Tuesday, January 17, 2012

Yuran mengarot dari sekolah karot!

sebenarnya, saja je nak tulis, rasa macam tidak puas hati je, bila sekolah adik ni,  sekolah menengah seksyen 7! dia mintak rm10 pada setiap pelajar, jika nak masuk kedalam library! APANI! kena bayar nak masuk library? sebab kena beli kad yg berharga rm10 baru boleh masuk, dan itu bukan paksaan ke? zaman sekolah dulu, masuk library ni free je, beli kad pinjaman yang berharga 20sen je pon! ini secara tak langsung, memang paksaan dari pihak sekolah, maybe sebab diorng tidak boleh nak kutip duit sekolah.

kes -2

pihak sekolah menganjurkan kelas tambahan, dan yang menariknya, kena bayar rm50 untuk setiap subjek, hanya untuk murid yang hendak sahaja. rasanya, tak pernah dengar kelas tambahan yang sekolah buat kena bayar. selalunya, sekolah akan buat kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi sekolah, bukan nak meningkatkan duit poket sekolah!

hanya pendapat saya sahaja- sekian

5 comments:

Kakcik Seroja said...

Memang macam2 cara sekarang pihak sekolah buat untuk dapatkan dana. Yang jadi mangsa? Kalau mampu tak apalah juga, yang tak mampu pula bagaimana? :(

umiyumi said...

isk skrg ni semua duit. ye la mungkin nak byr duit minyak kete cikgu kot hehehe

Zulfadly said...

Kak cik dan kak umi: sekarang sebab kerajaan x kasi kutip yuran, tu sekolah buat mcm ni, amik secara sikit2 dari student

Arina said...

Kononnya dah dimansuhkan yuran sekolah nak ringankan beban rakyat( ibubapa ) tapi sebaliknya sekolah ada pulak agenda lain.....ishk..ishk..ishk...pihak pengurusan sekolah pun cuba lah rasional sikit...baru beberapa hari lepas Aunty dengar ada sesetengah sekolah pulak naikkan yuran PIBG berganda - ganda.......ambik lah iktibar dari slogan 1Malaysia tu...." Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan..."

Zulfadly said...

itulah auntie arina, mcm2 cara skunk ni, mansuh, tapi sebenarnya ada jer