniaga2 makanan pun naikkan lah harga...nak tak nak macammana pun kita kena hadapi jugak masalah macam ni....

anyss said...

Assalamualaikum,
Wahhhhhhhhhhhhhhhhh! nak pi ladang epal! berangan sejak kecik lagi nak petik epal merah hu huhu

Zul said...

auntie arina: samapi bila2 akan macam ni kan, tapi pasni orang gomen gaji banyak lah pulak, saper kejer swasta lah rugi

anys: wslm, meh datang tasmania, epal byk ni, hehe