Friday, June 29, 2012

Satay Australia

Nama nak letak gak kan ausie, dah buat dekat sini kan, saya seumur hidup, tak pernah lah nak buat satay, kalau raya memang tak pernah buat, rumah saya masak nasi impit  je during raya. Macam last year, dekat sini ada buat satay, tapi tak sempat nak tolong cucuk, sebab itu tugasan rumah orang lain.


So rasa-rasa nak makan satay, saya buat lah sendiri, pergi cari bahan-bahan, nak beli serai 3 batang je dah 4$kan, itu belum nak darab RM, lepastu nak cari bahan rempah lain, nasib baik ada dekat rumah sebahagian bahan tu, lepastu pergi Coles nak cari lidi, sekali dia jual 100 batang tu 3$, bagi saya mahal lah, memang tak beli lah, rasa macam nak cancel lah pulak kan, sebab banyaknyer kos dia, pastu pergi asian shop, terjumpa pulak lidi ni, nasib murah, 60sen 150 batang,so murah lah kan.

Saya guna 2kg drumstick je, jenuh nak membuang tulang tu dan potong kecik-kecik, dan lepastu marinate ikut je resepi dari internet, esoknya baru lah saya cucuk dan bakar. Dapatlah dalam 120 cucuk, so ok lah, saya potong ayam kecik-kecik tu dapat banyak. Dan saya buat kuah kacang dan juga rebus nasi impit, kebetulan nasi impit instant tu baru je sampai dari Malaysia kan haritu, so tak perlu nak buat sendiri, senang hidup.

dekat rumah ada bbq pit tu, tapi takde gas lah pulak, so pergi lah ke Royal Park, dekat je dengan rumah, buat picnic sekali dengan hosuemate, bakar dekat situ je, nasib masa tu keadaan cuaca suam-suam kuku, so takde lah menggigil time winter ni. Alhamdulillah, abis semua satay dimakan, dan secara jujurnya, macam tak berapa nak jadi, macam tak cukup rasa, takpe lah, 1st trial buat, so ok lah, kena usaha lagi yer.










Sejak 2-3 hari ni, cuaca hujan, dan malam suhu pon 10-12C,lega rasa panas sedikit, kalau tak -5C! boleh tidur dengan aman, dan semalam baru dapat satu result, Alhamdulillah, syukur lulus. lagi 2 subjek, doakan saya lulus juga.


3 comments:

-iZ- said...

putu mayam time raya? tau lah pan asian.. mix gituwhh.. haha

malin_purple said...

satay looks good and yummy :) now im craving for it

umiyumi said...

Salam Zul,
tahniah kerana dah lulus. Insyaallah kita tunggu result yg lain tu semoga semuanya pass..
wah siap buat satay lg tu sedapnyaa.. k umi last buat raya tahun lepas. thn ni tak tahu lagi