Saturday, November 3, 2012

cuba yang terbaik

Alhamdulillah, dah selamat habis presentation, jujurnya, kecewa dengan diri sendiri, tapi mungkin pada tahap ini, itu yang mampu saya usahakan, bukan setaraf dengan sebahagianya mempunyai kelebihan dalam beberapa perkara, tapi saya bersyukur, saya mampu menyiapkan semuanya, dengan bantuan mereka yang berada disekeliling kehidupan saya, di sini mahupun di malaysia, hanya Allah je mampu membalasnya.

Hanya menunggu masa untuk mendapat keputusan, dan harapnya,agar ianya lulus, IAllah. rasanya dalam sebulan lepas, hidup saya dah tidak terurus, hati gundah gulana, takut, risau dan macam-macam lagi.
seminggu lepas pulak, boleh kira berapa jam saya tidur, bila nak tidur, memang tak berani, kerja tak siap, dan risau, kesanya, saya bila tidur, akan alami sentakan yang kuat secara tetiba, dan jantung tu macam nak luruh je, adoi!

dugaan yang saya tempuh nak ke final ni, hanya Allah je tahu macam mana rasanya, mungkinlah tidak sehebat meraka lain, tapi pada satu tahap, saya rasa nak give up, jika nak tulis detail masalah disini, perlukan seminggu nak ceritakan, tapi saya percaya, ada hikmah disebalik dugaan itu, walaupun tidak selancar diharapkan, tapi ianya sebuah kehidupan, aturanNya untuk saya.

Pada tahap ini, saya masih risau, tiada keyakinan diri merasaka diri ini tidak buat sehabis baik, tapi saya yakin akanNya, IAllah, ada rezki saya, berusaha sudah,masa untuk berdoa, ingat pesan sahabat,
'zul, selagi result belum keluar, walaupun sesaat, selagi itu jangan pernah berdoa akanNya' walaupun dia cakap benda itu spontan, tapi kesanya dalam hidup saya, sampai sekarang saya ingat.

maybe not the best, but i did my best......pray for me


Terima kasih pada yang mendoakan saya!



** jika perjalanan ini lancar seperti diharapkan, banyak yang perlu direncanak

4 comments:

sue-sama said...

salam ziarah
semoga dimudahkan urusan dan semoga berjaya

selamat berjuang!

m.u.l.a.n said...

insyA... doa yang terbaik & segalanya hanya ditentukan Allah..

norhidana said...

jgn risau sgt dik,akak doakan yg terbaik utk awak... insyallah awak dh bt yg terbaik

Zulfadly said...

sue sama:salam ziarah, IAllah, thx
kakmulan n kak hidana:amin, IAllah, thx kak