Monday, August 27, 2012

Potluck Raya @ City Park

Semalam cuaca memang baik, walaupun berangin dan sejuk, tapi Alhamdulillah, tidak hujan, sebab memang hari-hari sebelumnya asyik hujan je, dan hari ini pon hujan. Memang rezki kami dapat berkumpul semalam di city park, telah dipermudahkan olehNya.

Macam biasa, kalau potluck ni, macam-macam makanan ada, siapa datang lambat, makan kuih je lah kan. Ada bawak nasi minyak, butter chicken, nasi briyani, pulut kelapa,puding,nasi kuning, mee goreng dan macam-macam lagi lah. Kali ini, gathering bukan orang melayu sahaja, tapi orang islam disini, tak lupa ada orang tempatan. Ada majlis khas, untuk penyampaian sijil kepada kanak-kanak yang berpuasa cukup 30 hari.

Kali ini, memang ramai yang datang, rasa sungguh seronok bila dapat jumpa rakan seisalm lain. Lepas abis majlis tu, pergi pulak ke city, sebab ada discussion, sekarang dah stress, sebab feedback sangat negativ! down abis! IAllah, kena struggle,hehe. Harap-harap minggu ini dapat bermain salji, sebelum cair sepenuhnya.
antara juadah yang ada




taukey kebab bagi sijil pada budak-budak


hari yang indah


kanak kanak yang berpuasa penuh



6 comments:

Arina said...

Auntie juga ingin ucapkan 'Selamat Eid ul fitr Al Mubarak' buat Zul d sana. Seronok tengok orang2 Islam berkumpul dapat mengeratkan lagi silaturrahim...Dan Auntie doakan semoga Zul terus berjaya dan success...don't worry dear,you will make it, janji usaha.....

norhidana said...

selamat hari raya dik... sronok ek berhari raya ramai2 gitu, at least dpt gk berkumpul2 kan... kamu pakai baju melayu tak masa tu? hehehe...

cantiknyer ngn bunga2 tuh... rasa nk duduk bwh pokok lama2

Mulan said...

Taqobbalallahu minna waminkum... Salam Syawal & Maaf Zahir Batin..

seronok tengok semua seronok..

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Zulfadly said...

auntie arina:tq, IAllah, saya buat sehabis mampu
kak norhidana: smt hari raya, tak, baju melayu setahun sekali je pakai, 1st day raya, pastu masuk kotak, hehe

Zulfadly said...

kak mulan: salam syawal kembali,