Saturday, May 5, 2012

Sabtu Malam

Sejak dua menjak ini, tahap kemalasan makin meningkat, selari dengan kadar makanan yang dimakan, hati pulak gundah gulana memikirkan semua assignment yang perlu disiapkan, ada masa lagi sebulan, macam lama, tapi banyak sangat kerja yang tidak berjalan dan berjalan dengan kadar purata seperti kura-kura berjalan.

Bila duduk rumah memang susah nak tumpu perhatian, macam-macam hal je nak buat, tu belum asik rasa nak tidur je, almaklumlah, buat kerja atas katil. Lagi-lagi dengan keadaan yang sangat sejuk, bila malam suhu drop samapi 6C, kandang-kadang sampai 2 pon ada, itu malam, siang pon lebih kurang, liat sungguh nak bangun pagi, lagi-lagi nak sembahyang subuh, rasa malas je, tapi kena bangun lah juga.

Bila buat kerja ni, teringat zaman kat sekolah, buat kerja ramai-ramai, lepastu, sembang je banyak, kerja ciput, tapi bila sedar diri, terus buat discussion dan hasilnya sangat baik. Masa zaman UM pon sama, belajar ramai-ramai, lepas abis belajar je, pergi makan dekat mamak, kadang-kadang study dekat McD bangsar, bila sampai, penuh je budak UM. macam-macam tempat belajar, Saya lebih rindu zaman belajar UM, sebab dekat situ, saya rasa betul-betul mempunyai kawan.Saya rindu hendak buat seperti itu. Dekat sini rasanya, saya sangat baik, nak keluar rumah pon susah, sebab.................................

Disini mungkin saya baru setahun lebih sahaja, tiada yang benar rapat, masing-masing buat hal sendiri,saya pun sama, kalau rasa nak pergi ke city, pergi je lah sorunk-sorunk, takde nak ajak orang lain, masa UM dulu, kalau nak keluar je, pergi berkonvoi. rindu itu zaman

Sebenarnya,saya melalut dekat sini sebab tengah stress nak siapkan assignment ni, FB pon saya dah deactive sebab kalau ada, akan sentiasa nak bukak je, begitu jugak twitter, malas nak layan benda-benda itu lagi sehingga habis submission. Lagi-lagi dekat Fb hari-hari ada je manusia bergaduh pasal politik dan tuduh menuduh dan berlagak semuanya dia yang betul. Twittter pon kadang kala rasa macam sesuatu yang tidak perlu. Saya perlu dikelilingi dengan benda yang positif untuk menguatkan semangat, bukan benda yang negatif, sycho dan sebaginya.

Usaha+Doa+Tawakal=InsyAllah ada hasilnya.

Saya rasa saya macam pandai berkata-kata, tapi perlaksanaanya saya sangat lemah, moga kita saling ingat mengingati


petikan dari buku jangan bersedih

rasa nak makan lempeng esok pagi

selepas submission lega semacam

*kita tidak boleh mengharapkan orang lain seperti apa yang kita harapkan, belajar menerima dan diterima, itulah sebabnya manusia ini berbeza.

2 comments:

umiyumi said...

Salam Zul..
wah sedap tu mkn lempeng. smlm k umi buat lempeng pisang mkn panas2 tuang maple sirap fuhh.. sodapp..
sabarlah mmg cabaran menuntut ilmu mcm tu. zaman dulu2 study mmg best, bila ada geng satu kepala. :)

Zulfadly said...

thx kak ummi, IAllah, setiap dugaan ada hikmahnya, kdang2kal ianya kecil sajer, tapi kita manusia selalu mengeluh kesah, mcam saya, kena perbaiki lagi diri saya.