Minggu ni ada baca pasal student dari China kena pukul dan ada isu perkauman dekat Sydney, kena belasah teruk-teruk didalam train dan tiada siapa yang nak tolong. Inilah realiti masayrakat Australia yang tidak berpendidikan(bukan semua), macam-macam kes lagi, ada terbaca pasal student China kena rogol dalam kampus di Sydney jugak. Kalau dekat bandar-bandar besar mcm Sydney or Melbourne, rasanya isu perkauman ini sangat minimum, sebab dekat sini terlampau ramai Asian.
Tapi dekat Launceston ni, rasanya lagi teruk, cuma banyak tak masuk paper atau news, sebab kerajaan dia nak cover kot, saya sendiri dah banyak kali kena sergah, baling botol, kena tunjuk mencarot dan dilayan sangat teruk disebabkan asian. Kalau wanita islam lagi lah, ada kena kacau sebab pakai tudung.
Kat sini ada kes student Cina kena tumbuk sampai patah hidung dan terpaksa larikan diri dengan masuk kedalam kedai makanan, nasib selamat, kalau tak, mesti lagi teruk. Rasanya dekat sini kes macam ini banyak disebabkan orang dekat sini ada yang tidak pernah keluar dari pulau ni, tu bila tengok orang asian, diorang benci, tapi saya nak jelaskan, bukan semua, hanya sebahagian sahaja, tapi dah cukup bagi saya untuk belajar dengan cepat dan balik terus ke Malaysia, ini bukan tempat sesuai hendak stay, bila jalan sorunk, dan lalu depan sekumpulan ausie je, mesti rasa cuak, tapi selalunya, mesti kena lah, tak kena buang sampah, tak pun kena sergah.
Kalau tentang study, kadang-kadang nampak ketara pensyarah layan pelajar tempatan dengan antarabangsa, saya ingat lagi, bila seorang lecturer bagi gred rendah untuk saya bagi kedatngan dan penglibatan dalam kelas, bila saya email, dia kata saya tak datang kelas dan macam-macam, bila explain balik yang saya tak pernah ponteng kelas dan selalu stay up kelas sampai abis, dia pon mintak maaf dan mengaku dia silap, sebab dia kata student terlampau ramai, dan dia overlook perkara itu. Tapi, bila tengok result student local, dapat gred tinggi giler, walaupun kelas tak datang dan langsung tak involve aktiviti dalam kelas.
Kesimpulanya, belajar dekat Malaysia lah senang, kalau nak belajar overc ni, sediakan mental dan fizikal. yang penting niat.
*tidak semua ausie yang saya maksudkan, harap maklum
2 comments:
kebanyakkan racism ni org yg rendah ilmu pengetahuan (*fact ). sy pun tak faham knp org anti sgt dgn asian .
sebab diorang rasa yang putih tu adalah bersih dan paling bagus didunia, dan orang asian ni konon mcm jauh ketinggalan serba serbi
Post a Comment