Tuesday, April 24, 2012

Cekodok dan Teh O

Tiap kali kalau saya nak masak cekodok ikan bilis, pasti saya akan teringat banyak kisah disebaliknya. Dulu saya tinggal dengan  nenek di Kampung Semarak, kami sekeluarga memang duduk disitu, rumah sebenar dekat wangsa melawati, tapi jarang balik sana , kalau parent balik pun, kami selalu tak ikot, sebab lebih seronok duduk dengan nenek dan atuk. Bila ingat pengalaman lalu, ianya sebuah memori yang sangat sukar dilupakan dan tentunya, memori indah dizaman kanak-kanak Milo.

Bila arwah atuk dah meninggal, kami lah akan jaga nenek, sebab siang kami ada dirumah selepas balik sekolah. Nenek ni suka minum petang, kalau waktu petang, dia akan suruh buatkan Teh O untuk dia, lepas tu, dia kadang-kadang nak cekodok, nenek saya memang tak nampak dan tidak mampu membuat kerja rumah, tapi dia mampu menguruskan diri dia dan beribadah kepadaNya. Disini lah saya belajar memasak cekodok, dan boleh dikatakan, banyak benda saya belajar memasak dengan nenek.

masa mula-mula suruh buat cekodok memang tak tahu, tapi nenek akan bagi arahan dalam bilik dia, dan ikut lah apa dia cakap, dia akan rasa kalau masin ke tidak, atau terlebih air ke tidak, baru lah boleh goreng, dah siap goreng, nenek akan keluar dari bilik dan makan sambil 'tengok' cerita di TV. Kadang-kadang kalau dia nak makan benda lain, saya masak lah meehun atau apa yang ada. semuanya saya belajar dari nenek. Dia akan bagi tahu ramuan dan saya ikut sahaja.

cekodok n teh tarik

macam-macalah lagi dia ajar saya masak, sehinggalah sampai sekarang, saya agak gemar memasak, semua disebabkan oleh nenek, mula-mula terpaksa, lama kelamaan menjadi satu minat. Tapi kalau nak cekodok paling sedap, Mak saya lah yang buat, Mak main campak-campak je bahan, pastu jadi, kalau orang datang rumah, cekodoh lah yang akan diminta, dicicah dengan sambal kicap. Memori indah buat saya

Resepi Cekodok Maktok:
2 cawan tepung
segenggan ikan bilis dikopek dan dibasuh
air cukup-cukup lembik dari jangkaan jari nenek
secubit garam dari jari nenek
bawang merah dimayang halus
minyak mesti panas

Resepi Teh O:
Teh Boh sesudu
air masak sampai mendidih
gula cukup rasa, kalau tawar tambah gula
kacau dengan ikhlas

Resepi diatas amat mudah, semua tahu, tapi yang membuatnya berbeza, ia menjadi memori indah saya bersama arwah.


selingan:autumn sudah datang


*cekodok:ada panggil jemput-jemput,cekodok ikan bilis, cekodok pisang dan macam-macam

No comments: