Sunday, August 5, 2012

Balik Kampung

Seumur hidup saya, tak pernah beraya dekat kampung, atok dan nenek saya 2-2 belah duduk KL, urban abis,haha, tapi sebenarnya diorang berhijrah  ke KL. Arwah atuk bekas polis, lepas pencen duduk dekat Kampung Semarak, KL! manakala lagi sebelah atuk, setiausaha felda,pastu duduk Setapak, so kampung saya memang dekat je. Bila orang tanya balik kampung mana, saya kata kampung semarak, walaupun dekat KL, tapi still kampung.

Raya dekat kampung semarak ni, memang lah sangat seronok, macam raya di kampung sebenar, walaupun ada orang kata ianya perkampungan setinggan, tapi still kampung kan. Masa kecik-kecik kalau time raya, penuh rumah nenek dengan cucu, pastu main mercun sampai kena marah dengan orang tua. Paling saya ingat acara takbir dari rumah ke rumah masa malam raya. Tapi sekarang mana nak jumpa kan semua benda ni.

Masa kecik kalau time terawikh lah seronok, walaupun buat 20 rakaat, tp still ok, tak penat, seronok semacam, tapi sekarang......! saya akan tolong arwah atuk saya susun lauk/kueh untuk moreh. semua kuih muih akan dicampur dalam satu pinggan dan akan diletakkan disetiap meja, dan kena susun gelas, saya suka buat benda ni sebab mana leftover tu, saya bawak balik, pastu bagi arwah nenek saya, sebab dia kan tak nampak, memang tak larat nak ke surau.
berebut nak dapat duit raya, cucu laki yang ramai, ada 13 cucu semuanya

inilah kampung ku! bila tunjuk dekat lecturer sini, dia ingat saya guna air perigi lagi sampai sekarang, haha


Bila pagi raya sungguh meriah, penuh rumah, dan mesti ada adegan airmata, yang best sekali, dapat duit raya lah. abis je sesi salam tu, pergilah rumah nenek di setapak, kalau dekat sana, menu special putumayam dan kari daging! sangat sedap, kari paling sedap dalam dunia, arwah nenek saya je pandai masak, haha, sebab ada keturunan mamak, so memang kari power abis! hari kedua baru lah pergi raya umah jiran kutip duit, saper bagi 50sen je, siap lah kena cop kedekut, kalau bagi 2$ tu, kalau boleh nak datang banyak kali, tapi ikut group lain lah.

Bila cerita balik semua ni, saya rasa sayu, dah lama sangat tak rasa semua ini, sejak arwah atuk meninggal, semuanya jadi lain, pastu bila nenek meninggal lagi lah dah tiada siapa lagi kami nak raya, Sekarang ni beraya dekat shah alam je, pastu baru pergi rumah saudara mara. Kampung semarak pon dah tiada, kena roboh dah, saya duduk sana 20 tahun since lahir, pastu bila kena demolish, kami pindah shah alam,
kecik-kecik semua


sejak akhir-akhir ni rindu lak family saya, hari-hari call mak, sebab rasa bosan kan. kepada mereka yang masih ada orang yang disayangi, hargailah setiap detik bersama mereka, sebab itu adalah kurniaan Allah terindah buat kita, dalam hidup ini, walau macam mana perangai mereka, mereka tetap sebahagian diri kita.
rindu semua..........

4 comments:

Azian Elias said...

ALHAMDULLILAH.. akak masih ada kampung lagi.. Mak abah masih ada lagi.. beraya almost 12 years belah akak je since belah in laws dah meninggal...

umiyumi said...

Salam Zul,
jangan risau, ada caranya lg nak balik kampung.. iaitu kena cepat2 cari calon yg ibubapanya tinggal kat kampung. gerenti tiap2 tahun raya kat kampung he he he.. sori nyakat zul. kg k umi pun dah tak nama kampung dah. tp best sbb masih dpt balik kg suami kat pasir mas. :)

Zulfadly said...

kak yan: seronoknya ada kampung, hehe
kak ummi: hahaha, mcm mak saya, selalu cakap mcm tu kat kami adik beradik, abg saya dah dpt org kota bharu, nun jauh kena balik, saya nak cari orang dekat2 je, hahaha

Mulan said...

dulu2 ada kampung kat kampung.. nowadays atok nenek dah beli rumah kat bandar atas sebab kesihatan diorang jugak.. namun, kampung tetap kami balik sbb ramai sedara mara kat sana lagi.. tepi sungai, byk pokok kelapa... best nya..!!